MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 14 Januari 2012

MUZIUM RAMBUT DAPAT SAMBUTAN


Rambut Britney Spear, Justin Bieber ada tak di sini?


Aku kalau sampai sini, nak tidur sekejap, macam dingin ....
Seorang pengunjung wanita sedang berunding
Gambar-gambar dipetk daripada weburbanist.com dan streetanatomy.com

Muzium ini terletak di Avanos, Turki telah menyimpan 16 000 potongan rambut wanita yang pernah berkunjung ke situ.

Pengasasnya Chez Galip. Setiap rambut disertakan nama, umur, alamat, hajat dan tarikh rambut diserahkan.

Awalnya, tempat ini kilang tembikar, telah berusia 30 tahun. Ia dbina  daripada lumpur bermutu tinggi dari Sungai Merah. 

Muzium ini bermula apabila Galip ditinggalkan oleh rakan-rakannya, khasnya kekasihnya menyebabkan dia kesunyian.

Sebelum rakan-rakan dan kekasihnya meninggalkannya, Galip meminta potongan rambut mereka di sini. Sejak itu ramai wanita datang untuk meninggalkan rambut mereka kerana kononnya untuk beberapa hajat seperti nak cari jodoh, supaya rumah tangga bahagia dan sebagainya. Kira memang sangat mengarutlah. 

Tertanya-tanya juga, adakah mereka ini Islam? Kerana apa, bukankah rambut itu aurat dan usah ditunjukkan kepada orang lain?

Ada sesiapa yang ingin membuka muzium rambut di sini? Lebih baik anda membuka Muzium Jawa atau Muzium Banjar. Muzium Bugis sudah pun ada di Pontian.

9 ulasan:

IMANSHAH berkata...

uh uh macam ni pun ado

MAT SOM berkata...

Imanshah
Kalau nak popular kena buat yg aneh, yg orang orang lain tak pernah buat

~ Mummy Gee ~ berkata...

menyeramkan la suasana muzium tu...suram je...hihi....orang penakut la katakan

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku nak buat muzium kuku plak la.. :D

MaryaYusof berkata...

Eeiii...mcm geli je tgk rambut byk2 tu...Salam ukhuwah, follow di sini~

che mid berkata...

Eh, jangan-jangan rambut tu makin panjang lak... malam-malam dengar suara mengilai hi hi hiiiiii...

cinnamon.com berkata...

mmg pelik,kalau tak ade n3 ni..cmfrm tak tahu kewujudan muzium rambut ni..

jauhnya terokaan tuan blog..

MAT SOM berkata...

Mummy Gee
Tu belum lagi ke Pameran Hantu, mesti pengsan di depan pintu

Sam,
Satu cadangan yg menarik
Kebun kau atas bukit tu boleh dibangunkan

Marya
Selamat datang, akan saya folow blog anda

Che Mid
Rambut pontianak pun ada agaknya di sini

Cinnamon
Saya terteroka sebenarnya, ia memang benar2 ANEH

MNoh berkata...

Ok. Mohon bantu saya bina muzium jawa d parit raja batu pahat. Noh@uthm.edu.my