Ahad, 20 November 2011

BERITA GEMBIRA

Lewat petang semalam, dua berita yang benar-benar menggembirakan aku. Pertama  ialah kemenangan Malaysia ke atas Myanmar, yang akan bertemu semula Indonesia. Pasti perlawanan akhir dengan Indonesia kelak akan lebih dramatik daripada piala Suzuki tempoh hari. Penonton Indonesia seakan histeria,mereka mengejek lagu Negaraku yang sedang dinyanyikan, mereka memang tidak punya rasa hormat kepada tetamu, mereka menggelarkan kita sebagai Malingsial (pencuri sial) ekoran kekalahan dalam perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan. Kita kehilangan pulau Batu Putih yang dirampas oleh Singapurapura, tetapi kita masih rasional apabila menghadapi sebarang perlawanan sukan dengan negara itu. 


Sejarah pertelingkahan ini memang telah lama tercatat dalam lagenda. Kisah Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari (pahlawan kerajaan Majapahit) , dan sejarah paling besar ialah kisah Konfrantasi Ganyang Malaysia oleh Sukarno pada awal kewujudan Malaysia sehingga Indonesia menghantar bala tenterannya ke Johor ketika itu.  


Menyingkap segala rentetan itu, maka kemarahan mereka kepada kita memang tak akan tamat sehingga hari Qiamat. Jadi, dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011, anda akan melihat suasana perlawanan itu lebih dahsyat daripada segala pertandingan bola sepak di seluruh benua Asia sebelum ini. 


Dan berita kedua yang cukup menggembirakan aku ialah pengumuman TPM sebagai berkata, projek rintis guru bekerja sembilan jam akan dibatalkan. Alhamdulillah!!!! Aku nak tau siapa yang mula-mula memandai-mandai memulakan program ini di Melaka Tengah? 

2 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu mat som,
tentang msia vs indo ni rasanya mmg takkan habis citer... sayang nya orang2 yg tak berfikir panjang je "berani" nak buat macam2 hal tak elok didengar/pandang/baca ni ...

saya paham kerja sbg pendidik ni bukan dalam waktu fix 9 jam tu sahaja...memang konpem bawak balik rumah punyaaaaa!

MAT SOM berkata...

Kerja jadi pensyarah lagi penat lah kan Pn Suzianti. Lagi besar jawatan seseorang itu, lagi besarlah beban beratnya tjawab kita.