MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 22 Disember 2011

KENAPA KITA BLOK/REMOVE/SEKAT SESEORANG DI FACEBOOK?


Sebelum aku menceceh tentang blok memblok, kita lihat dulu wajah paling popular semalam di internet...tengok duit baru ke orang yang pegang duit? Seronoklah kita akan dapat wang kertas yang baru. Harap-harap tidak ada lagi duit kertas yang berkualiti seperti duit RM 5.00 tu. Aku dah simpan beberapa keping, tak tergamak nak bagi kepada pekedai, dapat pun dari kedai juga, duit RM 5.00 mudah koyak dan tidak tahan lasak. Bank negara mencatatkan satu kesalahan di sini. Satu lagi apabila duit RM 5 basah (kena hujan atau termasuk di dalam mesin basuh), apabila disterika, duit tu mengecil, tidak seperti duit yang lain.



Okey...kita bincangkan tetang tajuk entri di atas...kenapa kita blok seseorang dalam Facebook? Pengalaman akulah, adalah lebih kurang belas-belas aku dah blok disebabkan oleh:


1. Orang yang mencurigakan, semuanya seperti menyamar, tiba-tiba sahaja dia  menuliskan...ini sahabat saya, Datin Julia, sedangkan gambar wanita itu aku kenal sangat, kawan aku sesat di dalam hutan dulu. Kesian, gambar dia dicopy paste oleh malaun itu. Semua kawan dia Datin, Datuk, orang kaya. Bubuh universiti, Universiti Oxford. Teringat kata-kata Imam Ghazali, usah bersahabat dengan orang yang suka berbohong, nanti satu masa kamu akan ditipu.  


2. Orang yang selalu memalukan dalam menulis komen. Memalukan dengan menulis komen-komen lucah yang mengaibkan kita. Adalah seorang kawan baik aku, dia buat macam tu, aku terus blok! Bukan jauh sangat, orang Pt Sulong aja. Dia pun tau, aku dah blok dia. Riak muka dah tau. Tak berani lagi nak tanya tentang facebook. 


3. Orang yang asyik upload gambar dia merokok, memeluk kekasihnya di taman bunga mana ntah? Sedangkan umurnya masih hingusan. Menyampah betul aku, aku terus blok mandotori.


4. Orang yang asyik memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak disenangi. Marahkan suami pun diluahkan dalam facebook. Buang masa aku je nak baca status wall itu.


5. Orang yang mencerca dan menyindir para ulamak. Nama saja orang Islam, tetapi berkata-kata macam tidak pernah belajar agama.


6. Orang yang suka merungut dalam semua perkara. Buat lemah semangat aku je.


7. Orang yang asyik tag kita. Gambar semua nak tag nama kita. Tidak ada kaitan pun ditag. Apa punya jenis oranglah.


8.9.10...kalian tambah sendiri.....

4 ulasan:

AZANI berkata...

he he...cikgu...alam maya...tak seperti yang sebenarnya...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku dah block senior aku kat asrama zmn2 aku hingusan dulu, entah la... nyampah la aku tengok muka dia... aku tak berdosa ngan dia pun, dia sesuka busy body ngan aku sampai aku tensen tak bleh belajar.

MAT SOM berkata...

En Azani
Alam maya sesiapa sahaja boleh menjadi apa-apa sahaja.

MAT SOM berkata...

Oh itu trauma@fobia namanya, mesti fasal kes abang Z ni.