Jumaat, 3 Februari 2012

GURU PERPUSTAKAAN SK SERI PASIR

Hjh Rohani Suhaimi telah mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Pasir sejak tahun 1988. Pada tahun 1990, guru besar ketika itu Allahyarham Hj Abd Rahman Omar, telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai dan menguruskan perpustakaan.

Hjh Rohani akan bersara pada 27 Mac 2013, iaitu ketika usianya 56 tahun. Beliau mengambil keputusan bersara, kerana telah sekian lama menabur bakti dalam dunia pendidikan. Suami beliau Cikgu Bunandir teelah pun bersara beberapa tahun yang lalu.


 Hjh Rohani memang kreatif. Pelbagai hiasan telah menceriakan perpustakaan sekolah ini.

 Hjh Rohani juga telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencantikkan perpustakaan ini. Untuk mengharapkan peruntukan yang ada, memang tidak mencukupi.
 Yang penting anak murid suka berada di perpustakaan ini. Nyaman, dan seperti di rumah sendiri.
 Tak nak duduk di kerusi, mereka boleh membaca di meja ini.


 Barisan pustakawan yang membantu Hjh Rohani.


Beberapa kejayan hasil usaha Hjh Rohani:

  • Tahun 1990 menduduki tempat Pertama sebagai Perputakaan Cemerlang Zon Parit Sulong
  • Tahun 2001 menduduki tempat Kedua dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah bagi Zon Parit Sulong (Kategori Sekolah Rendah)
  • 2010 memperoleh 4 Bintang anugerah daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
  • 2011 mendapat tempat Kedua dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah Zon Parit Sulong bagi kategori sekolah rendah.  
Atas sikap dedikasi dan kretiviti Hjh Rohani ini, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1990, oleh Allahyarham Hj Abd Rahman Guru Besar ketika itu.

Tahniah dan terima kasih Cikgu Rohani.....

14 ulasan:

Mama Janet berkata...

perpustakaan cantik..murid2 pun suka g perpustakaan ye.

mak encik | SZ berkata...

saya suka perpustakaan!
di sekolah rendah, sekolah menengah tak dapat jadik pengawas murid (sebab saiz comel lote je kot :P) ... tapi dapat jadik pengawas perpustakaan pun dah syukur... "pustakawan ...

Tanpa Nama berkata...

1990 DAPAT ANUGERAH SSB, SSM X DAPAT KE?, NI DAH TUKAR SBPA PULAK

Mat Som Sadona berkata...

Mama Miraki
SAemua sekolah ingin mempunyai perpustakaan yg lengkap dan indah.

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Tentu cikgu selalu suruh mengemaskini buku dan angkat buku masa jadi pustakawanita tu

Mat Som Sadona berkata...

Tanpa Nama
Cikgu ramai, kenalah agih2kan anugerah tu.

NoorGie berkata...

Salam MSOM. Saya sangat kagum...mohon untukberkongsi dengan guru media di sekolah saya yang baru setahun agung memegang jawatan..semoga perkongsian ini memberikan idea buat dia...

RHI berkata...

perpustakaan memang kena nampak ceria, baru ada mood nak membaca...tenang je kan

Mat Som Sadona berkata...

Insya Allah Cikgu Noorgie
Yang baik kita kongsi-kongsikan.

Mat Som Sadona berkata...

Yatie Awang
Kalau yang masuk tu budak-budak tak ada law, bising jega perpustakaan ini macam pasar ikan. Maklumlah budak-budak

Kayu Manis berkata...

Tahniah,pd cikgu tu..

"Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

L berkata...

dulu time kecik2 L pengawas pusat sumber.. huhu

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Selawat banyak2 kerana ia satu amalan yg sangat baik.

Mat Som Sadona berkata...

L
TKASIH ATAS KUNJUNGAN SULONG ANDA KE SINI