MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 24 Januari 2012

SOAL JAWAB TENTANG CECAIR KERETA

Google Image yang seksi dah diedit hehehe


Sebelum tidur aku sempat dengar perbualan juruhebah Radio Ikim dengan En Rizal dari Proton. Soalan tersebut daripada juruhebah dan juga pendengar:


Minyak Hitam ada berapa Jenis?
Minyak hitam ada tiga jenis, iaitu minyak hitam biasa yang dikenali sebagai mineral iaitu tiada bahan sintetik, kedua ialah semi sintetik dan ketiga fully sintetik. Sentetik maksudnya ciptaan daripada bahan kimia. Fully sintetik paling mahal dan terbaik, dan tempoh penukarannya lebih lama. Kebanyakan kita menggunakan minyak hitam biasa.


Apakah bendalir lain yang perlu kita tahu bagi sesebuah kereta?
Selain minyak hitam, kita harus tahu apa itu cecair untuk brek iaitu minyak brek, air radiator khasnya coolen, air bateri. Itu yang asas. Ada juga cecair untuk power stering dan lain-lain.


Berapakah jangka masa yang sesuai untuk memeriksa cecair-cecair tersebut?
Sekurang-kurangnya seminggu sekali kena periksa. Kita harus pastikan setiap cecair itu harus berada pada tahap yang sepatutnya, sekurang-kurangnya antara maksimum dengan paras minimum. Jangan sampai kehabisan, kerana ia boleh menyebabkan kereta jem, dan ia akan memerlukan kos yang banyak untuk memulihkannya.  


Saya Nak tanya adakah minyak hitam satu-satu jenama boleh dicampurkan dengan jenama lain, kira kes nak jimatlah ni, mungkin baki yang lepas ada lagi?
Jika kita menggogle, ada macam-macam jawapan, namun bagi pendapat saya (En Rizal) berdasarkan pengalaman, tidak boleh dicampurkan, kerana kandungan bahan antara sesuatu keluaran syarikat itu berbeza. Jika digunakan juga dua minyak itu, mungkin akan berlaku mendapan. Dan ia tidak baik untuk enjin kereta kita.


Apa nasihat En Rizal tentang cecair untuk radiator?
Kita tidak cukup mengisi radiator dengan air paip sahaja. Yang terbaik ialah kita bubuh coolen kerana cecair coolen dapat menyejukkan enjin dengan lebih baik lagi di samping dapat mengelakkan radiator cepat berkarat dan dapat menjaga bahagian enjin kereta kita. Okey pastikan kita memasukkan coolen ke dalam radiator kereta kita.


Itu sahajalah yang dapat aku ingat. Itu pun untung, kerana ingatan aku masih ok kan? Dengar tanpa pen dan kertas tu..! Sedang belajar memfokus terhadap apa yang diperkatakan orang.


Jika Air Kereta Tiba-tiba habis di tengah jalan apa kita nak buat?
Lagi satu aku nak tambah, ni pengalaman aku yang dah bawa kereta sejak tahun 1990 (22 tahun dah). Pesanan ni untuk pemandu-pemandu baru, terutama wanita yang yang tak tau apa-apa apa-apa fasal enjin tu.... jika tiba-tiba air kereta kita habis di tengah jalan sebab terlupa nak isi. Pesan aku relakkan dulu kereta tu dalam setengah jam (lebih lagi bagus), dah sejuk barulah boleh masukkan air (yang dicedok dari parit, longkang ke yang berdekatan). Jangan apabila nampak, kereta berasap, kita terus panik, dan masukkan air terus, jawabnya.....sediakanlah RM 600 - rm 1000 untuk membetulkan apa-apa yang terpeleot di dalam enjin kereta kalian. 


  

Tiada ulasan: