MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 6 Mac 2012

TERLUPA TIGA HAL PENTING


Kereta ini sebijik macam kereta aku yang pertama dulu - Toyota Celica ST


Hari Sabtu 2 Mac, sebelum melelapkan mata, aku teringat sesuatu. Road Tax aku ni 21 Mac expired agaknya? Aku pun buka pintu, dan melihat benda merah itu, dan alangkah terkejutnya rupa-rupanya Road Tax tu tamat 1 Mac! Ini juga bermakna Insurans kereta itu telah tamat tempoh.


Kereta satu lagi tu aku tak boleh kacau. Tu untuk isteri aku hantar ambik anak sekolah.


Ada satu lagi, aku pun memeriksa Lesen Memandu. Alamak! Tamat 2 Mac! Kenapa teruk sangat aku ni? Dah 22 tahun jadi pemandu, inilah pertama kali aku menjadi Melayu yang paling pelupa.


Ini semua gara-gara tak tulis semuanya dalam diari atau kalendar penting aku.


Lalu dua hari ni, aku jadi pemandu yang takut bayang-bayang sendiri. Aku melalui jalan-jalan pintas, jalan kebun. 


Aku pun baca banyak-banyak surah Yasin ayat 9, supaya mereka tak nampak aku...Maklumlah JPJ Muar tu dengar khabarnya telah mengganas di kawasan aku ni sampai masuk ke Kangkar Senangar. JPJ juga mengejar orang sampai masuk ke kampung di Seri Medan yang dalam-dalam ni. Hebat betullah dia orang ni bekerja. Ada yang kejar sampai masuk ke kebun sawit.


Dan kini, road tax dan insurans aku dah siap melalui kiriman kepada agen. 


Tinggal lesen memandu ni, semalam aku setengah jam menunggu di pejabat Pos Parit Sulong. Sampai giliran aku, kerani pos tu letakkan kenyataan, Lesen Memandu Telah Kehabisan.....Aku belum sempat nak buka mulut...aduiiiii!! Grrr! 

Tiada ulasan: