Rabu, 25 April 2012

NAK INTERVIEW AKU?

Petang tadi menghantar produk Bio Asli ke Pt Maimon. Aku cuma berhenti lima minit untuk menyerahkan produk kepada pengedar di situ. Selepas itu aku berpatah balik ke Pt Sulong. Di tengah jalan dekat Pt Othman, telah ramai orang menyaksikan satu kemalangan yang mengerikan. Rasanya baru tak sampai 10 minit aku lalu tempat ini, tidak ada apa-apa.


Aku lihat sebuah motosikal telah terperosok ke bahagian hadapan sebuah kereta yang melintang di tengah jalan. Hendak kukeluarkan kamera pun tidak tergamak, kerana kelihatan sekujur tubuh yang kaku, dan seorang lagi sedang mengerang kesakitan. Kerana telah ramai orang membantu kedua-dua mangsa tersebut, aku pun meninggalkan kawasan itu.....semoga kalian bersabar atas kejadian itu (entah siapalah mereka aku tidak tahu).


Akhirnya dapat juga gambar tersebut, tetapi bukan aku yang ambil, Sdra Muhamad Salleh kawan FB. Masa dia ambil gambar ni, mangsa sudah dihantar ke hospital 

........Semalam petang, sedang aku memandu ke Kangkar Senangar, aku dihubungi oleh suara seseorang. Dia dan kawan-kawannya ingin interview aku fasal JAMBATAN PARIT SULONG. Mereka memperkenalkan diri sebagai pelajar-pelajar UKM. Alamak....aku masukkan gambar-gambar tersebut hanyalah untuk suka-suka. Dan nombor handphone yang aku paparkan di sini pun untuk tujuan bisnes sahaja.


.......Macam nilah cik-cik adik yang call aku tu, malam ni aku usahakan cari insan-insan yang lebih arif tentang sejarah Jambatan Pt Sulong tu....Harap-harap bukanlah orang nak menyakat aku sudahlah.....  

3 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,
ingatkan wartawan nak interview cikgu ttg kejadian kemalangan tu ... rupanya pasal lain ...
zaman sekarang mmg guna IT sajalah nak dapatkan maklumat dengan pantas... cuma nak kena check balik kesahihan maklumat ... almaklum di internet semua orang boleh bercerita macam2 versi ...

Mat Som berkata...

SZ
Oh pelajar2 universiti ni tgh mengkaji asal usul dan sejarah Jambatan Parit Sulong (yang telah dirobohkan DULU). Jadi mereka nak dengar sendiri penjelasan penduduk jati Pt Sulong. Saya ni pendatang, tak layak utk bercerita tentang jambatan itu.

Mat Som berkata...

sz

Tentang kemalangan itu, ya seorang telah meninggal iaitu seorang lelaki Wak ....... kerana melanggar kereta yang menyeberang jalan dgn tiba2.