Ahad, 14 Ogos 2011

SEMENTARA MENANTI WAKTU BERBUKA

 Semalam....Sabtu 13 Ogos, aku mengajak Irfan dan Iwan merentasi jalan
Kangkar Senangar ke Pt Laman Bukit, Seri Medan.
Tujuan: Supaya mereka lupa nak makan.
Kedua nak ambil gambar Kilang Minyak Wak Dakam yang terkenal di Selatan ini.

 Setiap kali lalu tempat macam ni, aku teringat saat-saat akhir perjalanan jutawan kosmetik.

 Mesjid Kampung Pt Laman Bukit, Seri Medan

 Pemandangan di kampung ini lebih indah daripada kampung-kampung lain di Seri Medan.
Oleh sebab itulah ia telah dipilih sebagai sebahagian daripada latar Filem Puteri Gunung Ledang arahan Tiara. M Nasir dan pendekar-pendekar itu pernah berkampung di sini berhari-hari lamanya.


 Tahniah! Walaupun berada di ceruk...keluarga ini dengan bangganya telah
mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini.

 Tu dia! Pintu gerbang ke kilang Minyak Wak Dakam

 Anak isteri Allahyarham Wak Dakam tinggal di sini
Malangnya setelah beberapa tahun Allahyarham meninggal, syarikat ini telah berpecah dua.
Seorang anaknya telah membuka kilang di Melaka. Seorang lagi telah membuka kilang baru di 
Pt Warijo, Lintang. 

 Sebelum ke rumah mereka, kita akan menemui kubur purba ini. Ia bukan kubur orang 
kampung ini. Rasanya yang berpagar ini kubur para pegawai tinggi kerajaan Melaka yang
melarikan diri daripada dikejar Portugis. Sampai sekarang tiada maklumat
yang diketahui berkaitan perkara ini.


 Di sekelilingnya terdapat puluhan batu nesan kecil yang telah ditutupi rumput.
Mereka mungkin pengikut-pengikut yang mengakhiri kehidupan mereka di sini.
Berada di sini, aku seolah-olah berada pada zaman silam.

 Irfan sudah tak sabar untuk mencampakkan umpan


 Seperti sebuah drama seram, baru saja nak memancing. Kilat menyambar begitu kuat. Tiba-tiba
suasana menjadi gelap.

 Aku yang dari kecil memang alergik dengan bunyi guruh yang kuat, cepat-cepat memanggil
Irfan dan Iwan masuk kereta. Ia lebih selamat! Pengecut punya bapak.
Aku takut dengan guruh, sebab datukku dulu mati disambar petir.

 Akhirnya aku memecut kereta meninggalkan tempat itu, menuju kampung yang hanya 2 km
daripada situ. Ternyata keadaannya terang-benderang. 

Jam 7.00 malam kami menuju pulang ke rumah tanpa sempat aku membuat tinjauan lebih tentang bekas
kilang Wak Dakam dan kawasan perkuburan purba itu.

9 ulasan:

Mama Miraki berkata...

wahhhh seramnya tengok gambar kg ni...

Mama Janet berkata...

kedamaian desa.agaknya kalau yg mmng anak jati bandar teringin merasai suasana sebegini......

Mat Som Sadona berkata...

Mama Miraki
Dalam suasana keseraman itulah Allahyarham Wak Dakam membina empayarnya dan dapat mencipta resepi ubat-ubat tradisionalnya.

Mat Som Sadona berkata...

Sesekali berada di tempat yang damai begitu memang mendamaikan. Kalau hari-hari mungkin yang biasa duduk di bandar yg sibuk, akan kebingungan.

mak encik | SZ berkata...

teringat2 kisah jutawan kosmetik tu...alfatihah...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Biar pun hanya 1 jam 30 minit utk sampai dari Kulai ke kampung tapi kena tunggu adik beradik balik. Baru meriah.

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Semoga pembunuh2 itu menerima balasan yg setimpal

Mat Som Sadona berkata...

WKL
BALIK SORANG2 PUN OK KUT

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan

Saya merujuk kepada cerita tuan ke kampung seri medan. Saya tertarik dengan makam lama kubur nesan Aceh itu. Boleh tuan tunjuk arah jalan hendak ke tanah kubur itu? Saya datang dari Melaka. Saya harap tuan tidak keberatan. Saya hendak mengkaji nesan-nesan lama yang terdapat di Malaysia ini. Hubungi lah saya. Terima kasih.
email atau sms/tefon
tokpakehtemenggong@gmail.com
tokpakehtemenggong.blogspot.com