Selasa, 20 September 2011

SEMUA ORANG SIBUK CARI DUIT



Kita menonton TV penuh dengan iklan.
Kita dengar radio, kita dengar macam-macam iklan.
Di rumah, ada orang yang mencampakkan segala aneka flyer dan katalog.
Kita berjalan-jalan di shoping compleks, ramai jurujual macam ikan kelaparan.
Kita mengelak ke kanan, kita mengelak ke kiri.
Sampai kita baca berita online pun macam-macam iklan skim dan ubat itu dan ini....
Termasuklah iklan dalam blog aku apa kurangnya....ada iklan!


Semua kerana apa?
Kerana nak cari duit, nak pendapatan.
Duit nak beli makanan harian, pakaian, kenderaan.
Duit simpan nak kahwin. Nak beli rumah.
Yang ada anak, untuk persekolahan mereka.
Nak masuk asrama sekolah pun dah ribu-ribu.
Semua dah naik harga...!


Lalu kita bayangkan, kalaulah aku dilahirkan sebagai anak jutawan macam Paris Hilton?
Atau anak Sultan Brunei?
Atau sekurangt-kurangnya jadi anak Datuk K, Datuk Shah Rukh Khan?


Bersyukurlah...
Kita masih antara yang bertuah di atas muka bumi Malaysia ini
Ramai lagi yang papa kedana.
Makan nasi beras murah, lauk kangkung dalam parit terbiar.
Goreng telur dibahagi empat.
Mencari kotak-kotak dan plastik terbuang untuk sesuap nasi.

12 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

Kalau kita kaya ada orang yang lebih kaya dari kita
kalau kita miskin ada orang yang lebih miskin dari kita.... bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kita tanpa melupakan apa tujuan kita berada di muka bumi ini....sekadar pendapat saya je

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Orang yg hidup beralaskan tilam emas.. tapi tido tak lena pun takde maknanya. Yg penting dlm hidup ni, bila Allah berikan kita ketenangan, disenangi org2 di sekeliling, dikurnia anak2 yg soleh/solehah.... diberikan Allah peluang utk hidup dan bertaubat.. itu dah cukup lengkap utk buat kita bahagia.

oittt!!!sekolah atap jeee!!! berkata...

1.ada yang gajinya RM10,000!hujung bulan tak cukup duit jugak!
2.ada yang gajinya beratus jee!!anak tiga empat orang!!boleh hidup jugak!!
3.ada yang bergelar jutawan!!bila meninggal!hutang keliling pinggang!!
4.yang penting bila tidur malam!!tangan tak letak atas dahi!!!

cinnamon.com berkata...

sederhana dlm semua perkara..

Mama Miraki berkata...

terima seadanya dan redha...

Mama Janet berkata...

terpandang ptg tadi dalam hujan pak cik jaga sekolah mengayuh basikal utk masuk keja 7 pm.cam kesian sangat..tp nak wat camne dah tu punca rezeki dia..

MAT SOM berkata...

Betul kata Mummy Gee tu. Saya setuju 120%

MAT SOM berkata...

MM
Tidur bertilamkan emas, sakit belakang.
Tu yg pakai baju benang emas tu, selesakah dia.
Sangkar emas tak bermakna pada burung yg duduk di dalamnya.

Tapi kalau kaya, dan fokus membantu meningkatkan syiar agamanya, itu lebih bermakna seperti Abdul Rahman Auf.Kekayaannya digunakan untuk mengembangkan Islam.

MAT SOM berkata...

Sdra Oit Angin Lalu

Rupa2nya letak tangan di atas dahi tu satu keadaan yg kritikal.
Jutawan banyak hutang? Putar alam tak pernah tenang.

MAT SOM berkata...

Cinnamon
Bagusnya macam tu

MAT SOM berkata...

Mama Miraki-kalau dah ada 2 kg Kopi Pasar Sulong DI DALAM RAK-hidup rasa DUNIA ANA YG PUNYA.

Sabtu ni kalau nak, saya belikan...dan poskan. Bayar apb dah sampai kopi tu bolehke?

jIKA NAK...MESEJ DI FB SAYA AKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH BERSERTA NO HP UTK URUSAN POS.

MAT SOM berkata...

Mama Janet,
Masa masih muda inilah kita buat simpanan,

Dah tua eloklah duduk dgn anak isteri/cucu/siram-siram pokok bunga, pergi surau-mesjid. Pagi2 bawak isteri ngeteh roti canai. Beli surat khabar baca2 isu semasa.

Lepas tu jengok2 kebun ke, jengok sdra mara.

Memang kesian org kita yg jadi pengawal. Sekolah saya ni lagi, jaganya perempuan. Kesian kan?

Org Cina tak sanggup kerja berat spt itu. Mereka lebih rela jual aiskrim, jual gula-gula. dan macam2lah. Pernah nampak mereka kerja begitu?