MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 31 Mac 2011

POKOK BERKATA-KATA DI PALESTIN

Pada awal 2002, negara Palestin heboh dengan kisah pokok yang berkata-kata. Cerita ini khabarnya terjadi semasa tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Tujuan pemuda-pemuda tersebut adalah untuk melihat kalau-kalau ada antara rakan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Di pertengahan jalan, mereka melihat seorang pendatang haram Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu berpakat untuk membunuh pendatang tersebut yang mereka tahu sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Arab Palestin.

Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi itu berjaya melarikan diri. Ketiga-tiga pemuda Palestin itu mengejarnya hingga ke jalan mati, di situlah tempat pemuda Yahudi berkenaan dilihat menghilangkan diri dan terus lenyap. Selepas gagal mencari, ketiga-tiga pemuda Palestin tersebut memutuskan untuk membatalkan sahaja niat membunuh pemuda Yahudi tersebut.
 
Tetapi baru saja mereka berpaling kedengaran suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Pemuda-pemuda itu saling berpandangan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja?

Sekali lagi ketika melangkah hendak meninggalkan kawasan tersebut, suara misteri tadi memanggil mereka lagi. Kali ini lebih jelas. Pemuda-pemuda Palestin itu berhenti melangkah.

Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara itu datangnya dari sebatang pokok berhampiran! Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran satu suara ghaib dari arah pokok berkenaan.

Kali ini suara itu memberitahu, pemuda Yahudi yang sedang dikejar itu sedang bersembunyi di belakangnya. Tiada apa lagi yang mesti dilakukan kecuali bunuh saja Yahudi tersebut, kata suara ghaib dari pokok itu.

Ketiga-tiga pemuda Palestin segera melihat di sebalik pokok itu dan benar, di situlah menyoroknya pemuda Yahudi yang mereka kejar tadi. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.

Dalam masa yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Ramallah dan sampai juga ke telinga Yahudi. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel, lantas mereka mengurangkan jumlah tentera di Ramallah.

Mujahid Syeikh Ahmad Yassin melalaui akhbar AFAQ ARABIYYAH 15 Mei 2001 mengesahkan peristiwa tersebut.



Syeikh Ahmad Yassin mengulas
"Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukanlah tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian pejuang kami yang mati syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan"

Petikan Majalah Mastika Mac 2009.

Rabu, 30 Mac 2011

AKU DAN SAHABAT-SAHABAT

Secucuk kentang putar ini berharga RM 2.00


Petang-petang nan syahdu aku berjalan-jalan di Pasar Tani
Parit Sulong. Terjumpa sahabat. Dulu sama-sama mengajar di Paloh.
Kini di sini...mengajar di sini. Petang-petang bisnes kentang goreng putar. Ranggup
sungguh. Rajin betul Cikgu Junaidi ni ya.

Hari tu, anak Cikgu Rahmat, Izzudin memperoleh kejayaan dalam SPM. Mereka datang
ke Parit Sulong. Untuk meraikan kejayaan itu aku sekeluarga dibelanja oleh Rahmat
(sekeluarga) di Juara Sulong Tomyam dekat trafik light itu.

Akulah Mat Som, penulis blogger picisan

MEREKA ROSAKKAN JALAN INI

Ada satu jalan yang menghubungkan Parit Gantung dan Parit Pulai ke pekan Parit Sulong tanpa melalui jalan sibuk Jalan Muar Yong Peng. Jalan ini berhadapan Parit Gantung dan tembus ke Parit Jidin. Dulu jalan ini cantik. Namun sejak pengusaha burung walit, membawa muatan bahan binaan melalui jalan ini, ia menjadi rosak. Mereka itu memang mementingkan diri sendiri. Jalan ini dahulu digunakan oleh warga emas, budak-budak sekolah dan wanita untuk ke pekan. Sekarang.....dah rosak. Kenapa pengusaha burung walit itu membisu? Tarlah balik jalan yang rosak ni. Kamu memang manusia yang tamak.

Selasa, 29 Mac 2011

JEMPUTLAH MASUK NAK...

Aku baru saja balik dari Parit Yusof Muar. Tadi pergi satu rumah yang tak pernah aku pergi kerana nak beli produk di stokis itu. Sampai di sana mak cik tu terus pelawa aku masuk, sedangkan anak perempuannya yang jadi stokis berada di bandar.

Spontan aku nasihatkan makcik tu. Umurnya rasanya macam emak aku. 70an.


"Mak Cik, sekarang ni bukan macam zaman dulu, jangan pelawa-pelawa orang masuk sebarangan, kan tak ada sesiapa kat rumah ni. Kalau saya ni perompak kan nanti susah"

"Ya...betul-betul. Tetapi muka awak nampak baik" (Muka aku muka baik? Ye ke?)

" Ehhh jangan tengok muka orang makcik. Ramai orang jahat tu muka dia baik-baik. Lagi baik daripada muka saya"

Lalu aku teringat kata Allayarham Ustaz Hamka,
' Janganlah kamu menyangka bahawa rupa yang baik itu, tanda bagi baik orangnya, kerana tidak semua yang kuning itu adalah emas'

Setelah aku membayar, dan makcik itu menyerahkan KOPI MAHKOTA DEWA, aku pun pulang. Sebelum balik aku bagi nasihat lagi. Zaman sekarang kena hati-hati.......bla....bla....bla....... Ramai dah ibu-ibu di kampung jadi mangsa rompak dan bunuh oleh penagih dadah yang bertebaran di seluruh negara kita yang tercinta ini. Kan sekarang ni harga emas dah RM 140 satu gram. Rantai yang mereka pakai pulak besarnya macam rantai basikal. Yalah orang dulu. Masa harga emas baru berapa sen. Macamanalah tak mengundang perompak, peragut @ pembunuh.

Apabila aku habis bercakap, Makcik itu tersenyum-senyum sambil mempamerkan gigi palsunya yang putih itu. Agaknya masa muda dulu makcik tu manis jelita bak Lisa Surihani.

KEMURUNGAN FACEBOOK

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam
(Kosmo 29 Mac).

Aku sendiri dah lama menghadapi Kemurungan Facebook ni. Dah lama aku oflinekan walau sebenarnya hari-hari aku buka sesawang facebook. Sebab, buka sahaja FB ada saja orang mengajak sembang. Kalau dia guna nama sebenar senanglah aku nak jawab. Yang paling malas ni murid aku pun guna nama orang putih. Bertanya pulak hal-hal yang merepek-repek. 

Aku lebih suka blog daripada facebook. Kat sini aku lebih santai, lebih-lebih lagi setelah anynomous dah tak boleh masuk ke sini untuk melakukan kekacauan lagi.

Isnin, 28 Mac 2011

IKUTKAN HATI GILA

Dua hari ni memang banyak urusan
Urusan bayar bil itu bil ini
Pejabat pos penuh orang, aku lari ke bank ini, nak bayar bil.
No aku 1080, masa tu yg sedang dilayan pelanggan nombor  1070. 
Aku fikir tak lama, rupa-rupanya hampir 40 minit.
Yang peliknya mereka tu boleh ketawa-ketawa, berdekah-dekah, cerita
hal keluarga, anak....yang duduk menunggu dah 30 orang ni.
Kenapa bank penuh orang?
Sebab kerja banyak bercakap.
Aku pun ambik gambar ni.
Orang semua tengok aku, salah ke aku ambik gambar.
Lagi pun pinggang dah sakit.
Hati pun dah sakit. Mereka ni semua nak kena pergi kursus supaya kerja lebih laju.
Macam bank kat bandar.
Mentang-mentanglah yang duduk menunggu tu orang kampung
Pak aji-pak aji, mak aji


Lepas tu aku daftarkan anak ke sekolah bagi tahun 2012.
Waktu aku sampai itu kerani sekolah tu buat tak layan.
Dia borak dgn handphone, bercakap dengan kerabatnya
Wah...wah....wah..... kenapalah semua kakitangan banyak yang macam ni.
Kalau nak sembang hal keluarga pun tunggulah tak ada orang.
Seorang lagi tu rasanya kerani kewangan menegur rakannya itu.
"Ei.....dahlah tu, orang tu dah lama menunggu..."
Dia pun berhenti berbual melalui telefonnya dan menoleh kepada aku.
"Eh? Cikgu....."
Kenal aku pulak, siapa pulak akak ni. Rupa-rupanya isteri kawan aku!
Dalam hati aku, maknanya kalau aku ni orang kampung kerja menoreh, petik sawit kau
layan aku macam bukan oranglah ya. Patutlahlah isteri aku hari tu balik dengan tangan kosong je. Geram betul aku.

Hehhhh kamu semua kakitangan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai. Layanlah semua orang yang datang berjumpa engkau dengan mesra, cekap dan peramah. Mereka itu tak kira orang tua, orang miskinkah atau orang OKUkah. Layanlah mereka itu macam putera raja. Ni aku belum cerita lagi kakitangan pejabat pos kat bandar tu yang susah betul nak senyum. Semuanya kelihatan macam orang baru menopouse. Yang lelakinya pula senyumnya macam crook dalam filem zaman dulu.

Ok....ok....ni ada berita baik. Tak payahlah nak tengok pendapatan Reedmummy yang 5 angka tu, apa kata kita tengok income CIK EPAL bulan ni. Aku nak dapat RM 10 sebulan pun perit. Ko tengok income CIK EPAL....Jommmm TGOK, KLIK  

Sabtu, 26 Mac 2011

SELAMATKAN DUNIA

Para pekerja reaktor nuklear Fukushima sedang bertungkus lumus menyelamatkan dunia...bayangkankanlah perasaan anak isteri mereka ini.....!

Dady........semoga umurmu dipanjangkan Tuhan....
Kanda..... negara lebih penting daripada kami semua......!

Khamis, 24 Mac 2011

LUAHAN DINIHARI

Melihat drama ahli-ahli politik di negara kita ini
Kadang-kadang membuatkan kita jadi jemu
Pilihan raya kecil saja sudah 16 kali
Maka sepanjang masa masing-masing mengata
Mendakwa itu dan ini
Kita rakyat ni banyak lagi kerja
Daripada asyik beli surat khabar
Membaca cerita-cerita yang belum sahihnya
Elok saja duit itu kita belikan roti canai dengan secawan teh o
Minum lagi kenyang
Kalau seseorang wakil rakyat itu meninggal atau letak jawatan
Elok saja wakil daripada parti yang sama yang menduduki tempat itu
Kerana pilihan raya kecil itu banyaklah menghabiskan duit
Yang jumlahnya bukan sedikit
Harap-harap nanti pilihan raya ke 13 nanti
Pilihlah YB yang terjamin kesihatannya
Bukan yang mempunyai koleksi lengkap penyakit berbahaya
Maklumlah sekarang ni bukan macam dulu
YB kena kerja kuat dan tak ada masa nak rehat

Rabu, 23 Mac 2011

NAK KENA BEDAH

Aku memang tak malu. Tunjuk graf pengunjung kat atas tu. Blogger lain mencatatkan ribuan pengunjung sehari. Tetapi, graf aku setakat itulah. Hanya itu yang aku mampu.Mungkin di sini banyak perangkap MLM atau nama blog aku tu nampak sangat nak jual barang, maka orang takut dengan aku. Namun aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung itu termasuk diri tuan hamba semua yang sedang membaca entri ini. Kena buat bedah siasat ni kenapa blog aku tak pernah menjangkau 150 pengunjung dalam sehari? Nanti aku cari pisau nak bedah ni....

LUKISAN UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA

Pagi-pagi ini tak ada isu untuk diluahkan. Buka akhbar online, semua berita negatif kecuali berita untuk penjawat awam yang bersara pilihan dapat pampasan penuh.

Godek punya godek, terjumpalah web ini. KLIK SINI:
Apabila melayari web tersebut, klik pada gambar terpilih (ada beribu-ribu tu)
kemudian save di MYPICTURE. Dengan itu barulah gambar itu dapat diprint dengan size A4. 

Baik untuk cikgu-cikgu yang tak pandai seni lukis tetapi kena ajar Pendidikan Seni Visual. Tinggal print saja. Pilih satu daripada 20 000 gambar yang ada di situ. Rasanya bekalan cukup untuk 15 tahun.....!!! Lepas ni mengajar Pendidikan Seni bukanlah satu masalah lagi. 

Sesuai juga untuk ibu-ibu kat rumah tu. Terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Boleh print dan anak-anak boleh mewarna. Bab mewarna kenalah ajar.

Aku pernah juga sesekali jadi pengadil Pertandingan Mewarna. Kesian betul budak-budak tu. Ramai emak bapak mereka belikan warna tiruan dari China. Akibatnya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Saringan pertama, pengadil cuma tengok lukisan itu 5 saat sahaja. Ia diletakkan di bahagian yang tersingkir.

Okk.........mari kita menerjah web itu. Mari kita lihat koleksi riibuan lukisan untuk diwarnakan.


>>>   KLIK SINI  jom....

LUKISAN UNTUK MEWARNA SEKOLAH TADIKA
LUKISAN UNTUK MEWARNA PRA SEKOLAH
LUKISAN UNTUK PENDIDIKAN SENI SEKOLAH RENDAH
LAKARAN LUKISAN
JOM MEWARNA 

Selasa, 22 Mac 2011

OPERATOR LEMBAB DAN SOAL JANJI

Minggu ini aku berurusan dengan beberapa syarikat dan Konsultan Motivasi.

Ada satu syarikat itu, iklannya di akhbar berwarna-warni, begitu gah nampaknya, tetapi apabila aku buat panggilan, operator yang menjawab bagi pihak syarikat itu nampak sungguh kekampungan. Jawab pun macam hendak tak hendak. Terencat hajat aku nak menjual produk-produk mereka. Panggilan pertama dijawab dengan cara yang tidak profesional.


Satu lagi Konsultan Motivasi untuk anak aku dua orang nanti bagi pengisian cuti pertengahan tahun Jun nanti . Aku tengok senarai nombor telefon yang dipaparkan ada 8 termasuk dua nombor telefon bimbit. Tetapi apabila aku buat panggilan, cuma satu sahaja yang diangkat dan sudi bercakap dengan pelanggan.


"Asalamualaikum.."

"Walaikumusalam, nak apa Encik?"(Dia kata nak apa? Kena belajar Sivik ni)

"Saya dah fakskan borang penyertaan dan slip bayaran ke nombor Faks Tuan seperti yang diarahkan semalam, tetapi sampai hari ini tidak ada maklum balas sama ada ia sudah diterima atau belum?"

"Kami terima banyak sangat faks"

"Itu masalah syarikat awak, siapa yang suruh iklan besar-besar, sepatutnya, silalah maklumkan segera kepada saya melalui SMS adakah bayaran dan faks saya itu telah disahkan ke belum, kenapa ia mengambil masa yang begitu lama?"

"Ok...ok....kami akan selesaikan hari ini juga, nanti kami beritahu Encik"


Tunggu punya tunggu...sampai dah nak Magrib ni mereka masih mendiamkan diri. Itukah pekerja sebuah syarikat yang diwar-warkan hebat dan genius? Kenapa mereka bertindak begitu lembab?


Satu lagi masalah ialah JANJI. Jika anda tak boleh menepati janji, jangan berjanji. Kerana ramai orang suka menabur janji, tetapi tak ditepati. Khasnya berjanji tentang masa. Sudah banyak orang yang tidak menepati masa. Kata on the way, on the way, rupa-rupanya masih underware.


Ok, ni pun aku dah janji nak mengajar budak-budak jam 8.00 malam ni. Kejap lagi aku akan memandu 22 km pergi, dan 22 km balik. Semua mesti tepat, jam 8.00 malam sudah mula mengajar. Jadi pelanggan (murid) tidak akan tertunggu-tunggu aku. Aku tak mahu mereka mengumpat aku.


"Cikgu ni cakap je pandai, dia pun 2 X 5 juga."

Ahad, 20 Mac 2011

ISU AL KITAB AKAN MENJADI KONTREVERSI

Pagi-pagi buka Yahoo, tiba-tiba aku terpandang tajuk hangat. Sekejap lagi apa yang dibimbangkan oleh Mufti Perak akan menjadi kenyataan. Ia akan menjadi panas seperti juga isu kalimah Allah. Adakah Putrajaya tidak memikirkan kesan kepada umat Islam di mana kita sangat memahami bahawa masih ramai umat Islam yang jahil terhadap agama mereka? Entahlah, kenapa Putrajaya menjadi buta kayu?

ISUNYA KLIK DI SINI

Sabtu, 19 Mac 2011

TRAGEDI DI SIMPANG SERI MEDAN

Hari ini Sabtu 19 Mac. Aku memandu kereta menuju ke Parit Raja.
Untuk mengunjungi rumah ibu mentua. Entah kenapa di Kilang Munchys sudah jem. Lalu aku tidak menyangka yang lain. Sebelum simpang Seri Medan, aku terlihat papan tanda amaran ini. Lalu apabila melihat keadaan itu janganlah hendaknya ada orang-orang yang kukenali terlibat dengan tragedi di simpang yang mengerikan itu, kerana telah banyak nyawa melayang di situ.

Masa: 11.15 pagi
19 MAC 2011
Telahanku ternyata benar...mula-mula terpandang panorama yang tak ingin kita lihat ini.....Sebuah lori 2 tan setengah terlibat. Lori yang terlibat dua buah. Pemandu lori ini maut. 

Sebuah lori treler

Dan seorang lagi mangsa tragis rasanya pemandu kereta ini

Aku bukan wartawan untuk sibuk menemu ramah orang di situ, kerana di situ aku melihat sudah ada wartawan-wartawan daripada akhbar harian yang begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing. 

Cuma aku terdengar, 2 orang terbunuh, mereka ni dari Tangkak..
Melayukah, Cinakah atau Indiakah aku pun tak sempat tanya,
tugas aku cuma snap sana, snap sini. Mayat pun  sudah tidak ada di situ...

Yang kelihatan ialah tiang lampu aluminium  yang baru dipacakkan untuk menerangi
simpang maut ini telah tumbang

Memang dahsyat......fikirku...mayatnya entah bagaimana keadaannya 



Darah-darah yang membasahi jalan raya telah dibersihkan oleh ahli bomba.
Namun percikan darah di depan bus stop ini mungkin tidak disedari mereka.


Orang ramai ingin tahu tentang kejadian itu...

Akibatnya jalan raya jem sehingga mesjid Parit Aton dekat Parit Yani.
Dan sepanjang jalan menuju ke Parit Sulong.

Kalau nak tahu berita secara terperinci, bacalah akhbar-akhbar harian pagi esok.....!


TRAGEDI INI MENGINSAFKAN








Aku ulang kembali gambar-gambar ini. Aku suka gambar-gambar ini. Kerana ia menginsafkan aku. Bahawa bila-bila masa, ALLAH boleh menarik semua harta benda yang kita miliki. Kehidupan ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah sebuah pinjaman. Kita hanya menumpang di atas muka bumi ini. Tidak ada apa-apa yang boleh kita banggakan di dunia ini. Sesungguhnya semua sudah digambarkan dalam Al-Quran, telah binasanya umat terdahulu kerana kesombongan mereka terhadap pencipta.

Jumaat, 18 Mac 2011

RADIASI ITU KE BUMI AMERIKA

Kalian penduduk dunia semua......!
Dengar cakap saya
Radiasi itu sudah dibawa angin ke kanan
Tengok betul-betul...KANAN...
Ke kanan tu!!!
Untuk dua tiga hari inilah
Ke kanan tu maksudnya ke mana?
Mula-mula ia bertandang ke Lautan Pasifik...kemudian..
Ya....ke Amerika Syarikat, ke Kanada 
Nanti lama-lama ke Eropah....ke Rusia.....
Ya....sama-sama dikongsilah
Kan kita dulu pernah serang Hiroshima dan Nagasaki
Apa salahnya kita sedut sikit-sikit radioaktif itu SEKARANG? 
Ok   sekian sahaja ramalan cuaca daripada BBC,London,
Pada malam yang syahdu ini....!
Korang yang duduk di Malaysia tu, Singapur tu,
Tidurlah lena-lena ya ......
Selamat Malam Warga Dunia!!!

TAKLIMAT POLIS BATU PAHAT


Selepas Solat Jumaat, pihak polis Batu Pahat menyampaikan taklimat di mesjid Simpang Tiga, Parit Sulong. Antara intisari dalam penjelasan 10 minit itu ialah:
  1. Jumlah jenayah kecurian motosikal pada Jan-Feb 2010 berjumlah 12 kes, melibatkan kehilangan 12 buah motosikal. Manakala pada Jan-Feb 2011 kes kecurian motosikal telah menurun kepada 5 kes. Pihak polis mengingatkan bahawa jika anak kita terlibat dengan jenayah mencuri motosikal, maka hukumannya ialah penjara 1 hingga 7 tahun.
  2. Kes kedua yang banyak berlaku di Parit Sulong ialah kes merempit. Semasa mereka merempit, pihak polis tidak akan menangkap mereka ketika itu. Tetapi jangan terkejut beruk, jika pihak polis menghantar rombongan untuk menangkap anak anda di rumah. Mereka boleh didenda sebanyak RM 5000 -RM 15 000 bagi kesalahan yang pertama. Bagi kesalahan kali kedua, denda yang dikenakan ialah RM 10 000 - RM 20 000.   
  3. Ketiga kes rogol. Dalam tempoh Jan-Feb 2011, Batu Pahat mencatatkan 10 kes. Parit Sulong menyumbang 1 kes.


Pihak polis menjelaskan penduduk di Parit Sulong berjumlah 70 000 orang. Manakala anggota polis di Balai Polis Pt Sulong berjumlah hanya 18 orang anggota. Maknanya setiap anggota bertanggungjawab terhadap 3888 orang. Justeru itu, masyarakat haruslah jadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi membanteras jenayah.


Untuk itu jika ada sebarang jenayah di seluruh daerah Batu Pahat cepat-cepatlah dail 07-4343999. Ya Batu Pahat termasuklah, Pt Sulong, Seri Medan, Semerah, Senggarang, Rengit, Pt Raja, Seri Gading, Parit Raja, Air Hitam, Parit Yaani, Yong Peng....mana lagi?
                    
                       4343999
         Kalau cal 999 lambat sikit, sebab sambung sana, sambung sini....

Rabu, 16 Mac 2011

SMS NUKLEAR FUKUSHIMA

LOJI NUKLEAR FUKUSHIMA 2008

Loji Nuklear Fukushima 2011 Selepas Tsunami

Radiasi yang dibebaskan di udara boleh mempengaruhi proses biologi. Dalam sejarah ledakan loji nuklear di Chernobyl, masalah terbesar yang timbul ialah radioaktif masuk ke kelenjar tiroid dan menyebabkan kanser.

Namun kita difahamkan penduduk di sekitar loji Fukushima telah dibekalkan dengan tablet khas antiradioaktif dan mengawal kelenjar tiroid. Satu yang malang di Chernobyl ialah kebanyakan mereka tinggal di kawasan miskin dan tidak dibekalkan tablet tersebut.

Bagaimana krisis di Fukushima terjadi?
Loji yang dibina pada tahun 1970-1979 itu telah dibina demikian rapi. Ia dicipta begitu canggih, dan andainya berlaku gempa bumi, operasi akan berhenti secara automatik, dan ia akan diganti dengan generator diesel sebagai back up. Namun yang terjadi pada hari itu, Tsunami yang tidak disangka-sangka telah meranapkan segala persediaan itu. Bukan enjin dieselnya yang tidak hidup, malah pekerja-pekerja yang ada di situ berhamburan seperti yang kita lihat di media massa.

Akibat daripada itu, penduduk di Jepun telah panik. Kota Tokyo benar-benar menjadi kota yang ditakuti. Penduduk negara jiran pun sudah mula gelisah.  

Yang peliknya ni, satu, ada pulak malaun-malaun kat negara kita ni yang mencipta SMS dan menghantarnya kepada orang ramai supaya mereka dalam ketakutan. Kononnya rambut kita akan gugur terkena hujan asidlah. Hidung tanggallah. Mereka ni tak ada kerja lain, macam ANYNOMOUS yang kerja dia maki hamun penulis blog tu. Spesis yang samalah tu! Baikle korang ni pergi bersihkan sampah-sampah yang ada di kawasan tempat tinggal kalian, lagi ada fekdahnya.     
PENDUDUK TOKYO

SEWAKTU TSUNAMI DI MIYAGI

DAHSYAT SUNGGUH PERINGATAN DARIPADA ALLAH...

MARI BUAT BISNES ON-LINE





Kini telah ada lebih 20 produk
yang dipasarkan secara online

KOPI KELAPA DARA IALAH KOPI YANG PALING
LARIS DI INTERNET DI NEGARA MALAYSIA

Langkah Pertama anda


Selepas daftar, anda akan memperoleh web bisnes anda sendiri
yang boleh dipromote kepada rakan-rakan anda.
Selamat Maju Jaya.

Selasa, 15 Mac 2011

SAMAN EKOR PUNYA CERITA

Saman Ekor asyik buat lawak saja. Ada macam-macam kes lawak yang mengalahkan Raja Lawak.


Adakah patut warga emas itu dikenakan saman kerana menunggang motosikal 250 kuasa kuda?


Kesian...kesiannn......


Takut-takut orang dah mati pun kena saman?


Lihat cerita itu, KLIK SINI

Isnin, 14 Mac 2011

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT BISPHENOL A

Mula-mula tengok berita TV3 tadi tertanya-tanya juga.
Untuk menjawab kemuskilan sila layari >>>>>>>

Semua dah jadi masalah dah.

EMAS JUGA DIPANDANG ORANG

Harmoniskar datang menjenguk rumahku dan berbincang tentang EMAS. Ya emas, daripada bersembang mengumpat orang alangkah elok kita bincang-bincang benda yang berfaedah.


Poh Kong meramalkan harga emas akan meningkat kepada US 1500 daripada US 1400 sekarang. Lihat graf harga emas hari ini di atas tu. Graf harga emas bukan macam saham, keluk dia walaupun kadangkala turun namun ia tetap naik ke atas. Tahun 1996 dulu aku pernah jual emas Heroku. Harga emas masa tu baru RM 31.00 satu gram. Sekarang tanyalah kedai emas .....!




Tu dia harga emas 916 sudah menjangkau harga RM 140.00 satu gram.....
So kenapa aku cerita hal itu. Sahabatku Harmoniskar berkata tentang peluang kita, jika mahu hidup selesa 10 tahun lagi, melaburlah dalam jual beli emas!

Paling senang beli emas kat kedai, simpan kat bank.....Kalau tak beli Dinar Emas kat Kelantan tu. Satu dinar sekarang ni, hari ini 14 Mac 2011 ialah RM 664.00......lima tahun lagi entah jadi berapa?

Satu lagi aku nak pesan, fasal aku pernah jual emas 916 dulu, aku nak bagi tau. Kadang-kadang kedai tu ada yang tipu kita. Maksud 916 tu ialah kandungan emasnya 91.6%, tetapi KADANG-KADANG tak sampai pun 90%!!!

SIAPA MEREKA ITU?

Aku tertanya-tanya
Entri itu ada di blog aku dah 2 tahun dah
Selama itu tak ada pun orang peduli....


Tiba-tiba, minggu ini dilawati mereka
Dari KL, Bentong, dan lain-lain
Kenapa ya?
Adakah mereka saudara-mara yang terlibat
dalam peristiwa 24 tahun dulu itu?


Sayangnya mereka tak tinggalkan jejak
Mereka copy paste gambar-gambar itu
Keratan akhbar-akhbar itu
Itu aku tahu...


Apa cerita itu?>>>
KLIK DI SINI

Ahad, 13 Mac 2011

PASTIKAN KESELAMATAN ANAK ANDA



Pada minggu lepas, seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa meja lipat. Kali ini berlaku di negeri Johor. Kita sebagai ibu bapa haruslah memastikan meja lipat ini diikat dengan sesuatu agar tidak membahayakan anak-anak kita. Yang baiknya, jangan ada di rumah kita. Kalau tak digunakan elok simpan di dalam stor.

Dalam majlis perkahwinan ia juga digunakan. Oleh itu kalau dah rewang atau bergotong-royong di rumah kaum kerabat dan jiran tetangga itu, sentiasalah ingatkan anak-anak jangan bermain-main dengan meja ini, kerana sudah ramai mati tercekik di meja tersebut. Sepatutnya taukey kilang meja ini DISAMAN juta-juta agar mencipta meja dengan lebih selamat.

Selain itu, kita mestilah sentiasa memeriksa barang-barang lain di rumah kita. Wayar-wayar yang longgar, plug semua pastikan dalam keadaan selamat. Maklumlah budak-budak ni, lebih-lebih lagi cuti ni. Yang berkebun tu, racun dan parang usah diletak sebarangan. Kang ada yang main minum-minum air....keraslah pulak budak-budak tu.

Satu kejadian yang aneh dua bulan lepas, seorang atuk terkejut melihat cucunya mati tercekik pada pengikat langsir yang bulat itu. Kanak-kanak hyper memang kreatif.

Satu lagi, elakkan menyimpan air  di dalam baldi, besen, tong di dalam rumah. Ramai dah mati lemas kerananya.....

CIKGU AZIZUL RAHMAN MENERIMA MENANTU

TARIKH MAJLIS: 12 MAC 2011
TEMPAT: DEWAN BESTARI SMKDS
Hari pertama cuti sekolah, aku ke majlis perkahwinan anak Cikgu Azizul Rahman dan Cikgu
Che Rahmah Ahmad yang berlangsung di Dewan Bestari, SMK Datuk Sulaiman, Parit Sulong.

Cikgu Azizul Rahman sibuk melayan tetamu

Cikgu Azizul Guru paling hebat di Johor. Aktif menulis buku panduan Bahasa Melayu SPM.
Beliau juga penulis tetap Dewan Siswa. Penceramah dalam kursus Bahasa Melayu.
Pengetua Cemerlang. Kemuncaknya JUSA C.



Anak perempuan beliau ialah Nor Hayati dan anak menantunya Mohd Syukri Mohamed Kamarudin
merupakan Juruterbang MAS.



Antara tetamu yang hadir

Cikgu Azizul memang pemurah sentiasa..... nak balik dapat dodol sebungkus.
Semasa sama-sama bekerja di SMK Penghulu Saat dengan beliau, Cikgu Azizul banyak
mencurahkan ilmunya kepada aku. Paling seronok semasa beliau memenangi
pertandingan anjuran Beras Faiza, Cikgu Azizul memenangi sebuah kereta Waja. Dua kali
Cikgu Azizul belanja makan besar-besaran di sekolah itu ketika itu.