Selasa, 18 Oktober 2011

NO HAND PHONE KITAR SEMULA?

Sejak Bio Asli menyenaraikan aku antara 50 stokis paling aktif, dan menyiarkan nombor hp aku dalam iklan Kosmo hari Ahad dan web mereka, ALHAMDULILLAH rezeki sentiasa berterusan. Terima kasih sangat dengan CEO yang menganggap aku sebagai sebahagian daripada komuniti mereka.


Kini jadual aku agaklah sibuk. Petang tadi aku melayan pelanggan aku yang terbaca iklan itu. Prospek paling dekat, 10 minit je dari rumah aku. Setelah aku tunjukkan produk-produk minyak  kelapa dara, Encik A mengambil 2 botol Kapsul Kelapa Dara.


Encik A bercerita tentang ibunya. Dulu, ibunya terlantar dua tahun tak boleh bangun. Lemah semangat sejak ayahnya eksident dan meninggal dunia. Satu hari, kawannya datang dari Rengit membawakan sebotol air Safron keluaran Tok Guru. Dengan izin Allah ibunya pulih dan sihat sehingga sekarang. Masalahnya sekarang dia terputus hubungan dengan pembekal safron tersebut.


Lalu teringat sahabatku Faris, stokis Tok Guru kawasan Pt  Raja. Aku pun call...


Tiba-tiba, seorang lelaki memarahi dan memaki-maki aku....


"Benci betullah, kenapa orang asyik tanya Faris...Faris....Faris....nombor ni saya punya!"


"Saudara....dengar sini...kalau awak nak marah, marahlah CELCOM, Faris tu peniaga yang namanya banyak tersiar dalam majalah kerana jadi stokis itu dan ini, dulu ini nombor dia, mungkin dia dah tak pakai lagi, Celcom juallah semula..bila nombor tu dah expired."


"Itu saya tak peduli, lain kali awak jangan telefon saya!!! Menyusahkan saya....bla...bla.....!"


"Kalau awak nak marah, marahlah...Celcom.."


"Bla...bla....bla...." Marah betul dia. Tak guna aku layan orang macam ni. Aku terus matikan talian.....


Ni kat rumah prospek, bikin malulah dengan aku. Kalau kat rumah aku, dah tentu aku sekolahkan dia cukup-cukup. 


"Beginilah Encik A (maklumlah baru kenal, walaupun sama-sama duduk Pt Sulong, kenalah berbudi bahasa)....esok saya cari dia di Pasar Tani, saya akan SMSkan nombornya kepada Encik A" (En A, ni kakinya baru dipotong kerana kencing manis, umurnya baru 43 tahun, kesian kan). 


Kesimpulan Cerita:


Nombor hp kita yang dah expired akan dijual semula oleh syarikat telekomunikasi. Dalam hal ini, nombor yang pernah aku gunakan, telah dibeli oleh seorang gadis dari Indonesia. Sahabatku Osman semasa tiba di rumah aku ketika itu, merungut.....


" Aku call je, yang angkat orang seberang, perempuan pulak tu. Aku ingat kau kahwin lagi?".......


"Kan aku dah umumkan satu dunia, aku dah tukar nombor, kenapa kau tak delete?" Itulah masalahnya! 



6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tahniah ler.. moga terus sukses!

Tak best kan bila no. phone pun boleh direcycle2.. boleh mengundang fitnah pulak.

Nt dah tua, aku pun nak recycle la blog aku ni pd anak cucu aku.. hehe.

mak encik | SZ berkata...

tahniah cikgu mat som...semoga bisnes tambah maju!

saya ada terbaca kajian penyelidikan di negara lain, no telefon akan di"kod" kan mengikut empunya diri seperti no kad pengenalan ... tetapi masih dalam kajian lagi la, banyak isu2 lain kena dikaji lg tu seperti keselamatan no bila di salahgunakan dsgbnya...

IMANSHAH berkata...

saya xpenah tukar no

Mat Som Sadona berkata...

MM, cuba sesekali call no hp kau yang dulu-dulu

Siapa agaknya yang menggunakannya? Harap2 dibeli oleh ustaz2 ke ustazah ke yg zuhud dan sabar, bukan along atau bapak ayam, gangter.

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Tkasih....bolehlah buat beli bawang bilis
Oh macamana tu..kod..kod..
Bagus tu, lebih selamat.

Msia kena ikut macam tu supaya tidak digunakan no ini utk jenayah dan sebagainya.
Tapi skrg org guna FB pulak nak tipu org.

Mat Som Sadona berkata...

Imanshah
No tak tukar2 tu tandanya setia.
Isteri pun rasa selamat.