Isnin, 24 Oktober 2011

BANK DI SEBUAH PEKAN KECIL

 Kewujudan Agro Bank di Pekan Parit Yusof Muar
ini pasti mendatangkan perasaan cemburu bagi penduduk Seri Medan yang mempunyai
penduduk yang lebih padat.

 Situasi di pasar Ahad Seri Medan. Mereka juga perlukan bank. Pejabat Pos tak mencukupi.
Nak ambik duit kena pergi bandar Batu Pahat,Yong Peng atau ke Parit Sulong. Nampaknya ramai yang simpan duit bawah bantal. Nak berbaris di pejabat pos, kena banyak bersabar.

 Sebahagian pemandangan pekan Seri Medan. Di sinilah aku selalu lepak
dengan kawan-kawan sewaktu remaja dulu.

Tunggulah tahun 2020...baru ada bank di Seri Medan ya pakcik-makcikku.
Baik aku makan cokelat ole-ole Ili Nabilah (anakku) yang baru balik dari Langkawi ....buat apa nak fikirkan masalah orang, aku bukan wakil rakyat......hehehehe

8 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

ooo ili ke langkawi ye...
rombongan sekolah ke?
anak sedara saya lepas upsr hari tu rombongan ke penang..jauh tu .. muar-penang ...
dolu2 saya p plg jauh pun ke kl ...hehehe

MAT SOM berkata...

Ya ikut rombongan sekolah
Baru lepas PMR lah katakan
Kita dulu pergi Melaka pun dah suka sangat....

cinnamon.com berkata...

betul tu rehatkan jiwa murid yg berserabut tu..lps ni pening nak ambil result pulak..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Muar jalan "hidup"... Seri Medan "jalan mati".. kalau nak buat pun rasa2nya lokasi yg strategik kat tepi kubur cina sebelum Bkt Belah..

IMANSHAH berkata...

tempat saya pun tak banyak bank...TUMPAT

MAT SOM berkata...

Cinnamon
Setelah result dah keluar
Pening pulak pilih sekolah mana

MAT SOM berkata...

MM
Pt Yusuf cuma sebesar Simpang Lima
Usah sebut Muar
Beza Seri Medan dgn Batu Pahat
pT yANI JALAN HIDUP
tAPI TAK ADA BANK JUGA

MAT SOM berkata...

Imanshah
TUMPAT lebih bertuah dari Seri Medan
KERANA TUMPAT sebuah bandar
Dan Seri Medan sebuah pekan cowboy