Khamis, 17 November 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011-SK SERI PASIR


PELAJAR YANG MEMPEROLEH 5A
Tahun ini tujuh orang pelajar telah memperoleh 5A. Mungkin soalan peperiksaan 2011 lebih sukar berbanding tahun 2010. Tahniah kepada tujuh pelajar berikut:







Seramai sembilan orang pelajar mendapat 4A 1B.
Pelajar yang memperoleh 4A 1B ialah:









Seorang calon dapat 4A 1C iaitu.....Anda tetap hebat

Mereka yang memperoleh 3A 2B...ialah..







Azyan dapat 3A 1B 1C-Anda tetap hebat! Jangan menangis
Yang dapat 2A, 1A...maaf...Cikgu-cikgu anda dah ingatkan dulu.....ini semua rezeki masing-masing.
Tebus maruah anda dalam PMR pada masa akan datang. Kepada yang berjaya, semoga anda terus mencapai kegemilangan dalam hidup anda.

 Pagi yang hening di SK SERI PASIR....ada berita baik...


 En Mo'min Kamri merasmikan Hari Anugerah Cemerlang juga berlangsung hari ini bersamaan hari menerima keputusan UPSR....

 Satu contoh Slip keputusan UPSR 2011....pasti bangga ibu bapa Nurbatrisyia

 Keputusan baru sampai....dan guru-guru sedang sibuk membuat analisis dan pembahagian

 Debaran terakhir....

 Seorang bapa...Encik Ismail gembira dengan kejayaan anak lelakinya
Muhammad Nafiz Anas. En Ismail seorang tukang jahit dan mempunyai kedai di pekan Seri Medan

 En Karim dan isteri, ibu bapa Batrisyia yang memperoleh 5A

En Ali Sarmin, guru besar SKSP menyampaikan slip keputusan kepada para pelajar.

18 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tahniah cikgu...tahun depan bertambah lagi yg dapat perfect score. Dah collect dah RM 100.00.?

IMANSHAH berkata...

tahniah anak buah saya pun dapat

Mama Janet berkata...

tujuh org je dapat 5A...oh calon x ramai agaknya

che mid berkata...

Tahniah untuk sekolah cikgu..

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Cikgu Bahreyn
Dah...RM 100 dah diserahkan semalam.
Kerja cikgu dah bertambah...
Tukang bagi duit pulak......

Mat Som Sadona berkata...

Tahniah juga buat Imanshah...tkasih

Mat Som Sadona berkata...

Nasib baik anak Pn Meefa ni tak sekolah tempat saya....
Dia ingat senang nak dapat 5A

Mat Som Sadona berkata...

TERIMA Kasih...Che Mid

2011- 7 ORANG 5A
2010- 11 orang 5A
2009- 9 ORANG 5A
2008- 6 ORANG 5A

KEBANYAKAN JUMLAH 5A merosot di semua sekolah di kawasan Seri Medan ni, termasuk Pt Sulong juga.....

ahowk orang islam berkata...

taniah buat semua pelajar yg berjaya.. taniah juga pada guru2 yang mendidik..

Kak Kay berkata...

tahniah pada murid2 yang cemerlang, pada yang kurang cemerlang masih banyak masa untuk memperbaikinya. tahniah juga pada cikgu2 yang berusaha keras untuk kejayaan murid2nya..

Mat Som Sadona berkata...

Ahowk....
Tkasih atas ucapan tahniah
Tugas guru tetap sama setiap tahun
Apabila pencen barulah rehat

Mat Som Sadona berkata...

Kak Kay
Hari menerima keputusan adalah hari yang sangat mendebarkan pada diri pelajar, ibu bapa dan guru-guru, dan pihak pentadbir, kerana ia melambangkan maruah sesebuah sekolah.

Mama Miraki berkata...

Tahniah untuk yg berjaya. Sekaolah anak say apun menurun yg dapat 5A. Last year 40 orang tahun ni 25 orang jer. Alhamdulillah Ika dapat 5A. memang mendebarkan. tapi kurang berdebarnya sebab saya dah check melalui sms dulu...so dah tau result sebelum cikgu umumkan..hehehe

Mat Som Sadona berkata...

Tahniah utk Ika....!
Sama hebat dgn abangnya.

Kalaulah SKSeri Pasir dapat 25 org 5A
TAK TAULAH NAK CAKAP APE.
Tapi kat kampung ni serba kekurangan, mereka semata-mata mengharapkan pihak guru yg memberi kelas tambahan, berbanding anak2 kota besar, yg serba cukup dgn pelbagai prasarana dan kemudahan.

Mama Miraki berkata...

semua anak2 saya tak pegi tution luar. semua hanya menghadiri kelas2 tambahan disekolah. saya lebih percayakan guru2 sekolah..mereka lebih tau silibus...Alhamdulillah berkat usaha semua guru2 dan murid2...

Mat Som Sadona berkata...

Pasti cikgu-cikgu Ika telah bertungkus-lumus
Mengorbankan waktu cuti dan
Masa bersama keluarga mereka
Semata-mata utk kejayaan anak didik
mereka Tahniah...tahniah...tahniah SK AMPANG.

AweVIP berkata...

TAHNIAH kpd adik-adikk y berjaye . :))

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih bagi pihak adik2 tu kpd Cik Awe