Jumaat, 30 Mac 2012

BANYAK DUDUK MATI AWAL

Setiap kali aku ke pejabat Pos, aku mesti melihat kerani pos yang jarang senyum itu. Bayangkan dari pagi sampai petang dia duduk di kerusi itu melayan orang dengan pelbagai ragam. Kalau diberi pilihan, lebih baik aku jual jagung rebus di pasar malam daripada kerja di situ.


Yang ingin aku perkatakan di sini bukan tentang kerja dia tetapi aku tertanya-tanya adakah dia termasuk golongan yang berisiko mati awal kerena faktor-faktor kesihatan?


Dalam jurnal Archives of Internal edisi 26, pengkaji dari Australia, mengkhabarkan kepada kita berita serius kepada golongan yang kurang aktif. Kajian lebih kepada 222 000 orang yang berumur 45 tahun ke atas. Hasil kajian merumuskan, risiko kematian lebih tinggi kepada para pekerja pejabat yang duduk selama 11 jam sehari. Risiko ini 15% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang duduk kurang dari 4 jam sehari.


Mati awal kerana apa? Macam-macamlah implikasi daripada kurang aktif tadi, antaranya mungkin penumpukan plak dalam salur darah di samping racun-racun dalam badan telah berlapis-lapis macam kuih lapis! 


Justeru itu, kepada kawan-kawan yang kerja di ofis, yang duduk melebihi 11 jam sila ambil perhatian, balik rumah je sila buat senaman agar terhindar daripada mati lebih awal. Baru sebentar tadi, aku nampak ramai dah orang Parit Sulong yang membeli basikal lumba macam-macam jenama. Cuma keselamatan semasa aktiviti itu kenalah dipastikan selamat.


Saban pagi ketika aku pergi kerja, aku akan terlihat seorang jiranku Nyonya Lee Peng berjoging. Walaupun usianya sudah 65 tahun, namun dia kelihatan sihat dan ceria. Lalu aku tertanya-tanya, manalah makcik-makcik kita ni, mereka tak pernah keluar peluh? Ramai dah yang terbaring di katil hospital kerana pelbagai penyakit walaupun mereka tidak pernah merokok dalam hidup mereka. 

7 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mujur aku jenis org tak senang duduk. Wahahaha...

Aku rasa kerani bank yg aku jumpa itu ari pun umur tak berapa nak pjg la... sbb dia susah nak senyum.

che mid berkata...

che mid pulak dlm kategori tak senang duduk.. he he

MaryaYusof berkata...

As salam Mat Som,

Baru berpeluang jenguk ke sini, jgn merajuk ye...hikhikhik... Toksah pgl saya 'puan', pgl sj Marya key ;)

Bila baca ni terus rs nak keluar park jln2... Penat dah dok tperap kat umah, tp kami rajin juga berjln kaki sekiranya nak ke mana2... takut pendek umur...hehee

Makcik2 kite tu maybe lebih suka berkebun di rumah serta menyental bilik air utk menghilangkan peluh serta bergossip sambil senyum2 di serambi rumah...hahahaha gurau je tau! (,")v

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

makcik2 tu mungkin tak pernah merokok tapi jadik tukang sedut asap rokok / dikelilingi asap rokok ....huhuhuhu

cinnamon.com berkata...

saya tak boleh buat kerja duduk2,lambat.saya suka buat kerja sambil berdiri,buat karipap pun berdiri,semua berdiri..kesana ke mari.

dekat2 rumah saya ada nyonya dgn suaminya,setiap pagi buat tai chi,,perlahan aje geraknya..mmg cantik lah.

tq for the info...interesting sgt.

Tanpa Nama berkata...

xpayah duduk la camtu... kalo nak rehat pon terus baring je....
hahahhaaa.....


mkf

Mat Som berkata...

M MIRROR
Harap amalkan doa panjang umur

Che Mid
Memang nampak macam tak pernah duduk diam, bagus...bagus....

Marya
Oh..kalau panggil Pn Marya nampak protokol ek? ok mulai hari ni saya panggil Marya.

SZ
Ramai juga yg suami tak merokok, isteri tetap jadi penghuni hospital

Cinnamon
Lagi tak boleh diam, kalau dah hari-hari menerima tempahan kek mana ada masa duduk dia ya...!

MKF
Kalau baring masa kerja tentulah kena pecat, hutang dah banyak siapa yang nak bayar...?