MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 14 November 2011

KERJA GURU SAMPAI 9 JAM?

Sekolah tinggal empat hari lagi....
Khamis 17 November 2011, UPSR akan diumumkan
Walaupun peperiksaan akhir tahun telah berlalu
Bukan bermakna guru-guru bergoyang kaki bermain karem
Terlalu banyak yang perlu disiapkan
Fail-fail yang bertimbun yang perlu dikemaskini sebelum ditutup
Memasukkan markah, menaip surat-surat panggilan untuk Majlis Anugerah Cemerlang, menyiapkan jamuan perpisahan pelajar, menyiapkan buku program
Membungkus hadiah-hadiah,
Membawa rombongan murid-murid ke negeri lain sehingga ada guru yang terkorban...Siapa yang pedulikan?
Menyiapkan buku rekod kemajuan, menutup buku kedatangan
Ramai juga yang kelam-kabut dengan KSSR, Protim, Linus yang sentiasa dipantau oleh pihak atasan
Selama ini kami kerja sampai jam 3.00-4.00 pagi tiada siapa yang pedulikan?
Tiba-tiba kata, guru terlalu rehat dan mula diperkenalkan kerja 9 jam tahun depan
Adakah sama beban seorang penjawat awam yang berurusan dengan kertas dengan pen sahaja.....
Berbanding dengan kerja yang berurusan dengan benda bernyawa(anak murid?)
Sedangkan ada ibu bapa yang tak tahan nak jaga anak mereka, inikan pula guru yang berhadapan dengan sekian banyaknya budak dalam jangka masa demikian panjang?
Semoga cadangan itu akan ditarik balik.....ya ditarik balik akhirnya! 
Nak tau senang ke tidak jadi cikgu ni suruh anak-anakmu jadi cikgu!
Kalau mereka menangis kerana tak tahan dengan cabaran guru masa kini...
Masa itu baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah!

7 ulasan:

pakmatjb berkata...

Salam En Mat Som,

Walaupun saya bukan guru namun saya sedar bahawa para guru sudah terlebih memikul beban kerja yang berat.

Apakah rasionalnya mewajibkan kerja 9 jam itu? sedangkan pada keadaan sekarang ini beban kerja juga di bawa pulang dan dilakukan di rumah malah hingga terpaksa bertugas pada hujung minggu. Ini bukan saja satu beban kerja tambahan namun mengkucar-kacirkan urusan harian kekeluargaan seseorang guru seperti pengurusan anak-anak.

Mana pergi suara Kesatuan Guru? Adakah semakin perlahan sejak menerima kenaikan gaji? Apakah lagi keistimewaan bekerja sebagai seorang guru pada masa ini?

Pihak yang mengeluarkan arahan pun tidak berapa pasti impak terhadap arahan ini kerana ianya adalah percubaan (try and error) tapi yang pastinya sejumlah besar guru akan menjadi mangsanya.

Para guru harus bermuafakat seperti seberkas lidi dan bukan seperti sebatang lidi dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Ikhlas
Yang Bersimpati

che mid berkata...

Baru terbaca tadi.. guru bukan tikus putih yang boleh dijadikan eksperimen...

MAT SOM berkata...

PakmatJB
Terima ksih atas sokongan Tuan kpd kami,
Kami dah tak terkata apa
Betapa makin ramai org bijak di atas sana
Mereka menjalankan pelbagai ekperiment
Kami,dan anak murid terus jadi bahan uji
Dan memang benar, kehidupan kami akan diporak perandakan oleh sistem gila ini
SEKAIN LAMANYA sistem berjalan sejak sebelum merdeka lagi
Tiada cacatnya waktu yg telah ideal itu
Ramai dah anak murid yg masuk universiti lebih pandai drp kami.
Jadi utk apa, masa itu perlu ditambah?
Hanya untuk mendera kami....!
Persatuan guru yg ada haruslah ditukar kepimpinannya agar lebih berkarisme, bukan bersifat yes man

MAT SOM berkata...

CheMid
Apabila sesuatu dasar yang dijalankan tidak mencapai kejayaan
Guru-guru pula akan menjadi KAMBING HITAM.

cinnamon.com berkata...

bekerja kerana Allah...mulia berkerja sebagai guru ni..

Cikgu Zaman berkata...

alhamdulillah guru kena kerja 9 jam sahaja... agak2 kalau lebih boleh dibayar overtime kot... selama ni guru2 x ada bayaran overtime... [selama ni guru2 mmg dah kerja lebih drp 9 jam... org bijak pandai kat KPM x tau ke?]

cinnamon.com berkata...

salam,jom tengok entri saya yg bertajuk Assalamualaikum cikgu..