Rabu, 17 Ogos 2011

PESANAN BUAT BAKAL CIKGU

 Dinding Facebook bekas anak murid kadangkala bercerita kisah silam. Termasuklah menceritakan tentang guru-guru yang pernah mengajar mereka. Jika kita dipuji sukalah kita.


Jika menghentam kita walau dalam gurauan, bagaimana pula?





Blogger Ni Lelaki tau, bekas anak murid aku

Ini pula catatan Blog seorang BEKAS anak murid yang menulis entrinya pada tahun 2010. Malangnya aku terjumpa entri ini setahun kemudian iaitu pada awal 2011. Ia rentetan aku berperang mulut dengannya dalam facebook pada tahun 2010 itu.Akibat yang tua berkecil hati-akulah tu! Lepas tu aku membuat bidasan terhadapnya, maka keluarlah entri itu. Namun, aku baru membacanya setelah mencari namaku sendiri dalam carian Google.


Semuanya telah saya ampunkan. Anda tidak bersalah. Mungkin saya yang terlalu sensitif. Semoga anda menemui kejayaan dalam hidup anda.


Buat bakal-bakal guru, ajarlah anak murid anda dengan cara yang terbaik, agar kalian tidak diumpat oleh bekas-bekas anak murid kalian satu masa nanti. Dulu aku tak pernah terfikir adanya Blog, Facebook dan Twitter yang boleh bersembang dan dibaca oleh ramai orang seperti ini.


Setiap kali aku pindah sekolah, aku kena ajar kelas peperiksaan. Di sekolah menengah PMR. Pindah sekolah rendah UPSR. Jadi tekanan sentiasa ada. Jika pelajar tidak mahu ikut apa yang kita hendak, ketika itulah mereka kena mandotori tamparogi.

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ish ish... dasyat.

Zack Zachoes berkata...

cikgu, sy pn nk minta maaf.. bnyknya dosa sy kt cikgu dulu, huhuhu.. terasa sgt2 kebudak2an lak *malu malu* nasib la sy tak jd nk jd cikgu, klau jumpa ank murid yg mcm sy zaman dulu mmg mo botak dh kepala sy ni :P huhuhu.. apapun, respect sama cikgu sbb tahan perangai sy~

MAT SOM berkata...

Miss Miror

Kalau ko tgok Wall PM kita lagi dasyat
Orang boleh kata dia macam2
Inilah yg dinamakan langit terbuka

Kalau nak tgok wall yang penuh dgn
segala pujian
Tgok Facebook LISA SURIHANI

MAT SOM berkata...

ZACK ZACHOES

Di SMK CONVENT BP, saya cuma mengajar Ting 3 selama setahun saja. Kerana tak tertahan mengajar Sejarah 5 kelas, saya merayu kepada pengetuan Pn Tan, utk mengajar Tingkatan 2. Masa tu lah saya dapat jumpa Zack.

Zack dikira buku tahap melampau. hingga tak peduli orang sekeliling. Saya tak pernah jumpa murid yang sedemikian rajin dalam bab membaca novel, baca novel omputeh lagi gitu.

Cuma sebab Zack tak jawab dan berinteraksi secara lisan, yang menyebabkan saya selalu membuli Zack.

Maaflah ya.

MAT SOM berkata...

Pembetulan: Zack Ulat Buku Tahap melampau.

Zack Zachoes berkata...

cikgu, tu namanya Penyakit Kronik Ulat Buku Tahap 3, dh takleh nk diselamatkan lg. hehehe.. jgn risau, sampai masuk ke ittho sy masih mcm tu gak :P (agaknya org tgk bdk ni biar betuul). huhuhu.. tp dh nk hbs bljr, dh start buat masters baru mula berinteraksi dgn Alam dan Manusia (sebenarnya dh kenal dgn bakal encik suami baru ok. mana taknya tak hbs2 kena sakat a.k.a. buli a.k.a. ragging tiap kali berjumpa). alhamdulillah jg la, kalau tak agaknya smpai sekarang sy ni xberkahwin disbbkn org takut dgn muka sy yg 'garang'/'masam' ni :P hahaha....adei... T_T

MAT SOM berkata...

Tahniahlah Zachoes kerana telah mencapai pada tahap yang tinggi. Anak professor takkan boleh berdiam diri kan. Bila pulak nak mengatasi ayahnya tu?

en_me berkata...

buang yg keroh ambil yg jerneh cekgo kanns.. uhuhu

MAT SOM berkata...

Sedangkan Lidah Lagi Tergeget
Inikan pula Cikgu dan Murid

Zack Zachoes berkata...

tak tahulah cikgu.. hehe.. offernya masih ada lg walaupun dh 4 thn grad. thn dpn tak tahulah kot ada lg ke tak, hehe.. tp sy rasa nk tumpukn pd anak dan suami buat waktu terdekat ni..lg2 sejak kehilangan anak ke-2. biarlah sy spend time dgn family dulu. nnt ada rezeki ada la tu, sambung bljr.

NoorGie berkata...

bukan senang nak jd cikgu yang baik...saya pun masih belajar...

MAT SOM berkata...

Saya percaya Cikgu Norgie
cikgu yang sgt disayangi pelajar2nya.