Khamis, 24 November 2011

BERITA BURUK MENDOMINASI KITA

Tengok TV, penuh berita buruk. Bunuh, pelacur yang diberkas, kemalangan ngeri yang meragut nyawa saban hari, peperangan, mala petaka di sana-sini. Surat khabar pun begitu juga, kisah orang kena tipu, anak dara diperkosa lelaki tidak dikenali, warga emas dibunuh penagih dadah, anak dara lari dari rumah, dan bermacam-macam lagilah.


Kenapalah media kita tidak siarkan berita budak-budak kecil dah hafaz Quran, kisah orang dari kampung yang kini jadi jutawan, kisah ibu tunggal yang berjaya menyara tujuh orang anak, dan 1001 cerita dan kisah positif yang boleh dijadikan bahan berita. 


Kerana apa? Sebab orang memang suka berita macam tu. Juga hal filem. Filem berat tak laku. Yang laku filem hantu. Majalah berat juga kurang dapat sambutan. Majalah hiburan tetap laris sejak zaman pop yea yea. 


Pendek kata, semua itu merupakan bisnes. Kalau aku uploadkan gambar perempuan-perempuan seksi di sini, pastilah hit blog aku naik sedikit. Tetapi, apa yang akan aku dapat?  Bertolong-tolonglah kamu ke arah kebaikan, dan usahlah bantu-membantu dalam menyebarkan kemungkaran. 

2 ulasan:

che mid berkata...

Betul tu.. Che Mid dah muak tengok 999 tv3.. agaknya ada agenda tersirat ke buat macam tu pada rakyat..

MAT SOM berkata...

Memang Che Mid, saya lebih sukA TV9 kerana mereka lebih berhemah. Walaupun di bawah sykat yg sama.

Soalnya apa perlunya setiap hari ditunjukkan pelacur2 diserbu, dan disumbatkan ke dalam kenderaan polis? Ia tak sesuai utk tatapan anak-anak kita. Ia bukanlah berita besar.