Khamis, 8 Mac 2012

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Ihsan Google Blog Bintang

Hari ini Hari Wanita Sedunia. Selamat hari wanita untuk semua wanita yang singgah di sini.


Sempena hari yang gemilang ini, aku teringat seorang wanita, namanya aku tak tahu.


Ketika menunggu bertemu Dr Ahmadol di kliniknya Klinik Tawakkal, aku lihat di sebelahku seorang wanita yang masih muda, tetapi anaknya dah lapan orang.


Aku berbual-bual dengannya tentang kisah anak-anaknya yang berderet tu. Rasanya setiap setahun melahirkan seorang anak.


Pada hujung perbualan, dia bercerita, oleh sebab suaminya hanya bekerja sebagai buruh dan gaji tidak seberapa, mereka hanya mampu memberi susu pekat sahaja kepada anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Jarang sekali mereka dapat membeli susu tepung. Namun dia redha, dan tak pernah menyalahkan kesempitan itu.


Itu kisah wanita yang hidup serba kekurangan, namun dia bahagia bersama suami dan keluarganya.


Satu hari lain, dalam perjalanan pulang, aku terpandang seorang penunggang motosikal termasuk ke dalam parit. Aku dan beberapa pemandu yang ternampak terus berhenti dan menyelamatkan wanita itu.


Dia bercerita, siang dia bekerja di pekan sebagai pembantu kedai, malam pula bekerja kilang. Semuanya kerana nak membesarkan tiga orang anaknya. Suaminya telah meninggal dunia. Akibat kepenatan yang teramat sangat, dia telah terlelap ketika menunggang motosikalnya itu, dan terjunam ke dalam parit itu.


Kedua-dua kisah benar ini aku ceritakan supaya anda sebagai wanita harus bersyukur yang amat sangat, kerana semua yang anda ingini telah anda miliki.


Akhir kata, SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA.

3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Adakala kita mmg sedih melihat nasib insan2 sebegini tapi siapa tahu mungkin mereka hanya susah di dunia... tapi jutawan pula di akhirat. Itulah yg dikatakan.. "the power of miskin".. asalkan mereka tahu bagaimana utk menjadikan kemiskinan yg ditakdirkan itu sbg satu bentuk dugaan yg membuahkan pahala "sabar" (yg amat besar nilainya di akhirat nt).

Mat Som berkata...

Amat benarlah apa yg MM katakan itu.
Semoga kehidupan mereka bertambah baik

ketikketok berkata...

Wanita..gigihnya membesar anak2 tak sama dgn lelaki eih..untuk itu eloklah di bawa mereka ke Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata