MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 29 September 2011

NAK GELANG EMAS......!



Setelah study tentang emas daripada internet dan petikan majalah dan akhbar, aku dah tahu serba sedikit tentang emas. Harga Syawal tahun ini merupakan harga yang tak pernah terfikir sejauh itu. Bayangkan harga emas 916 telah melebihi RM 185 segram!


Namun, mulai dua tiga hari ni harga emas menjunam dengan tiba-tiba! Bayangkan, pada Isnin 19 Sept harga emas 99.5 (Kuwait Finance House) berharga RM 185 segram, pagi tadi tinggal RM 167 dan petang tadi cuba bangkit ke RM 170 segram.


Baru beberapa minit tadi, graf emas di KITCO masih tak stabil. Pakar-pakar meramalkan dua perkara. Ada yang kata akan turun sehingga 1500 USD seaun, sedangkan beberapa minggu lepas mencatatkan harga hampir 1900 USD seaun.
Terdapat pula satu pihak meramalkan, penurunan harga ini sementara, dan harga emas akan naik semula pada minggu-minggu akan datang.
 
Kesimpulannya, sekarang inilah masanya untuk kita MEMBELI EMAS! Sama ada barang kemas atau emas jongkong 99.9. Tak lama lagi Deepavali akan menjelma, jutaan umat manusia di India akan menyumbangkan kenaikan harga emas. Masa tulah pula kita boleh jual? Tengoklah mereka bergaya dengan emas, sampai penuh di tangan, leher, kaki!


Akhir kata, harga emas ini tidak ada sesiapapun yang boleh tentukan. Sama ada Amerika, atau kuasa ekonomi yang lain. Pelik kan?


Keadaan harga emas dalam RM di kedai-kedai emas di Malaysia minggu ini.
Harga tak sama antara satu kedai dengan kedai yang lain. Namun perbezaan tidak begitu jauh.


Namun yang di bawah ini 
LEBIH MAHAL DARIPADA EMAS NILAINYA
kerana kesihatan yang baik adalah penting dalam kehidupan ini

KAPSUL KELAPA DARA + HABATUSAUDA
DUA DALAM SATU RM 40 SAHAJA 80 BIJI


ISTERI DINGIN, SUAMI BERANGIN

Apabila sebut Minyak Kelapa Dara, ramai membayangkan susahnya nak telan minyak. Di Bio Asli, minyak kelapa dara telah dipelbagaikan produknya.  

Ada 2 jenis Kapsul Kelapa Dara:

1. Kapsul Kelapa Dara Asli- RM 40.00 80 BIJI
2. Kapsul Kelapa Dara + Habatusauda - RM 40.00 80 BIJI

KHASIAT? Banyak khasiatnya Tuan-tuan......
Testimoni yang saya dapat daripada pelanggan saya. Mereka kata:

1. Badan rasa lebih sihat, bertenaga.
2. Sudah kurang sakit dan demam.
3. Melawaskan pembuangan air.
4. Kulit lebih sihat.
5. Yang cecair pulak, boleh mengubati kudis, gatal-gatal, ruam bayi dan batuk.

Awet muda.....nama pun kelapa dara.....Jika kalian guna minyak khas untuk rambut pula, rambut kalian akan lebih hitam dan berseri bak rambut puteri.   

Tonik Rambut RM 35

Dan terakhir produk yang mesti dibeli oleh setiap lelaki dan wanita.

Testimoni: Cukup bannyakkkk

Bayangkan dah 3 tahun saya dah jual. Ada yang datang 30 km ke rumah saya dalam keadaan hujan lebat dan petir menyambar, semata-mata nak beli sekotak KOPI KELAPA DARA ini. Mereka kata banyak produk yang seumpamanya di pasaran, namun tak sama dengan KOPI KELAPA DARA.

Isteri yang dingin, suami yang tak bermaya, kini mengucapkan terima kasih dan menyalami saya dengan erat sekali kerana dengan izin Allah telah dapat membantu masalah mereka. Saya telah membantu pasangan-pasangan tersebut untuk membina kehidupan lebih bahagia.

Saya tak kaya kerana jual produk ini, namun saya telah dapat merapatkan silaturahim dengan ramai kenalan baru. Apatah lagi syarikat telah mengiklankan produk ini semuka penuh pada setiap hari Ahad di akhbar Kosmo.  



Segala kemuskilan hubungi saya Stokis Bio Asli Batu Pahat 010-3443880

Selasa, 27 September 2011

TENGAH PENING BANYAK KERJA

Pantai Penyabung, Endau Mersing

Aku letakkan gambar ini lagi, sebab aku tengah sibuk, stress, banyak fail nak disiapkan. Budak lepas periksa UPSR bukan bermakna kami rehat.Kalau nak disenaraikan, tak muat blog ni.

Fail ISO, MBM/MBI, FAIL PANITIA, dan pelbagai maklumat, borang perlu diisi. Kadang-kadang tak tahu nak mula dari mana. Lagi satu setengah dasar macam MBM dan MBI yang masih baru, masih kabur.

Sebab tu aku bayangkan sedang bersantai di pantai itu semula. Tidak jauh sangat dan mendamaikan...... 

Ahad, 25 September 2011

INI BURUNG APA? BURUNG APA?

video


Pagi tadi aku berkesempatan mengunjungi seorang sahabat. Yang uniknya abang kita ni peminat burung. Banyak betul burung di rumah dia ni. Itu belum masuk lagi yang di dalam rumah,di belakang rumah. Dia tanya aku, kau nak buat apa ambik gambar burung aku ni? Aku tak jawab pun pun soalan tu. Kalau aku jawab pun, dia tak faham.


Dalam blog ni, nak cerita politik pun, aku dah muak dengan ahli politik Melayu kat Malaysia ni. Nak cerita MLM pun ada orang marah-marah. 


Kalau kita tengok TV pun tak ada cerita lain. Cerita gaduh laki-bini, cerita adik-beradik berebut harta, cerita hantu. Nak beli  cakera DVD pun cerita hantu. Hantu..hantu...hantu....Apa ntah nak jadi orang Melayu ni? Pemimpin kita  asyik bergaduh, rakyat tengok hantu. Rosak, memang generasi dah rosak.  


Jadi elokle buat macam abang kita ni. Dia dengan hobi dia. Dengar suara burung-burung lagi best daripada dengar ahli-ahli politik bertegang urat tu. Jika korang yang ada hobi sendiri, teruskan hobi tu asal tak menjejaskan akidah, sudah. 


Aku ni hot sebab, apabila baca Malaysiakini, orang kita asyik bertekak. Sampai bila? Kalau aku ada kuasa, aku nak kurung mereka semua, macam burung ni, baru tau. Biar ganti dengan yang baik-baik sahaja yang boleh bercakap. Pertama aku nak masukkan sangkar ialah penulis-penulis blog yang selalu buat fitnah tu!

Sabtu, 24 September 2011

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

video

PINTU SENTIASA BERKUNCI?

Gambar Hiasan Sahaja-Tiada kaitan dengan entri


Di mana-mana pun kita tinggal......sama ada di kota-kota besar, di kampung, di pinggir hutan......sama ada kita tinggal di rumah banglo, rumah teres, rumah murah, rumah setinggndern, rumah panjang, rumah orang asli....kita MESTI SENTIASA KUNCI PINTU RUMAH kita.


Kenapa? Kerana....kerana.....aku nak cerita kisah... emak aku menyelamatkan MISS MIRROR dan seorang adikku (yang tiada blog lagi) semasa mereka belum bersekolah tahun 70-an dulu.


Zeng..zeng...Maka tersebutlah kisah pada suatu hari, ada seorang lelaki mengamuk di kampung kami. Pagi itu cuma emak aku dan dua orang adik perempuan aku tu yang ada di rumah. Sedang emak aku memasak, tiba-tiba pintu yang memang sentiasa berkunci diketuk orang. Emak mengintai dari celah dinding dan mendapati seorang lelaki yang dikenali sedang memegang sebilah PARANG PANJANG.


" Aku nak bunuh kau semua!!!! Aku nak bunuh kau semua!"


Emak aku mendokong adik-adik aku dan lari ikut pintu belakang.Emak lari lintang pukang jauh menuju ke belakang kebun yang semak. Emak aku tahu, pintu itu tidak kukuh. Sekali tendang je boleh tercabut. Jadi tindakannya adalah bijak.


Hey Sam, kalau tak,..... kau dah tak ada kat dunia ini lagi dan aku dah jadi anak yatim!


Sambung cerita....ayahku yang tak sedap hati di kebun lain, balik ke rumah, dan dia ternampak lelaki itu. Kebetulan dia ada membawa betik. Ayahku dapat idea baik. 


"Sini makan betik, aku pinjam parang ni nak potong betik ni, kau nak tak?"


"Sedap betik ni!!! " Lelaki itu menyerahkan parang panjang itu kepada ayahku.


Ayahku memotong betik itu banyak-banyak. Lelaki itu makan dengan lahapnya. Ketika dia leka melantak betik tu, ayah mencampakkan parang tu jauh-jauh ke dalam semak. Ketika itulah orang kampung menyerbu ke arah lelaki itu, dan membawanya pulang ke rumahnya. Dia dipasung dengan kayu pokok pulai.


KESIMPULANNYA- Kuncilah Pintu....! Kalau emak aku tak kunci, apa kesudahan cerita ini....? Syukur kepada Allah.


Cerita yang berkaitan peristiwa ini ialah....kisah seorang lelaki misteri menawan sebuah sekolah tadika di Muar dua bulan lepas.


Dan hari ini di sekeliling kita ramai orang sakit mental. Ada yang kemas, ada yang comot. Tekanan hidup sekarang melahirkan ribuan orang bermasalah...


Dengan mengunci pintu, kita juga selamat daripada para penjenayah dan lanun Gores dan Menang yang tamak haloba itu.


Sekian, coretan aku pagi ini. Jumpa lagi....Insya Allah....Ok Kunci Selalu Pintu Rumah, Pintu Pagar walaupun ada OPEN HOUSE........!. 

Khamis, 22 September 2011

MANA BASIKAL SAYA?

Jam menunjukkan jam 1.35 petang. Aku telah pun menuju ke kereta untuk pulang.Tiba-tiba ....


" Cikgu...Cikgu....! Basikal Udin hilang!"  Seorang pengawas mengadu kepadaku.


" Basikal hilang? Dia letak di mana?"


" Kat sebelah motosikal cikgu Janis tu pagi tadi...."


" Hey Udin...betulke basikal awak hilang, atau awak lupa letak mana?"


" Betul cikgu"....Mukanya nampak cemas dan sangat susah hati. Macam kita kehilangan dompetlah agaknya perasaannya itu.

Ustaz Rizal yang muda , hensem dan cool 24 jam
(Gambar skspbp.blogspot.com)

" Ada apa Mat Som?" Tanya Ustaz Rizal menuju ke Viosnya sambil menyimpan beg di booth.


" Ala budak ni...dia kata basikal dia hilang? Macam pelik. Tak pernah berlaku ...pelik...pelik"


Kelihatan Ustaz Rizal berbincang dengan budak itu. Udin risau kalau ayahnya marah nanti. Apa dia nak jawab nanti? Mana nak cari RM 150 nak gantikan basikal itu?


Akhirnya Ustaz Rizal menghantar Udin balik ke rumah di Parit Simis. Di pertengahan jalan Udin nampak ayahnya menunggang motosikal.


" Ustaz...itu ayah saya...!"


Ayah Udin begitu pelik, kenapa Ustaz hantar Udin balik?


" Ayah, basikal Udin hilang...."


" Masya Allah, apa nak jadi ni Udin....? Kan pagi tadi ayah yang hantar kamu!"


Kesian....kesian...baru darjah empat dah nyanyuk.....! Dah hari-hari naik basikal. Sesekali ayah sempat hantar lain pulak jadinya. Buat kecoh satu sekolah saja budak Si Udin ni!!! 

Rabu, 21 September 2011

NAK MOHON PINDAH? KE MANA?



Enam sahabat aku dah mohon berpindah. Ada yang nak pindah ke negeri kelahiran. Ada yang nak pindah ke sekolah yang berhampiran rumah.


Aku dah lapan tahun di sekolah ini. Kira dah pecah rekod. Sebelum ni

  • 7 tahun di SMK PALOH, Kluang
  • 4 tahun di SMK CONVENT, Batu Pahat
  • 5 tahun di SMK Penghulu Saat, Pt Sulong
Lepas tu aku dan tiga orang sahabatku dicampakkan ke sekolah ini kerana kami tak ada ijazah. Surat pertukaran pun aku tak dapat, main telefon saja. Siapalah aku? Aku hanya serangga. Aku bukan anak datuk.

11 tahun lagi aku pencen. Rasanya aku akan bertukar ke sebuah sekolah lagi sebelum bersara. Tetapi bukan tahun ini yang sesuai untuk aku berpindah.

Pagi-pagi, kereta kawan-kawan, dan cikgu-cikgu sekolah lain memotong aku seperti potong sayur. Aku tak peduli. Lebih-lebih pun mereka cepat 5 minit sahaja. Aku bawak paling laju pun 80-90 kmj. Ada antara mereka tu yang bawak kereta sampai 130 kmj. Jalan dahlah sempit dan agak berliku.

Apabila cerita bab bertukar, aku teringat ada teman-teman yang menangis berjurai-jurai pada hari meraikannya. Pada hal cuma berpindah 20 km sahaja. Cikgu perempuanlah tu! Cikgu lelaki yang berpindah pulak boleh berjenaka lagi walaupun dia berpindah ke Sepang jauhnya.

Itulah saja bebelan aku pada pagi yang syahdu ini. 

Selasa, 20 September 2011

SEMUA ORANG SIBUK CARI DUIT



Kita menonton TV penuh dengan iklan.
Kita dengar radio, kita dengar macam-macam iklan.
Di rumah, ada orang yang mencampakkan segala aneka flyer dan katalog.
Kita berjalan-jalan di shoping compleks, ramai jurujual macam ikan kelaparan.
Kita mengelak ke kanan, kita mengelak ke kiri.
Sampai kita baca berita online pun macam-macam iklan skim dan ubat itu dan ini....
Termasuklah iklan dalam blog aku apa kurangnya....ada iklan!


Semua kerana apa?
Kerana nak cari duit, nak pendapatan.
Duit nak beli makanan harian, pakaian, kenderaan.
Duit simpan nak kahwin. Nak beli rumah.
Yang ada anak, untuk persekolahan mereka.
Nak masuk asrama sekolah pun dah ribu-ribu.
Semua dah naik harga...!


Lalu kita bayangkan, kalaulah aku dilahirkan sebagai anak jutawan macam Paris Hilton?
Atau anak Sultan Brunei?
Atau sekurangt-kurangnya jadi anak Datuk K, Datuk Shah Rukh Khan?


Bersyukurlah...
Kita masih antara yang bertuah di atas muka bumi Malaysia ini
Ramai lagi yang papa kedana.
Makan nasi beras murah, lauk kangkung dalam parit terbiar.
Goreng telur dibahagi empat.
Mencari kotak-kotak dan plastik terbuang untuk sesuap nasi.

Sabtu, 17 September 2011

BERAYA LAGI



Banyak jemputan hari ni. Mula-mula kami ke rumah sahabat Hj Zakaria Marsam, rumah terbuka Hari Raya. Di Pt Karjan Seri Medan. Kemudian ke rumah Hj Januri, juga di Seri Medan, kerana majlis perkahwinan anak perempuan. Nampak DJ di rumah Tuan Hj lain daripada yang lain. Penuh dengan nasyid, ceramah dan doa-doa. Maklumlah Tn Hj seorang pejuang parti tersohor di Malaysia ni. 


Jam 4.30 petang tiba di rumah Cikgu Esa Atan, rakan semasa mengajar di SMK Convent Batu Pahat dulu. Majlis perkahwinan anak perempuannya juga. Cikgu Esa sudah pindah ke rumah baru di Seri Gading. Dulu duduk di Taman Koperasi dekat SMK Convent. 


Jam masih menunjukkan pukul 4.48 petang. Kami menuju ke Pt Seri Bahrom, Rengit. Tengok cucu saudara yang baru anak Faizah di rumah ibu mentuanya. Alamak, langkah kananlah pulak aku. Makan lagi. Patutlah ramai sangat orang. Kenduri potong jambul rupa-rupanya. Suami Faizah begitu peramah, dan gembira sangat aku datang ke rumahnya.


Kemudian jam 6.00 kami  ke rumah abang aku, Baharuddin selang 3 rumah saja dari rumah mentua. Makan berat lagi. Soto. Dah empat rumah makan berat-berat.


Jam 6.45 bertolak ke rumah adik bongsu aku, Mar. Aku call dia, supaya jangan masak-masak. Perut dah nak meletup ni. Rumah Mar terletak di Taman Bukit Flora, Batu Pahat. Baru nilah aku berkesempatan beraya ke rumah dua orang adik-beradik aku ni. Ingatkan lepas rumah Marfiah, kami nak ke rumah anak saudara aku Moslim, di Taman Wangsa Maju, Batu Pahat, namun Marfiah masak-masaklah pulak. Kenalah tunggu, dan makan. Akhirnya, jam dah menunjukkan jam 9.30. Terpaksalah balik, tak dapat ke rumah Moslim. Risau pulak dua orang anak Ili dan Iwan tak ikut kami hari ni. Moslim lain kalilah ya. Maaf ya...tak dapat datang beraya lagi.


Buat MM yang rumahnya jauh di sana tu jangan kecik hati ya. Jua buat Anis, dan sepupu-sepupu aku kat KL dan JB tu. Aku ni silau kalau memandu malam. Tu yang tak dapat pergi jauh-jauh. Tunggulah aku jadi tauke nanti, aku pasang supir.


Juga kepada para sahabat, maaflah aku tak dapat beraya lagi ke rtumah kalian. Yang kagumnya, kuih mereka penuh lagi di atas meja. Kuih rumah aku tinggal 3 telap saja. Ok jumpa lagi!

Khamis, 15 September 2011

TRAGEDI MALAM JUMAAT

video
Video: HPhone Nokia Irfan
Jurukamera: Irfan Iman
Masa: Jam 9.55 malam tadi.
Lokasi: 2 km dari Pekan Tongkang Pechah-Jalan ke arah Pt Jalil/Pt Sulong


Kenderaan terlibat: Sebuah Kancil, Van, Iswara dan sebuah motosikal.
Mangsa yang terlibat: Tidak diketahui kerana blogger ada urusan penting menghantar Kopi Kelapa Dara.
Pelanggan yang menanti mendesak-desak supaya aku menghantar segera Kopi tersebut. Malam ni kan malam apa?........Siapalah yang bernasib malang tu ya...esok tahulah siapa yang terbabit dalam kemalangan itu.

CIKGU SEKARANG TAK BOLEH BUTA IT

Gambar Google
Semuanya sudah mula online. Kalau tak tau komputer, memang dah tak boleh kerja. Mereka diberi dua pilihan sahaja, nak buat sendiri, atau upahkan orang lain membuatnya. Kalau nak upahkan orang, janganlah lokek, hulur RM 10 sahaja? Kawan tu bersengkang mata sampai jam 3.00 pagi...

Ini bukan nak mengata sesiapa, mana tau....ada yang lokek macam tu. Serkap jarang. Ini fasal kes SAPS.

Rabu, 14 September 2011

KHASIAT DAN KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA



Alhamdulillah, permintaan terhadap produk-produk minyak kelapa dara Bio Asli ini berterusan. Bulan Ramadhan pun Alhamdulillah ada permintaan. Hari Raya pertama, kedua dan sepanjang minggu pertama Syawal tetap ada permintaan, walaupun aku dah isytiharkan aku bercuti. 


Selain pelanggan yang ada, pihak syarikat telah mengiklankan produk dan no hp aku dalam senarai stokis utama dalam akhbar KOSMO setiap Sabtu dan Ahad.


Ia tak memeningkan kepala. Tak perlu nak menghadiri mesyuarat dan pelbagai perjumpaan. Tugas aku jual, jual, dan maklum balas pelanggan itulah yang menjanjikan rezeki yang berterusan. Kelebihan produk itulah yang menyebabkan ulangan jualan. 


Inilah bisnes yang aku nak teruskan selepas ini......Satu perniagaan yang tidak glamour namun aku bahagia dengannya....

Sabtu, 10 September 2011

RIANG RIA HARI RAYA

Pagi tadi berlangsung program marhaban sekolah aku mengajar ni, program marhaban tahun 1432 hijrah ialah ziarah di rumah cikgu-cikgu SKSP yang tinggal di kawasan Pt Sulong. Ada 10 orang semuanya yang duduk di Pt Sulong. Ramai tu! Tahun lepas kami ziarah ke rumah guru-guru SKSP yang tinggal di kawasan Yong Peng, Pt Yaani.

 
Berbaju kurung warna cerah kiri sekali Guru Besar En Ali Bin Sarmin di rumah Cikgu Norasyikin Razali.
Rumah Cikgu Ali, Cikgu Miswan dan Cikgu Khairul aku terlepas sebab berkejar ambik sate dan kuih-muih
di rumah orang-orang yang membuat juadah tersebut.

Di rumah Ustaz Syukran

Di rumah Ustaz Syukran

Rombongan SKSP tiba di rumah Cikgu Zulkeflee Rahmat

Di rumah Cikgu Mohd Sahid Ismail. Tuan rumah sedang berucap mengalu-alukan kami.

Rombongan tiba di rumah kami. Pertama menjejakkan kaki Hjh Masriah dan Suami
Hj Mohd Zakaria Marsam.

Entah apa yang mereka fikirkan. (Masih di rumah aku)

 Guru-guru perempuan dan isteri cikgu-cikgu lelaki

 Mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan semua orang Islam

 Rumah Cikgu Maryati di kawasan Mesjid Pt Sulong



 Suami Cikgu Maryati Imam 1 Pt Sulong.

 Program marhaban berakhir di rumah Cikgu Saim jam 3.15 petang tadi.



 Cikgu Mohd Saim Buang.


NASI KERABU

Juadah khas ciptaan Ustaz Syukran dan Cikgu Zulkeflee. Makan berat di rumah terakhir Cikgu Saim.
Jamuan gabungan bersama cikgu-cikgu SKSP yang tinggal di Pt Sulong.

Jumpa lagi Tahun Depan Insya Allah bagi cikgu-cikgu yang tinggal di kawasan Tongkang Pechah dan bandar Batu Pahat.




Terlanjur cerita fasal raya...ni aku upload video pada Hari Raya Kedua di rumah aku.
Kumpulan Baraan tempat aku telah sampai, dan kelihatan sikecik Aliff Iskandar
berada di celah-celah tetamu. Tu yg video ni macam kelam-kabut sikit tu
video


video
Ini pula ketibaan kumpulan Baraan Wanita Simpang Tiga di rumah kami.
Malam Raya Kelima yang lalu. 


Khamis, 8 September 2011

CERITA MAT INDERA



Namanya pun ahli politik, tak kira Ramadhan yang mulia. Hari Raya hari bermaaf-maafan, namun ahli politik tetap mengeluarkan idea-idea baru bagi menghentam pihak lawan. Kita rakyat biasa ni bergelut dengan masalah kenaikan harga barang makanan, harga rumah dan tanah. 


Mat Sabu memang petah berkata-kata. Namun apabila ia menyebut tentang Mat Indera, nama itu tidaklah asing bagi aku. Kerana perjuangan Mat Indera berakhir di kampung aku. Arwah bapakku selalu berpesan supaya tidak bermain di bawah pokok Kluih yang terletak di depan rumah aku masa tu. Aku tertanya-tanya juga kenapa? Oleh sebab aku agak degil, maka bapakku memarahi aku sambil bercerita sejarah dulu. 


"Kau jangan main di situ. Tempat tu dulu ada Cina Komunis disembelih oleh Wak Sham...Cina Komunis tu kawan Mat Indera yang ditangkap Wak Misban, Wak Beladang Wak Tukyo dan Wak Sham."
"Kenapa dia kena sembelih?"
"Dia nak lari, lagi pun polis cuma nak tangkap Mat Indera saja"


Ketika perbualan ini, mereka yang menangkap Mat Indera itu masih hidup. Kini semuanya sudah tiada. Wak Tukyo berhijrah dengan semua anak-anaknya yang semuanya lelaki dan membuka perkampungan baru di Jerantut dan telah meninggal dunia di sana. Wak Beladang dan Wak Misban juga telah meninggal dunia..Wak Misban meninggal dunia di Kampung Pt Warijo Lintang dan Wak Beladang di Pt Baru Seri Medan, kampungku yang indah dan bersejarah.


Tempat di mana Mat Indera ditangkap setelah mabuk minum kecubung, hanya selang dua kebun daripada rumah bapak aku. Itulah rumah Wak Misban pada masa itu. 


video
Inilah tapak lama rumah Hj Ismail/ Wak Misban
di Pt Baru Seri Medan yang menjadi saksi penangkapan
Mat Indera. Betul-betul di kawasan yang ada kabel TNB itu. 


Sejak tu aku tak bertanya bapak aku lagi. Ikut cerita bapak Mat Indera boleh menghilangkan diri. Emak aku juga bercerita pada zaman komunis tu, emak tidur kat hutan belakang rumah kerana takut dengan komunis. 


Bagi anda mungkin baru mendengar nama Mat Indera setelah mengikuti isu baru politik dua minggu kebelakangan ini. Tetapi bagi kami penduduk Seri Medan, cerita Mat Indera tak pernah luput daripada ingatan, khasnya oleh warga tua yang masih hidup dan pernah bertemu dengan lelaki itu.


Kepada yang ingin tahu apakah kekejaman yang Komunis lakukan di bumi Seri Medan? Sila klik di sini...Entri Saya Tentang ini









Jumaat, 2 September 2011

KORBAN MALAM RAYA

video



Akulah Hakim. Akulah Saksi. Selepas rakaman ini, tikus ini telah dijatuhi hukuman mati.
Malam raya saja 7 ekor telah dapat diberkas, dan dibunuh. Kini rumah aku telah aman dan damai.

WARNA-WARNI HARI RAYA (3) 1432H-2001

 Beraya ke rumah pak cik dan mak cik
jumpa yang menarik aku ambil gambarlah

 Bunga Raya
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

 Pokok Sireh


 Pokok ciku yang tak nak berbuah


Pokok Roselt yang kaya dengan vitamin C


Pokok lempoyang di belakang rumah emak aku
 Raya ni badan lain macam...elok meminum perahan Lempoyang


Lempoyang Fresh untuk awet muda dan anti kanser


 Cendawan ni beracun agaknya

Pokok cili kampung


 Pokok Kari


 Rumah Pak cik aku di Pt Jayus


 Unik...pokok ubi kangkung. Pokoknya ubi daunnya kangkung


 Bonsai




 Antara rumah yang menarik minat aku di Kampung Pt Jayus, Seri Medan


 Orang kampung dah kaya-raya




 Masa kecik dulu aku banyak menghabiskan raya pertama di rumah ini.
Rumah nenek aku. Sekarang pakcik aku yang duduk dengan anak-anaknya.
Makcik aku dah meninggal dunia.

Tasbih besar yang dibeli di Mekah