Rabu, 21 September 2011

NAK MOHON PINDAH? KE MANA?



Enam sahabat aku dah mohon berpindah. Ada yang nak pindah ke negeri kelahiran. Ada yang nak pindah ke sekolah yang berhampiran rumah.


Aku dah lapan tahun di sekolah ini. Kira dah pecah rekod. Sebelum ni

  • 7 tahun di SMK PALOH, Kluang
  • 4 tahun di SMK CONVENT, Batu Pahat
  • 5 tahun di SMK Penghulu Saat, Pt Sulong
Lepas tu aku dan tiga orang sahabatku dicampakkan ke sekolah ini kerana kami tak ada ijazah. Surat pertukaran pun aku tak dapat, main telefon saja. Siapalah aku? Aku hanya serangga. Aku bukan anak datuk.

11 tahun lagi aku pencen. Rasanya aku akan bertukar ke sebuah sekolah lagi sebelum bersara. Tetapi bukan tahun ini yang sesuai untuk aku berpindah.

Pagi-pagi, kereta kawan-kawan, dan cikgu-cikgu sekolah lain memotong aku seperti potong sayur. Aku tak peduli. Lebih-lebih pun mereka cepat 5 minit sahaja. Aku bawak paling laju pun 80-90 kmj. Ada antara mereka tu yang bawak kereta sampai 130 kmj. Jalan dahlah sempit dan agak berliku.

Apabila cerita bab bertukar, aku teringat ada teman-teman yang menangis berjurai-jurai pada hari meraikannya. Pada hal cuma berpindah 20 km sahaja. Cikgu perempuanlah tu! Cikgu lelaki yang berpindah pulak boleh berjenaka lagi walaupun dia berpindah ke Sepang jauhnya.

Itulah saja bebelan aku pada pagi yang syahdu ini. 

9 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tak mengapalah.. mana tau one day, Irfan pulak bergelar Datuk...
Datuk Ustaz Hj Irfan Al Hafiz Bin Mat Som.

Amin..

Tanpa Nama berkata...

1.nak komen apa no!
2.kalau malam tadi kita tidur tak letak tangan atas dahi!
3.kalau pagi tadi kita rasa seronok untuk kesekolah!
4.itulah tanda kira seronok mengajar disekolah tersebut!!
5.kalau sebaliknya!!carilah "kabel" untuk kesekolah yang baru!
6.tapi rasanya!seronok atau tidak seronok kita disesebuah sekolah bergantung pada diri kita sendiri!pandai-pandailah kita membawa diri!
7.selagi kita rasa berdebar-debar menjelang keputusan upsrka!spmka!stpmka!diumumkan!!itulah tanda kita memang "berjiwa" seorang guru!

Kayu Manis berkata...

pindah mana pun takpe,

Kak Kay berkata...

MS, bertukar angin ke KL la pulak sebelum bersara... ala sesaja rasa2 angin kota KL ni, tak kan duk PS je .esok2 dah bersara dah jadi penduduk tetap PS kan...

Mama Miraki berkata...

haah MS...pindah KL jer..hehehe....

Mie berkata...

Saya pun sokong pindah KL je... :D

Mat Som Sadona berkata...

MM
Tuah ayam nampak di kakinya, tuah manusia Allah sahaja yg tau.

Mat Som Sadona berkata...

OSAJ...!

Betul kata sdra tu.
Tapi, perjalanan setengah jam itu elok dipendekkan jadi 5 minit je.
Boleh sembang di kantin lebih lama sikit sebelum mula mengajar.

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Kalau pindah ke Sarawak aku tak sanggup.

Mie, MamaMiraki dan Kak Kay....ohhh, saya ni begitu trauma dan fobia dengan jalan yang berselirat di kota itu. Setiap kali pergi mesti sesat. Takut pergi sekolah jumpa, nak cari jalan balik ke rumah ...tak jumpa-jumpa...!