Rabu, 4 Januari 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

SEPINTAS LALU TENTANG 4 ORANG ANAK KAMI, YANG MULA BERSEKOLAH PAGI TADI
video
Anakku Arina pada pagi pertama  hendak pergi ke sekolah (masuk Tahun 1)

video
Irfan bersekolah sesi petang, TELAH didaftarkan di sekolah baru 

Selepas sahaja rakaman di atas, aku terus menghantar anak-anak ke sekolah, kemudian aku terus menuju ke tempat aku bertugas. Inilah tahun ke sembilan aku menabur bakti di sini.


Biasanya paling lama aku berada di sesebuah sekolah itu adalah antara empat hingga lima tahun sahaja. Ini disebabkan ia bukanlah jauh sangat, 25 minit sampailah aku di sekolah itu.


Turun sahaja dari kereta, menanti dua orang ibu, dan seorang bapa, hendak membayar duit buku dan yuran PIBG. Ibu bapa yang lain telah menyempurnakannya pada 2 Januari.


Setelah urusan itu selesai, perhimpunan pun dijalankan. Walaupun hari Rabu, perhimpunan tetap dijalankan kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Ada lebih kurang 30 orang ibu bapa yang berdiri di sana-sini, memerhatikan sesi perhimpunan itu. Kebanyakan ingin menyaksikan anak-anak mereka masuk Tahun 1 dan juga Pra Sekolah. Alhamdulillah, tahun ini tiada suara tangisan seperti tahun lepas.


Selesai perhimpunan, ibu bapa mengiringi anak-anak mereka yang masih cute itu masuk ke kelas.Tiba-tiba aku dikejar oleh seseorang.


"Cikgu, cikgu......ayah saya kata dia tak dapat bayar duit buku, macamana ni?"
" Kamu gunakan buku tulis tahun lepas dulu, ada duit sikit-sikit boleh bayar ansur"


Lalu aku bertanya kepada guru kelasnya tahun lepas. Dia kata, semua adik-beradiknya seperti itu. Malah yuran tahun yang lepas-lepas pun tertunggak lagi.


Lalu aku terfikir, pada tahun lepas, ayahnya ada datang dua kali pada awal November. Pertama terima duit bantuan banjir khas untuk murid sekolah sebanyak RM 200 setiap murid, dan kemudian RM 100 duit yang diumumkan oleh PM tempoh hari, maknanya tiga orang adik-beradiknya, bapanya telah mengumpulkan RM 900. Mana perginya duit itu? Satu sen pun tidak digunakan untuk persekolahan anak-anaknya itu? 


Dengan ini saya berharap, cara pengagihan duit bantuan persekolahan RM 100 itu pada tahun depan jika ada, hendaklah diubah. Misalnya ibu bapa hanya tandatangan, dan duit terus ditukarkan dengan buku dan kelengkapan sekolah tanpa banyak bicara. Tidak adalah ibu bapa yang mendakwa itu hak mereka, sedangkan anak terabai. Saya tidak akan simpati kepada keluarga yang bersikap demikian. Mungkin saya hanya membelikan buku tulis bagi mata pelajaran yang saya ajar sahaja untuk budak itu. Jika mereka benar-benar miskin pasti ramai yang hendak membantu, namun ini merupakan sikap yang menjengkelkan kerana tidak tahu menghargai pemberian pihak-pihak tersebut.

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Alamak... dah makin macho la Irfan. Suara pun dah bujang.
Si Ila tu tak sabar nk sekolah sbb... sbb.. err... haaa!!! Cik tau kenapa.. (sila jwb sendiri).

cinnamon.com berkata...

Anaknya malu2 tapi mau..


Dlm byk2 manusia byk juga yg tak bertanggugjawap...kesian anak2nya...

AZANI berkata...

selamat kembali bertugas cikgu

IMANSHAH berkata...

masih takleh nak rehat panjang..tidor je balik sekolah..huhu

NoorGie berkata...

betul MSOM..mmg sepatutnya ibu bapa datang untuk tandatangan dan terus $ tu dipotong untuk bayaran sekolah n buku2 anak2...tak payah simpan2 dulu, kerajan bg pun uutk bantuan sekolah anak, bukan untuk beli TV set baru [kalau dapat rm900, banyak tu]

MAT SOM berkata...

Sam, aku larang Ili utk bercinta semasa bersekolah.

Semasa bertandang ke rumah kami,
Paklongnya berpesan...Ili kamu pilih antara dua:

CITA-CITA atau CINTA-CINTA?

MAT SOM berkata...

Cinnamon,
Anak saya memang pemalu, macam ibu bapanya ini.

Terpandang saya satu hari,salah seorang jiran taman ini, membeli nombor ekor dengan mendokong anaknya...

Ramai yg tidak bertanggungjawab dan sesat, lupa diri, entahlah.

MAT SOM berkata...

Tkasih abg Azani.

MAT SOM berkata...

Imanshah,
Balik sekolah, memang dah tak boleh rehat, ambil anak sekolah agama, hantar, dan ambil sampai Magrib baru selesai.

MAT SOM berkata...

Betul juga telahan Cikgu Norgie, bapa itu telah gunakan duit itu utk membeli TV , tak terfikir saya, dan anak-anak pun suka dpt TV baru, tidak sedar duit mereka telah diselewengkan oleh ibu bapa mereka.