Ahad, 18 Disember 2011

FATIN LIYANA BAKAL DOKTOR

Gambar Google

Namanya telah tercatat dalam ranking ke enam individu terpopular dalam carian Google Malaysia 2011, Fatin Liyana, selepas Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne, dan Anwar Ibrahim merupakan bakal seorang doktor.


Kini telah ramai orang meletup melalui dunia siber. Fenomena Cinta Muka Buku, Najwa Latif dan juga Justin Bieber adalah contoh manusia yang popular menerusi Youtube rakaman mereka sendiri. Youtube telah membawa mereka dari bilik tidur mereka, ke atas pentas dunia populariti dan memintas kehebatan penyanyi yang sedia ada.


Dalam senarai 10 orang tu, tak adalah pula blogger lelaki yang tersenarai. Ingat seorang lagi blogger ialah Hanis Zalikha yang menduduki tempat ke 10.


Dan kali ini paling membanggakan aku, termasuk ranking tersebut ialah nama Ustaz Kazim. Dakwah beliau melalui Youtube telah memberi kesan yang mendalam dan ini menandakan sesuatu yang sangat positif dalam perkembangan dunia dakwah di Malaysia. Itulah cara terbaik, mendekati golongan muda yang mungkin mereka merasa segan dan kekok untuk bersahabat dengan pendakwah-pendakwah yang konservatif, yang cuma mencari kesalahan mereka sahaja. Pendekatan Ustaz Kazim haruslah dicontohi oleh para pendakwah masa kini, jika seruan mereka ingin didengari oleh golongan ini.



5 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

mana tahu ranking 2012 nnt ada blogger lelaki namanya cikgu mat som :)

MAT SOM berkata...

Mak Encik
Yang muda, yg kacak, yg segak pun tak dapat masuk ranking 10 inikan pula saya yg kerepot ini kah kah kah...

MAT SOM berkata...

Mak Encik
Kalau nak popular juga kena buat youtube yg lebih dahsyat daripada cikgu Shida.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Moga Fatin terus sukses.. budaknya pun ok...menutup aurat. Lately ni pun nampak baju2nya longgar2 dan sopan .. moga mampu menjadi role model kpd para remaja dgn caranya yg tersendiri.

Dah ada boy friend gamaknya ya En. MS? Kalau tak aku nk jodohkan dengan...... kekeke... dgn sedara mara kita ler..

MAT SOM berkata...

Ish, ish..Sam..Doktor kenalah kahwin dgn doktor.