Selasa, 6 Disember 2011

DI SEBALIK AYAT 88 SURAH AN-NAML


Surah An-Naml: Ayat 88

Maksudnya "Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya."

Sahabat-sahabat nabi mengimani seluruh isi Al-Quran, kerana keimanan mereka mencapai tingkat yang paling tinggi.

Namun, hari ini manusia perlukan hujah. Jika ayat di atas dihuraikan pada zaman Parameswara, mungkin sukar untuk menjelaskan maksudnya, kerana ilmu sains belum dikuasai ketika itu.

Hari ini, dengan kemajuan yang dicapai oleh manusia, telah membuktikan bahawa ayat 88 Surah An-Naml ini, tidak bercanggah dengan sains.

Jika kita berada di atas bumi, pasti kita mengatakan gunung tidak bergerak seperti bergeraknya awan. Lalu kita tertanya-tanya kebenaran ayat tersebut. Kerana kita berada di atas sumber rujukan yang sama iaitu bumi. 

Namun, jika berada di angkasa, kita akan melihat gunung-gunung itu bergerak seiringan dengan awan. Ini telah membuktikan kebenaran ayat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun dahulu.

Ingatlah, masih terlalu amat banyak yang masih tersembunyi di dalam Al-Quran yang mulia itu. Aliff Lam Mim, Yaa Sin...telah membuktikan bahawa manusia masih belum dapat mentafsirkannya sehingga hari ini. Jadi usahlah merasa hebat dengan sekelumit ilmu yang kita ada, kerana ia cuma setitis dari seluruh lautan ilmu yang ada di seluruh pelusuk alam ini.


SATU LAGI KISAH MENARIK
Pengkaji Mayat Firaun terpegun dengan kebenaran AL-QURAN



2 ulasan:

NoorGie berkata...

MSOM, saya berkenan la ngan ruangan label kat bawah blog awak ni la..ajar cemana nak buat bleh?

Mat Som Sadona berkata...

Klik Widget yg bawah mcm biasa...
Pilih Label....ok...
Tndkan pd Sorting-plih Alphabetically
Dan Display- pilih Cloud

Cuba....