MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 23 Januari 2012

TIDAK BERKAHWIN TIDAK DIAKUI UMAT?

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee drp Blog Oh Bulan  


Malam Selasa lepas, Ustaz Syeikh Faisol dijemput untk memberi kuliah di mesjid tempat saya ini atas jemputan AJK Mesjid yang semakin istiqomah terhadap tugas mereka.


Beliau menjelaskan tentang sesiapa yang mengambil harta orang lain walau cuma sebatang kayu siwak/sugi, maka mereka akan menerima balasan api neraka, apatah lagi jika mengambil harta yang lebih besar, apatah lagi kalau tanah, rumah dan wang berjuta-juta.


Panjanglah ustaz bercerita tentang perkara itu, hingga ustaz menjelaskan Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang menipu dalam timbangan atau barang dagangan mereka itu bukanlah golongan umat baginda.


Tiba-tiba Saudara R, mengangkat tangan dan bertanya perkara yang tiada kaitan dengan tema kuliah pada malam itu.


" Ustaz, orang kata, kalau tak kahwin tak diaku umat nabi Muhammad SAW, minta penjelasan?" ...dan sememangnya R masih membujang kerana satu sebab yang tak dapat disebutkan di sini.


Ustaz pun menjawab....bab berkahwin ni ada beberapa hukum...:

  • Sunat iaitu bagi yang nak berkahwin dan dia sudah mampu
  • Wajib iaitu bagi yang dah ada kemampuan, dan kuat pula nafsunya, takut kalau tak kahwin, ia akan terjerumus ke lembah perzinaan
  • Makruh iaitu bagi orang yang ada keinginan tetapi tidak mampu dan tidak berupaya memberi nafkah zahir dan batin.
  • Haram iaitu jika dia ingin mendera dan menganiaya perempuan atau berniat jahat terhadap bakal isterinya itu. 
  • Harus iaitu bagi mereka tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin, dan tidak pula ada sebab untuk mengharamkan dia berkahwin.
Berkenaan Nabi Tak Mengakui Umatnya itu ialah golongan yang tidak berkahwin kerana menganggap bahawa perkahwinannya itu akan mengganggu ibadahnya kepada Allah. 

Nabi Muhammad tidak mahu ada golongan seperti Paderi dan Sister dalam agama Kristian. Islam juga tidak mahu ada golongan seperti Sami. Islam adalah agama yang lengkap. Pernah beberapa gereja yang dibaik pulih, didapati ada rangka-rangka bayi yang dibuang di dalam lubang najis, kerana hubungan terlarang. Kenapa? Kerana agama mereka bertentangan dengan fitrah manusia.

Ramai juga ulama terdahulu tidak berkahwin, kerana terlalu sibuknya mereka dalam mengembangkan ilmu dan berdakwah. Mereka tidak berkahwin bukan kerana benci perkahwinan. 

Ingat...jangan menganggap perkahwinan itu menghalang kita daripada beribadah kepada Allah.

Bagi yang dah berusaha, namun tak ada jodoh juga apa kata lihat DOA PENDEKAT JODOH INI


Usah putus asa dengan rahmat Allah. Saya siarkan gambar Ally Iskandar dan farah Lee sekali lagi, untuk memberi semangat baru kepada anda.

6 ulasan:

IMANSHAH berkata...

sedih saya

Ungu Violet berkata...

perkahwinan penuh dgn tanggungjawab...:)

Mat Som berkata...

Janganlah bersedih Cikgu Imanshah

Mat Som berkata...

Ungu Violet

Sebab tu ramai yg masih takut nak kahwin.

ciK LyndaWawa berkata...

ally dN FARAH..SAMA CANTIK SAMA PADAN..=]

Mat Som berkata...

Macam pinang dibelah dua...