Khamis, 6 Oktober 2011

TUNGGU BAJET 2012 UNTUK NAIKKAN HARGA



Isteriku merungut kerana pampers Pet Pet yang sudah dibeli bertahun-tahun kini semakin habis di beberapa kedai yang biasa menjualnya. Anak aku ni kalau pakai pampers jenama lain, dia garenti kena ruam. Lalu kedai tu pun kata, itu company dah nak naikkan harga. Tunggu lepas Bajet 2012 agaknya?


Itu cuma satu contoh. Tak taulah barang lain. Mereka kalau naikkan harga pun tak beri tahu kita. Roti untuk sarapan anak kita yang dulu 50sen, naik 60 sen pun diam-diam. Masa bila pula naik ke 70 sen kita tak perasan. Kenapa tak naikkan ke RM 1 je? Orang bising pun sekejap je kan?


Ada yang tak sabar nampaknya untuk mengetahui apa kejutan yang akan dibuat oleh PM kita esok. Dalam TV 1 tadi ada diskuss hal itu. Cuma cara pengacara itu menjawab panggilan penonton agak mengecewakan. Sikit-sikit nak potong cakap mereka. Kalau macam tu tak payahlah buka kepada pendapat orang ramai. Dia dengan ahli panel jelah yang bercakap, sudahle.

5 ulasan:

orang muo berkata...

agak-agak dapat bonus tak bro... bonus pilihanraya he he

MAT SOM berkata...

Kalau boleh rakyat biasa, kaki tgangan kjaan, swasta, usahawan semua dpt manfaatnya dlm bajet tu nanti. Jadi tak adalah pihak yg berasa dipinggirkan.

AZANI berkata...

cikgu
biasa yang untung pembekal, mankala petani, peladang, nelayan dan yang makan gaji ?

AZANI berkata...

macamkes tayar, minyak naik 19 sen seliter
harga tayar naik 70 sebiji...macamlah satu tayar pakai berliter liter minyak...tayar getah sintetik maksud saya.

MAT SOM berkata...

En Azani
Pembekal memang kuat, kuat ekonomi, kuat kuasa mereka, jadi mereka boleh mainkan kita semua.