MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 10 November 2011

MENGAJAR ANAK BERNIAGA

Badan terasa sangat tidak sihat, demam dan selesema yang agak gawat. Masalahnya pagi ni, apabila saja mentari menunjukkan dirinya, aku telah ditugaskan untuk menjadi DJ Hari Keusahawanan SKSP. Nak passing kat orang lain, semua terlibat dengan gerai jualan. 


Malam ni terbangun jam 2.00 pagi dan tak dapat tidur lagi. Teringat semalam aku membuat bancian lagu apakah lagu yang paling disukai oleh murid? Ternyata lagu CINTA MUKA BUKU, nyanyian NAJWA LATIF menjadi pilihan ramai pelajar. Mungkin faktor Najwa Latif berasal dari Batu Pahat, atau lagu tu memang unik...tak taulah.


Nak jadi DJ ni kena buat homework juga. Ustaz-ustaz nak lagu Maher Zin, Irfan Makki, dan Opick. Golongan retro pula nak lagu rock kapak, dengan lagu 60-an. Tetapi lagu Rock keras dengan rap aku black listkan. Anak murid pula suka lagu-lagu terbaru seperti Lelaki Seperti Aku nyanyian Aliff,Stacy dengan lagunya Kisah donggeng dan pelbagai lagi kehendak merekalah.


Mesej utama tetap akan aku terapkan. Iaitu orang Melayu yang beragama Islam, akan hadis nabi tentang pentingnya berniaga, sejarah kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia, dan akhirnya Melayu hilang jati diri dalam perniagaan selama 400 tahun setelah diinjak-injak oleh penjajah. Betapa bangsa-bangsa hebat di muka bumi ini dapat menguasai dunia ini dengan perniagaan mereka.


Jadi Hari Keusahawanan bukanlah hari untuk kami bersukaria dan menghabiskan duit emak bapak mereka, namun ada agenda yang lebih besar yang tidak difahami oleh anak-anak murid kami. 

11 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

saya sangat setuju...
nampaknya anak sulong kami ni kecik2 (baru 6 tahun) dah tunjukkan aura nak berniaga...semua mainan, pakaian, lukisan dia nak jual katanya ... nak bagi mama ayah duit ... :0

AZANI berkata...

betul cikgu


9/10 kekayaan

cinnamon.com berkata...

saya pun setuju,

en_me berkata...

demam cinta FaceBook tu kangg.. ehehe

Teman Setia Anis berkata...

Anak aku skrg tengah sibuk meniaga batu seremban hasil kerja tangan bondanya... Pengaruh batu seremban tu dah turun kt sepupu2nya kt johor... Alhamdulillah anak aku dpt gelaran kt sekolah iaitu Taukea batu seremban..haaa..

MAT SOM berkata...

Mak Encik
Anak nya tu ada jiwa besar
Hendaklah dipupuk dia, disirami ia,
Agar menjadi ahli koperat suatu masa nantu
Bak Rozita Ibrahim, Allayarhamah Datuk Sosilawati atau Datuk Maznah

MAT SOM berkata...

Azani
Makan gaji lambat nak kaya
Nak bagi orang pekerjaan
Dah 20 tahun lebih dah saya kerja
Satu pekerjaan tidak dapat diwujudkan langsung daripadaku.

MAT SOM berkata...

Cinnamon
Terima kasih setuju, tp apa yg saya kata, tak semua mesti kalian setuju,
kena bantah mana yg tak betul tu...

MAT SOM berkata...

Tn Hj Me
Kunjungan sulong setelah kembali dari Mekah...Alhamdulillah....!

MAT SOM berkata...

Teman Setia Anis....
Wauuu....bagus...bagus cucu aku bakal menjadi usahawan hebat di Kuala Lumpur......!

Cuti nanti jual apa pulak ya...?

Teman Setia Anis berkata...

Cuti skolah ni kena kerja keras jahit batu seremban untuk stok th depanlah plk... Tempahan hari2 sentiasa ada... Tu yg ajar dia org ni menjahit... Tapi anak2 kak yati lebih berbakat dlm jahit menjahit ni... Anak aku pandai jual je...