MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 24 November 2011

KHAIRUL FAHMI CHE MAT-VROM....! VROM...!

Jika tak bermain bola, KFC bersantai.....

Entah kat mana kawan aku, Krol, dari Kelantan copy paste gambar ni. Pokoknya, aku suka gambar-gambar low profile macam ni.

Pagi tadi servis kereta sampai tengah hari. Ganti itu ini. Dah enam hari cuti, dan dan selama itulah aku belum berehat daripada bisnes Bio Asli. Jadi petang ni berehat-rehat, layan Facebook yang merapu, merepek, meraban tu. 

Sepanjang enam hari tu, macam-macam orang aku jumpa. Paling menarik minat aku semalam. Seorang isteri dalam lingkungan 54 tahun SMS aku beberapa hari itu, supaya aku datang ke rumahnya untuk membantunya hidup lebih ceria dengan suaminya yang sudah bersara sembilan tahun dulu.

Aku pun fahamlah akan maksudnya. Sampailah aku di sebuah kampung dekat-dekat bandar Muar yang indah itu. Mak datuk besarnya banglo. Aku ajak Cikgu Zailani, teman setia sepanjang zaman. Keluarlah pasangan suami isteri yang kelihatan elit. Rumah besar, namun sunyi sepi, kerana anak-anak telah bertebaran di Malaysia ini.

Mereka pasangan yang cukup terbuka. Tidak ada malu-malu untuk menjelaskan masalah mereka. Dan aku cuba jelaskan secara profesional, walaupun dalam hati malu nak berkata. Maklumlah produk Set Suami, dan Set Isteri. Ramai rupa-rupanya yang menghadapi masalah sakit Tuan, sakit Puan.

Ingat, aku bukan saja jual Set Suami, Set Isteri, ada juga Set Kesihatan, Set Kecantikan...Dan terakhir, sebelum balik ke rumah, jam 9.00 malam semalam, aku singgah di rumah seorang pelanggan tetap di Pt Mustaffa. Dia kata, ubannya semakin berkurangan semenjak menggunakan Tonik Rambut Bio Asli.    

3 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Lum rehat masa cuti tak pe cikgu... sebab dalm cuti pun terus msyukkkkkkkkkkkk.... Yg aku ni asyik keluarrrrrrrrrrrr.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MAT SOM berkata...

Saya kerja sorang, kenalah kerja siang malam.

En Bahreyn keluar byk tak apa, baru habis setengah datang lagi satu guni....24 hb dah tiba...