Jumaat, 13 April 2012

OH SAHABAT....

FOTO CREDIT UTK AZHAM/FARIZA


Malam tadi aku memang penat sangat, dengan cuaca panas pada waktu siangnya dan aktiviti kehidupan yang tiada henti pada sepanjang minggu ini, aku terlelap jam 9.00 malam.


Sedang aku nyenyak tidur, handphoneku menjerit-jerit seperti bayi minta disusukan. Ah...kacau saja. Aku ingatkan dah pukul 2.00 pagi. Rupa-rupanya baru jam 10.00 malam. Anak-anak aku pula sedang menelaah buku dengan isteriku.


"Som, tolong aku....aku tengah sesak ni...." 


Aku masih kemamau dan baru nak mengingatkan kembali memoriku....


"Oh...kau.....tolong apa....?"


"Aku nak pinjam RM 200 ni....aku nak pinjam adik-beradik kau tau ajelah, nanti mereka ceramahkan aku..."


"Ok setengah jam lagi, kau tunggu aku dekat warung sebelah CIMB tu...ok"


"Ok...ok......"


Aku tak risaukan dia, sebab apabila dia meminjam dia akan bayar dalam waktu yang dijanjikan. Cuma aku tertanya-tanya, kenapakah duit mereka tidak cukup sedangkan isterinya juga seorang penjawat awam...? Entahlah. Masalah orang....yang penting, aku dah tolong dia.....

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mungkin anaknya ramai kot?

mamawana berkata...

Manusia sentiasa tidak mencukupi uwang... namun bantulah seikhlas hati..

cinnamon.com berkata...

beruntung dapat tolong orang..Allah hantar dia minta bantuan dari kamu.

bukan senang2 nak dapat tau.

orang yg terpilih aje.namun kita mencari org bermasaalah jauh sekali.

Tanpa Nama berkata...

1.Perkara yang dah lumrah pada zaman sekarang!BERHUTANG!!paling senang hutang dengan gunakan kad kredit!!atau lebih senang hutang dengan kawan-kawan yang baik hati macam mat som!
2.Tapi hairan la jugak!selalu dok tenguk orang-orang tu la jugak yang selalu berhutang sana-sini tiap-tiap bulan!!muka yang sama jugak!!
3.Beri hutang pada yang memerlukan adalah kewajipan bagi setiap orang islam!!tapi kadang-kadang terfikir jugak!!orang yang beri hutang pakai kereta biasa je!rumah biasa je!!orang yang diberi hutang rumah 200K!kereta dua tiga biji!!kadang-kadang tak logik akai la pulak!!
4.Sudah sampai masanya orang yang selalu berhutang tu bermuhasabah diri!!berkat ke tidak berkat pendapatan yang diterima!!asyik tak cukup duit jee!!samapai tangan yang memberi pun dok pikiaq jugak walaupun ada ikhlasan dalam memberi hutang!!
5.kerana hutang!!kadang-kadang hilang kawan!!!

Marya Yusof berkata...

As salam Mat Som,

Hola!

Baru sempat berkunjung ke sini...

Ada betulnye juga kata2 Tanpa Nama tu... Penjawat awam mmg selalu ada masalah hutang... atau dlm bahasa lawnya "Keberhutangan yg serius"... Pyh juga mcm ni... Byk2 berdoa semoga kite jauhkan kesempitan berhutang...

Untung berkwn dgn matsom ni murah hati kasi pinjam duit... jgn selalu sgt nnt memakan diri..hik3 ;)

Mat Som berkata...

MM
Ramai lagi anak aku

Mat Som berkata...

Mamawana
Insya Allah saya membantunya dgn ikhlas.

Mat Som berkata...

Cinnamon
Tkasih atas ingatan anda
Saya bersyukur kerana menjdi insan terpilih bagi membantu kesulitannya

Sesiapa yg membantu saudaranya yg dalam kesulitan, akan mendapat ganjaran di sisi Allah bukan, dgn syarat membantunya dgn penuh ikhlas.

Mat Som berkata...

Tanpa Nama

Hidup ini umpama roda
Dalam satu-satu saat mungkin mereka tersilap langkah

Semoga kita semua mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Mat Som berkata...

Marya

Waalaikumusalam...
Hola......!

Ya benar, nak memberi pinjam pun kena pilih org

Iaitu yang benar-benar memerlukan duit
Bukan mereka yang meminjam dgn niat tak akan membayarnya