Isnin, 7 November 2011

KEKALUTAN EROPAH

Pekan Settala, Itali

Walaupun Perdana Menteri Greece George Papandreou telah membatalkan pungutan suara untuk tidak menggunakan mata wang Euro, ekonomi Eropah tetap dilanda kemuraman.


Di Itali misalnya, seorang pengarah bank telah merungut
"Saya tiba di sini pada tahun lepas untuk menyusun semula pentadbiran bank ini, tetapi sekarang saya terpaksa berkerja seperti gila!"


Beliau menambah....
"Misalnya, tadi ada seorang pelanggan bank menemui saya untuk membuat pinjaman 25 000 Euro untuk membeli sebuah van, tetapi saya kata, TIADA....Lelaki itu sangat kecewa, dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, kerana tiada peruntukan...Dia seorang pelanggan yang baik, namun saya tidak boleh membantu"


Seorang pengarah bank lagi bercerita.....
"Seorang wanita tergesa-gesa berjumpa saya, dan dia ada terbaca di Facebook bahawa kerajaan berhak untuk mengeluarkan duit simpanan mereka daripada bank. Dia ingin tahu adakah itu benar?....Saya terpaksa menerangkan dengan panjang lebar tentang perkara itu"


Krisis yang berlaku di negara tersebut telah meletakkan bank sebagai sasaran. 


Seorang lagi orang kuat bank berkata...
"Ibu pejabat bank mengarahkan kami mengumpulkan seberapa banyak wang daripada simpanan awam, tetapi sekarang mereka datang ke sini sekadar untuk bertanyakan soalan...."


Settala Itali, sebuah pekan kecil dengan penduduk sekitar 7500 orang penduduk sahaja (sedangkan Seri Medan berpenduduk 30 000 orang, tiada satu bank pun sudi membina cawangannya di situ)...terdapat lima buah bank di Settala, membuktikan betapa orang-orang di situ memang berwang (beruang?)....Ramai yang telah berkereta besar, rumah besar...isteri besar...namun kini mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak. Semuanya gara-gara hilang kepercayaan terhadap ekonomi Eropah, takut simpanan pelaburan mereka menyusut, gara-gara ada negara Eropah yang tidak dapat membayar hutang antaranya Greece.


Begitulah, yang berlaku di negara orang putih tu. Betapa keyakinan pelabur itu penting untuk kekukuhan ekonomi sesebuah negara atau benua, malah seluruh dunia. Kita di Malaysia haruslah menjadikan ia sebagai iktibar. Usahlah terlalu banyak hutang untuk membeli sesuatu yang di luar kemampuan kita, kerana akhirnya ia akan menjahanamkan kehidupan kita dan negara keseluruhannya. 

2 ulasan:

cinnamon.com berkata...

setuju...salam aidul adha...

MAT SOM berkata...

Terima kasih, salam iDULaDHA JUA DRP SAYA.