Selasa, 20 Mac 2012

CARILAH SITI NUR FATIHAH

Gambar Kredit : Fan Geng Blogger

Baru saja kita dikejutkan dengan kisah adik Dirang, berlaku lagi kes culik adik Siti Nur Fatihah 15 tahun di Kuantan ini. Ya Allah, mengapakah begitu banyak kes culik sekarang ini? Dan ada beberapa kes culik yang tidak dilaporkan secara besar-besaran seperti ini, kerana kita selalu terjumpa poster-poster akan kehilangan budak di dinding-dinding premis perniagaan?

Oleh itu, setiap ibu bapa mesti mengawasi anak mereka seketat-ketat yang boleh. Berada di dalam rumah adalah lebih selamat. Jika tidak ada apa-apa yang penting, tak perlulah keluar.

Ingat, perangkap tidak pernah melupakan pelanduk. Hari ini juga seorang lagi mangsa culik diselamatkan oleh polis Thailand. Sampai begitu jauh mereka ini dilarikan. Gadis berumur 14 tahun itu berkata, dia diculik bersama beberapa warga Myanmar. Untuk apa mereka dilarikan ke Thailand? Anda fikirlah...

UPDATE 21 MAC
Alhamdulillah budak pembohong ni selamat, sila rujuk di sini:
DI SINI

5 ulasan:

Kak Kay berkata...

takut lak rasanya , asik kes culik je, pas tu bunuh, tak kira budak ke remaja ke... Ya Allah apa dah jadi manusia sekarang ni tak de peri kemanusiaan langsung...

suebee berkata...

Bila baca benda2 camni,sya dah jadi fobia..pantang sekali anak terlepas dari pandangan..lebih lagi bila anak masuk pagar sekolah.kalau boleh sepanjang hari tunggu diluar pagar sekolah..baru hati akan rasa tenang.

Tanpa Nama berkata...

jadu budak2 sekarang nie xdapat la nak main2 kat luar rumah cam zaman aku dulu... main polis sentri perang2 kat kebun... sekarang main game dlm umah je la... dan bakal lebih dikongkong mase hadapan...

mkf

Yatie Awang berkata...

itulah kadang2 kita duduk dalam ketakutan..

kenapa harus ada manusia yang jahat begini

Ungu Violet berkata...

macam2 jenayah skang nih...
boleh amalkn baca ayat kursi...semoga dilindungi Allah selalu...:)