Rabu, 25 Januari 2012

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH

Gambar ihsan: Bayan Photocliq

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Datuk Alwi Ibrahim pernah mendedahkan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan sepanjang tahun 2009 sahaja.

  • 2009 - 17 303 orang
  • 2008 - 16 541 orang
  • 2007 - 16 100 orang
Ini bermakna setiap hari 65 bayi anak luar nikah dilahirkan. Jumlah ini tidak termasuk bayi yang dibuang ke longkang, sungai, tong sampah dan sebagainya.

Mengikut data daripada Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2006 sehingga 2010 sebanyak 234 647 anak luar nikah telah dilahirkan.

Ingat 234 647 orang! Ia merupakan 10 peratus daripada dua juta kelahiran dalam tempoh itu.

Ini membuktikan, zina telah berleluasa, walaupun pejabat agama tidak henti-henti menjlankan tugas mereka. Jika kita nampak anak muda kita melakukan maksiat di khalayak ramai, kita sudah tidak berani menegur mereka. Ini merupakan satu tanda-tanda kehancuran umat Islam di negara ini.

Lebih malang lagi, budaya zina bukan di kalangan murid sekolah menengah sahaja, tetapi telah menjangkiti pelajar institut pengajian tinggi. Mereka seolah-olah bagai lupa diri dan hilang jati diri. Mereka tenggelam dalam pujukan rayuan iblis yang terkutuk. Lupa soal untuk menuntut ilmu, malah lebih memalukan markah mereka hanya cukup-cukup makan, berbanding kaum lain yang lebih komited terhadap pelajaran mereka. Alangkah malangnya ibu bapa mereka kerana tidak mengetahui belang anak-anak mereka itu.

Semua pihak, sama ada kerajaan, parti-parti politik, NGO usahlah membuang masa dengan kebejatan politik sahaja. Bangkitlah dan hancurkan segala maksiat di negara kita yang tercinta ini, sebelum Allah menurunkan kemurkaannya kepada kita semua.


Nota: Entri ni nampak emosional sebab minggu ni asyik jumpa orang berpeluk di depan anak-anak aku, waktu kami ke Tasik Y, Ke Pantai Seri Menanti, tanpa ada sesiapa yang berani menegur mereka, jaga kau anak muda. Kalian ni dah WAJIB kahwin! Saya ulang semula akan keburukan berzina yang dibincangkan oleh Ustaz Zawawi dalam Metro, beberapa tahun lepas sebagai renungan kita bersama.


Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.


2. Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.


4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.


5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.


6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.


8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkandan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga nanti.


12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya. 

Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya
sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya! Na'udzubillahi min dzalik!

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?


Sekian, terima kasih.....

13 ulasan:

NoorGie berkata...

betullah kata2 awak MSOM, anak2 muda sekarang dah hilang rasa segan silu..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Risau dibuatnya.. nauzubillah jgn berlaku pd keturunan kita. Klu mcm ni kita sbg ibu bapa kena brainwash diorang cukup2.. garang2kan diri sebagaimana garangnya ibu bapa kita mendidik kita masa kecil.

Mat Som berkata...

Noorgie,
Entahlah Cikgu Noorgie
Kita hanya boleh beri nasihat
Nak lebih2 pun takut, kita pun ada anak.

Mat Som berkata...

Sam
Kita berdoa setiap hari,
Agar Allah memelihara iman kita, iman anak-anak kita
Agar mereka terus berpegang kepada agama Allah
Agar tidak terjebak ke lembah yang hina
Amin....

Mat Som berkata...

MKF yang menulis di FB, berkata
Hantaran dan kos untuk kahwin yang terlalu mahal sekarang merupakan antara punca kelahiran anak luar nikah.

Saya cadangkan majlis perkahwinan secara beramai-ramai patut diadakan bagi setiap kawasan parlimen atau DUN, dan ditaja oleh kerajaan dan ahli koperat.

Cik Rose Cute berkata...

hish!...follow sini..

AZANI berkata...

cikgu
inilah salah satu petanda akhir zaman....anak anak itu tak bersalah....

cinnamon.com berkata...

SEMALAM SAYA DGN ADIK NAK PERGI MELAKA UTK MENGAMBIL ANAK ANGKAT,DAH BUAT PERJANJIAN PUN,SEGALA DOKUMEN AKAN DI BUAT..TIBA2 DPT CALL BABY TU ADA ORG LAIN NAK AMBIL,KONONNYA ORG TU LETAK HARGA YG TINGGI..MCM NAK JUAL ANAK AJE..BUAT PERKARA YG DI LARANG..MENAMBAH2 DOSA LAGI..APA NAK JADI LE DGN MANUSIA LA NI..TAK TAKUT LANGSUNG..

Yatie Awang berkata...

betul tu, remaja sekarang terlalu berani, bila dah jadi macam tu, dia orang makin berani buang anak pulak..

hal macam ni, tak perlu slaahkan sesiapa, semuanya tergantung diri sendiri

Mat Som berkata...

Cik Rose
TQ atas kunjungan dan folow skali

Mat Som berkata...

Ya anak-anak tu suci,
Yg bertakawa tetap dikasihiNya.

Mat Som berkata...

Cinnamon
Sampai begutu sekali
Itu namanya pemerdagangan orang
Begitulah kalau semua telah diukur dengan duit
Anak pun dijual.

Mat Som berkata...

Yatie Awang
Ada anak yg dijual, ada yang dibuang

Lama-lama besok, ada anak yg digoreng buat lauk