Ahad, 1 April 2012

ISTERI DUDUK DI BELAKANG?

Aku ni dah kurang tulis blog bukan apa....fasal ada beberapa orang pembaca senyap yang aku tak sangka-sangka telah membaca entri-entri blog aku. Jadi aku kenalah tulis lebih berkualiti, tapi selalunya ketandusan idea. Untuk aku bebas menulis apa yang aku nak tulis, aku tulis dalam blog lain yang dirahsiakan....huhuhu....!


Malam ni aku nak tulis sesuatu. Adalah kawan aku sorang tu (harap-harap dia buta IT), setiap kali aku jumpa dia (10 kali dah aku nampak macam tu), di dalam keretanya itu, kerusi di sebelahnya kosong. Rupa-rupanya isteri dan anaknya yang masih seorang lagi itu, duduk di kerusi belakang.


Pada setengah orang, mungkin itu tidak ganjil. Tapi kepada aku, macam ada yang tak kena. Lepas tu setiap kali aku terjumpa mereka, isterinya tidak berkata walau sepatah pun, senyum pun tidak, pada hal aku kerap juga bertandang ke rumahnya. Anaknya juga tidak mengedik-gedik macam anak aku ni, diam saja. Apalah yang kawan aku tu dah setkan kepada anak isterinya itu?


Terpulanglah kepada kalian, sesekali tak apalah isteri nak duduk belakang, kalau terus jadi rutin, bagi aku itu petanda komunikasi yang sangat tidak sihat. Takkan nak bincang-bincang asyik nak menoleh ke belakang? Entahlah, pening kepala aku. Banyak orang banyaklah ragamnya.

7 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku pun dulu time anak2 kecik, IRP suruh duduk belakang jaga si Ain yg suka memanjat... sbb pernah sekali dia main payung sampai tgnnya berdarah, kdg main2 tingkap keta sampai tersepit jari... :D

p/s : Psstt...Sapa silent reader yg diam2 telah membaca blog ko tu?

Mat Som berkata...

Oh macam tu rupa2nya,

Mama Janet berkata...

biasanya para suami rasa tak selesa bila isteri duduk dibelakang dgn membiarkan set di depan kosong.siap sound lg "ingat supir ke"

Mat Som berkata...

Rasa macam isteri tak sayang gitu

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kerusi depan keta aku akan diduduki oleh anak aku. Bini terpaksa duduk belakang. Kalau bini drive pun kekadang kena duduk belakang gak. Anak monyok kalau duduk kat belakang. Pandangan tak luas.

Mat Som berkata...

Bolehlah anak itu dipangku En Bahreyn?

Tak apa, asal yg memandu itu redho.

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya tetap akan duduk di depan, kalau anak2 sibuk nak duduk depan pun bila daddy dia orang kata duduk belakang terus dia org duduk belakang