Isnin, 12 Mac 2012

BARONGAN PT BARU, SERI MEDAN

Miss Mirror, entri ini belum lengkap, ha sekarang aku bagi maklumat. Semalam Ahad aku ada ke beberapa jemputan kahwin. Video yang pertama ni ialah di rumah Lek Kamirin Pt Jayus, rumahnya berhampiran rumah Lek Jamal. Sawah dia dulu bersebelahan dengan sawah kita. Masa tu kau kecik lagi, tentu tak ingat. 
video
Isteri aku melayan Alif Iskandar
video
Video Barongan ini pula adalah di rumah Lek Saripah. Kan nampak tu gerai Yati. Pengantin lelaki tu Samsuri. Inilah anak bongsu Lek Saripah.

Untuk rakan-rakan dari negeri lain, Barongan ini beberapa tahun lepas jadi kontreversi di Indonesia kerana kita didakwa merampok budaya mereka. Hal ini berpanjangan dalam komen-komen mereka di Youtube, blog dan sebagainya.

Memang sebahagian besar, penduduk kampung ini, ayah dan datuk mereka dari Jawa. Tentulah mereka membawa bersama budaya itu di sini, dan diperturunkan pula kepada anak-anak. Pakaian dan topeng-topeng itu pun diimport dari Indonesia. Dalam video ini pelaku-pelaku Barongan ini merupakan generasi muda. 

Barongan ini pada saya lebih kepada watak badut kalau zaman sekarang ni. Mereka memeriahkan majlis-majlis sedia ada, khasnya majlis perkahwinan. Mereka juga dijemput dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, khasnya di Batu Pahat.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Puas aku belek2... kat rumah sapa la ni?

ciK LyndaWawa berkata...

er..camtu ye....

cinnamon.com berkata...

barongan..sembarangan aje.

budaya orang apa ya..

Tanpa Nama berkata...

kesian tuan rumah sedia kerusi cantik2 habis kena kuah....mcm b dpt b

MaryaYusof berkata...

As salam Mat Som,

Barongan ni budaya jawa kan... Biasalah org Indo ni mmg kuat jeles sikit...especially dgn Malaysia... Kdg kala org kite pun suka menghina dorang ni, mentang2 ramai org maid indonesia di Malaysia... Smp terlupa kebanyakan dr kita asal-usul juga dr seberang :)

MaryaYusof berkata...

Alif Iskandar sedap makan cendol ye :) Nyum nyum...

Mat Som berkata...

Lynda
Cam tu lah

Cinnamon
Barongan ini warisan Jowo

Tanpa NAMA
Ala sikit sangat tu

Puan Marya
Oh dari Lima Peru menjengok saya
Tkasihhhhhhhhh

Di PERU ada CENDOL jugak ye?

Mat Som berkata...

Pn Marya,

Kita jangan menghina sesama manusia
Orang paling pantang kalau dihina.
Jadi hentikan hina-hinaan.

Dirang yg dibunuh baru2 ni dikatakan kerana neneknya pernah menghina suspek.
Walau sejahat manapun mereka, hati-hati terhadap kata-kata yg kita lemparkan kepada orang lain, kerana ditakuti kelak akan membawa bencana kpd kita.