Sabtu, 28 Januari 2012

SUPAYA PASANGAN TIDAK NAMPAK KEKURANGAN KITA


Dua hari lepas aku ke rumah Cikgu Zailani. Di situ ada tetamu lain. Bersembang tentang pelbagai perkara. Beliau menunjukkan satu nota dan memaparkan ayat 9 Surah Yaasin seperti di atas.


Saya bertanya kepada beliau, "Bukankah ini ayat yang sesuai supaya orang jahat tidak nampak kita?"


"Betul, namun ayat ini juga sesuai untuk kita yang berumahtangga ini." Katanya.


"Supaya pasangan kita tak nampak kita?" Cepat-cepat saya bertanya.


"Bukan...bahaya tu kalau isteri kita tak nampak kita.. dengan mengamalkan ayat ini, insya Allah pasangan kita tidak nampak kekurangan kita. Itu suami-isteri yang bergaduh siang dan malam tu sebab asyik nampak kekurangan pasangannya. Yang baik dia tak nampak, yang nampak yang buruk-buruk saja, jadi selepas mengamalkan ayat ni, Insya Allah dia akan nampak yang baik saja daripada kita" Terangnya dengan penuh cool.


"Ilmu ni baru saya dengar daripada Tuan Haji. Terima kasih...terima kasih...."

8 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

betul2 ilmu baru ni...
terima kasih berkongsi kelebihan ayat ni cikgu!

Mat Som berkata...

SZ
Yang baik kita kongsi-kongsikan

Tanpa Nama berkata...

wahh... ilmu baru... share share share..

mkf

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Good... tq tq tq.

Mat Som berkata...

MKF ayat ni semasa perang sgt berguna.

Mat Som berkata...

Tkasih kembali Miss Mirror

- M A S H - berkata...

bolei amal kan selalu ayat ni kan. baguss nye :)

Mat Som berkata...

MASH
Utk spt anda, dapat mengelakkan org2 yg berniat jahat.