MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 17 September 2011

BERAYA LAGI



Banyak jemputan hari ni. Mula-mula kami ke rumah sahabat Hj Zakaria Marsam, rumah terbuka Hari Raya. Di Pt Karjan Seri Medan. Kemudian ke rumah Hj Januri, juga di Seri Medan, kerana majlis perkahwinan anak perempuan. Nampak DJ di rumah Tuan Hj lain daripada yang lain. Penuh dengan nasyid, ceramah dan doa-doa. Maklumlah Tn Hj seorang pejuang parti tersohor di Malaysia ni. 


Jam 4.30 petang tiba di rumah Cikgu Esa Atan, rakan semasa mengajar di SMK Convent Batu Pahat dulu. Majlis perkahwinan anak perempuannya juga. Cikgu Esa sudah pindah ke rumah baru di Seri Gading. Dulu duduk di Taman Koperasi dekat SMK Convent. 


Jam masih menunjukkan pukul 4.48 petang. Kami menuju ke Pt Seri Bahrom, Rengit. Tengok cucu saudara yang baru anak Faizah di rumah ibu mentuanya. Alamak, langkah kananlah pulak aku. Makan lagi. Patutlah ramai sangat orang. Kenduri potong jambul rupa-rupanya. Suami Faizah begitu peramah, dan gembira sangat aku datang ke rumahnya.


Kemudian jam 6.00 kami  ke rumah abang aku, Baharuddin selang 3 rumah saja dari rumah mentua. Makan berat lagi. Soto. Dah empat rumah makan berat-berat.


Jam 6.45 bertolak ke rumah adik bongsu aku, Mar. Aku call dia, supaya jangan masak-masak. Perut dah nak meletup ni. Rumah Mar terletak di Taman Bukit Flora, Batu Pahat. Baru nilah aku berkesempatan beraya ke rumah dua orang adik-beradik aku ni. Ingatkan lepas rumah Marfiah, kami nak ke rumah anak saudara aku Moslim, di Taman Wangsa Maju, Batu Pahat, namun Marfiah masak-masaklah pulak. Kenalah tunggu, dan makan. Akhirnya, jam dah menunjukkan jam 9.30. Terpaksalah balik, tak dapat ke rumah Moslim. Risau pulak dua orang anak Ili dan Iwan tak ikut kami hari ni. Moslim lain kalilah ya. Maaf ya...tak dapat datang beraya lagi.


Buat MM yang rumahnya jauh di sana tu jangan kecik hati ya. Jua buat Anis, dan sepupu-sepupu aku kat KL dan JB tu. Aku ni silau kalau memandu malam. Tu yang tak dapat pergi jauh-jauh. Tunggulah aku jadi tauke nanti, aku pasang supir.


Juga kepada para sahabat, maaflah aku tak dapat beraya lagi ke rtumah kalian. Yang kagumnya, kuih mereka penuh lagi di atas meja. Kuih rumah aku tinggal 3 telap saja. Ok jumpa lagi!

16 ulasan:

IMANSHAH berkata...

saya pun ada 3 jemputan hari ini

MAT SOM berkata...

Kesian ya kasut En Imanshah dah dikebas org

Mama Miraki berkata...

raya sakan eh MS ...hhehehe raya kat kg pun main meriah dah hujung2 ni yea

MAT SOM berkata...

Tapi raya ni dah ditenggelamkan oleh jemputan kahwin Miraki

Mama Janet berkata...

Telap tu bersamaan dengan balangkan

MAT SOM berkata...

Mek. Pernah dgr istilah telap, tapi tak ada dalam kamus. Agaknyalah tu

en_me berkata...

raya sakanns teww kang.. ehehe

MAT SOM berkata...

Kenapalah Offkan komen kat blog En Me tew? Ada org goda ke?

Kak Kay berkata...

meriah sungguh cikgu MS beraya, tu kira kena gantung periuk jugak la kan..
TELAP...hehehe sekian lama tak sebut perkataan tu, telap tu bahasa jawa ke apa ye...

Sz berkata...

pasang supir ya cikgu...
takyah tunggu kaya..
supir bas ekspress ada! ;p

MAT SOM berkata...

Kak Kay

Confius juga pktaan tu
Org dah komen tak boleh dah edit entri ni

MAT SOM berkata...

Pn Suzianti

Satu cadangan yang baik tu

cinnamon.com berkata...

meriah sana sini..

~ Mummy Gee ~ berkata...

MSom... kalau pegi beraya rumah JaWorld kompom tak akan kebulur... kita kata janganmasak pun tuan rumah akan masak... betul tak? Saya kan boring bila pegi rumah orang, tuan rumah tanya 'nak makan sini ke' or 'dah makan ke'... ko hidang je la... buat patut2 tamu datang x yah tanya2...hehehhe

MAT SOM berkata...

cinnamon
Setahun sekali

MAT SOM berkata...

Mummy Gee
Tuan rumah tu mungkin dah kehabisan
bahan2 utama
dlm peti aisnya?
Ayam kena beli 10 ekor
Daging lembu 6 kg
Daging kambing 6 kg
Tulang selangka 6 kg