MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 7 Mac 2012

BUKA SAJA INTERNET, KAU TENGOK APA?

Pertama: Aku buka blog aku sendiri. Kalau ada orang komen aku jawab. Kadang-kadang aku tak tau jawab apa, aku baca.
Kemudian, aku tengok blog kawan-kawan. Kadang-kadang aku komen. Kadang-kadang jadi silent readers sahaja. Lagi-lagi kalau otak tengah tepu.
Lepas tu aku buka Facebook aku. Kalau ada orang add, aku terima. Dulu aku rajin add orang. Sejak orang tanya "Awak siapa? Di mana saya jumpa awak?" Terus aku takut nak add orang.


Tiga Wanita Tersohor di Malaysia. Mereka antara yang insan yg sentiasa bersopan-santun di tanah air kita ini-Kredit untuk Facebook Wardina Saffiyah

Kemudian aku tentulah baca semua status orang. Macam-macam status ada. Ada yang aku jawab. Ada yang aku Like.
Status di wall Facebook tu sebenarnya menggambarkan peribadi kita. Semalam aku terbaca status seorang gadis, ada ke patut tulis babi, sial bla, bla...aku rasa nak ceramah saja kat dia. Kalau jadi isteri besok, panaslah telinga suami dia kena sumpah-seranah.
Sebenarnya apabila dia buat macam tu, secara tidak langsung dia telah menjatuhkan martabat dirinya sendiri. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan.  
Dah habis berfacebook, aku pun tengok surat khabar Online. Kosmonya, Berita Hariannya, Sinar Harian. Malaysiakini sekali-sekala aku jenguk, tetapi apabila baca komen orang ramai di situ, aku rasa macam sakit kepala. 
Kemudian aku menyeberang ke Indonesia, negara arwah ayahku, Detik, Kompas. Lepas tu dah tak tau nak buat apa, last sekali tengok harga emas.
Dah.....aku pun tutup internet, buka radio, tidur.....
Banyak-banyak yang aku baca dalam Facebook semalam yang mengesankan aku ialah status Prof Dr Muhaya, elok aku kongsikan kepada kalian.....


"Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship"


Entri ini dikarang pada jam 2.45 pagi 7 Mac 2012



8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memang amat dikesali jika ada gadis2 menuturkan kata2 seumpama itu... Hilang terus cun mereka.

Yatie Awang berkata...

lebih kurang samalah cara kita..hehehe

yatie kalau tengok status yg agak kepelikkan, sakit hati, kita pulak rasa malu...itulah kalau salah guna kemajuan yg ada susah jugak kan

~ Mummy Gee ~ berkata...

1. Layan FB sambil kutip buah kat ladang, perah susu lembu dan yg sewaktu dengannya
2. Cek & reply email office
3. Cek & reply email personal (gmail)
4. Tengok blog sendiri
5. Tengok blog kawan2
6. Baca malaysiakini.com
7. Baca tukartiub.blogspot.com
8. Baca bloglistpolitik.blogspot.com
9. Surf blog masak2
10. Layan drama lama2 yang x-boyfriend saya berlakon...siapa laga Aaron Aziz la..kui kui kui

AZANI berkata...

cikgu
FB ni mau tak mau kena jenguk juga....

Mat Som berkata...

Setiap tutur kata dan perbuatan kita akan dinilai oleh orang sekeliling kita MM.

Mat Som berkata...

Yatie Awang

Kalau boleh kita tak baca langsung
Tapi kadang2 terlebih kerja
Baca semua

Mat Som berkata...

Mummy Gee

Sinopsis drp komen Puan ialah
Puan seorg yg peka terhadap politik dan seorg ibu yg sgt suka memasak

Emel? Saya agak jarang2 buka sejak dipenuhi emel2 spam dari Negro Nigeria

Mat Som berkata...

Azani

Betul kata Tuan itu
Walaupun kita kata

Aku Tidak Akan Berfacebook Lagi