MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 3 Oktober 2011

ANAK KRAKATAU MULAI MEMBARA

Gambar Anak Krakatau Oktober 2011-Ihsan Vivanews

Anak Krakatau
Gambar pada 3 Oktober Ihsan Kompas

Ibu Krakatau pernah menggemparkan dunia pada abad ke 19 (Tahun 1883) yang letusannya telah menyebabkan penduduk menyangka hari Kiamat telah pun tiba. Kini Anak Krakatau telah mempamerkan asap hitam.


Penduduk di sekitarnya seperti Banten dan pesisir pantai Sumatera kelihatan masih tenang dengan keadaan itu.

Letusan ini menjadikan air laut menjadi hangat, dan ia menghasilkan plankton. Ini akan menyebabkan nelayan akan mendekati kawasan gunung ini untuk menangkap ikan yang teruja dengan plankton tersebut. Ia yang menyebabkan kerajaan Indonesia bimbang terhadap keselamatan mereka.

Agak-agak di mana letaknya Anak Krakatau? Jom tengok Google Map.....Ya di sini..Jika kita lihat peta ini...jika gunung berapi yang menggila bak Krakatau dulu, negara kita Insya Allah masih dalam keadaan selamat. Sebelum aku lihat peta ini, aku bayangkan ia terletak dengan Tanjung Piai....(teruk betul Geografi aku).



 Semoga saudara-mara kita di Indonesia selamat daripada segala mala petaka, termasuklah Anak Krakatau yang mula menunjukkan wajah bengisnya.

4 ulasan:

che mid berkata...

Inilah salah satu tanda kiamat sebenar akan tiba kan.. err. kalau tak salah, atuk Che Mid asal dari Banten..

IMANSHAH berkata...

takut

kena banyakkan memaparkan kisah2 begini, smg umat islam bersiap sedia

MAT SOM berkata...

Che Mid
Tentu atuk Che Mid tu boleh cerita sikit tentang kesan2 Keganasan Krakatau ya

MAT SOM berkata...

Imanshah

Supaya kita semua Sentiasa bersiap siaga dlm menghadapi saat-saat sukar dlm kehidupan, kerana hidup ini tidak selalunya indah