Selasa, 14 Februari 2012

PENDAPATAN PERKAPITA MENINGKAT, TETAPI KITA...?


Menteri dijabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata tadi di Shah Alam, pendapatan perkapita penduduk Malaysia meningkat dengan ketara sejak tahun 1970.


Pada tahun 1970 pendapatan perkapita rakyat Malaysia ialah RM 1159, kini meningkat kepada RM 28 000 setahun.


Pendapatan Perkapita itu apa Wak? Emboh, aku tak tau apa itu pendapatan perkapita...!


Pendapatan perkapita ialah pendapatan secara keseluruhannya bagi rakyat sesebuah negara. Pendapatan purata atau pendapatan rata-rata. Katakanlah pendapatan sesebuah felda itu antara RM 5000 hingga RM 10 000 maka, pendapatan perkapitanya dalam lingkungan itu.


Semakin tinggi pendapatan perkapita sesebuah negara, maka semakin makmurlah akan negara itu.


Jika pendapatan kalian kurang dari RM 28 000 setahun, itu menunjukkan anda telah menjadi golongan yang patut dibantu dengan segera. Kerana pendapatan peniaga haram dari negara asing di pasar-pasar malam pun telah melebihi jumlah pendapatan kaki tangan kerajaan.


Oleh itu, pendapatan kita mesti melebihi RM 2333 sebulan, barulah secocok dengan kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop itu tadi. Jika kurang, anda kena buat sesuatu nampaknya.

Kesimpulannya:

"Pendapatan perkapita adalah pendapatan yang diterima secara purata oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara." 

 

12 ulasan:

che mid berkata...

'semakin tinggi pendapatan perkapita sesebuah negara itu, semakin makmur negara itu'.. emm..nak pikir jap...

yang pasti semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi perbelanjaan termasuk cukai yang ntah apa-apa..

Mat Som berkata...

Che Mid

Saya bayangkan begini....

Zimbakwe ialah contoh negara yg mempunyai pendapatan perkapita yg terendah, bagaimanakah rakyatnya?

Brunei, Qatar antara yang tertinggi, bagaimanakah keadaan rakyat dan negaranya?

cinnamon.com berkata...

komen saya pulak,Besar periuk,besar pula keraknya.

Bukan senanag nak senang.Thomas Alva Edison telah mencuba ratusan kali sebelum berjaya mencipta mentol pertama di dunia.Jika dia berhenti di tgh jalan,mungkin kita semua masih mengunakan lampu pelita di rumah..

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi kat luar tu yang kurang dari 2.4k/month... pendapatan per kapita meningkat seciput tapi dengan keadaan harga barang keperluan yang turut meningkat berkali2 ganda ternyata kita masih ditakuk lama...

mkf

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kalau gaji naik 100%...harga baraNg naik 300%...apa ertinya...

Yatie Awang berkata...

adoii..yatie kalau masalah begini tak tahu nak cakap apa

ciK LyndaWawa berkata...

saya tak retila nak buat bajet2 ni.....

Mat Som berkata...

WKL
Memang sungguh terasa dgn kenaikan harga barang
Kira semua baranglah
Contoh SUSU ANAK...HARGANYA semakin membebankan.
Yg siksanya harga ikan juga sudah tidak logik.

Mat Som berkata...

Yatie
Mungkin ada buat bisnes MAIL ORDER kut?

Mat Som berkata...

Lynda
Tak apa
Yg penting buat tabungan 10% daripada gaji, insya Allah dlm jangka masa panjang, kewangan akan stabil.

Mat Som berkata...

MKF
kENAIKAN HARGA BARANG sekarang disebabkan golongan kapitalis tamak dan ingin mengaut keuntungan semahu-mahunya.
Malah terbaru Sistem Perbankan Islam di Malaysia juga menindas peminjam sehinggakan Persatuan Pengguna Islam bersuara semalam.

Cinnamon
Kalau Edison gagal, mungkin saintis2 alaf baru menghasilkan lampu versi yang lain.

Tanpa Nama berkata...

mereka tu suma kapitalis yang berselindung dengan nama islam... hahhaha...

mkf