PELUANG BISNES M.L.M TERKINI

Ahad, 8 April 2012

PANTUN PERTUNANGAN DAN PEMINANGAN

video
Rakaman aku berpantun gagal diupload, ada kesilapan teknik
video
Tahniah Ham, Tahniah Fariza, Tahniah Kak Long
Tempat pertemuan di pekarangan Mesjid Al Azim

Kami datang dari Batu Pahat
Orang Melaka Sungguh Budiman
Kami datang membawa hajat
Ingin Menyunting Bunga di taman


(Jika bukan orang Batu Pahat)
Petang petang di Tanjung Surat
Sungguh hening di Pulau Tioman
Kami datang membawa hajat
Ingin menyunting bunga di taman


(Jika guna sireh junjung)
Bunga Melur Bunga Tanjung
Bunga mawar dibawa ke pekan
Cincin sebentuk sireh junjung
Kepada Tuan kami serahkan


(Jika guna Tepak Sireh pula...)
Bunga melur putih bersih
Bunga mawar dibawa ke pekan
Cincin sebentuk tepak sireh
Kepada Tuan kami serahkan


(Penutup pantun pihak lelaki)
Daun selasih daun keladi
Terima kasih sambutan diberi
Hati gembira tidak terperi
Semoga pertunangan diberkati Illahi


Ketika pantun ini diucapkan, kerana dah penat mengarang dan menggubah pantun yang ada, aku berpantun juga, malangnya orang Melaka tak nak berpantun pula..... hahahaha

Hari ni aku ditugaskan sebagai jurupeminangan untuk mewakili abang ipar aku bagi pertunangan anak lelakinya Mohd Azham Syah dengan Cik Fariza Mostar. Majlis pertunangan berlangsung di kediaman En Mostar di Bakar Batu Melaka.

Ahli rombongan lain berangkat pada Ahad 8 April. Aku tak nak berlumba-lumba dengan pelumba-pelumba  Formula 1 tersebut, jadi kami pergi awal tengah hari Sabtu 7 April. Tiba jam 1.30 petang. Mula-mula biasalah ronda-ronda Bandar Hilir dengan aneka kesibukannya.
Kami menginap di DVillage Resort sebelah Zoo Air Keroh tu. Sebab kat situ adalah swiming pool...bolehlah buat budak-budak suka. Malamnya kami ke Mydin tak jauh dari DVillage..hampir jam sebelas malam sampai Mydin dah nak tutup baru semua nak balik ke tempat menginap.
Oleh sebab takut sesat...awal-awal kami dah tunggu kat mesjid Al-Azim berhampiran Tesco Melaka ni...Pukul 11.00 sampai mesjid ni, mereka semua sampai dalam jam 12.45 tengah hari. Betul yang aku agak, mereka bawak kereta macam drift......Alhamdulillah semua selamat.
Jarang dapat bergambar lengkap...hari tu ramai jurukamera, tumpang le sekaki 

13 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Selamat bertunang Am. Tak jemput Cik pon...... :(

Mat Som berkata...

MM adik-beradik sebelah Kak Ipah cuma aku dgn Encik Baharuddin saja yg dijemput kerana utk meminimumkan tetamu, ramai2 nanti kesian tuan rumah. Adik beradik2 Hj Johari pula cuma Asmuni. Yang lain anak-anak Kak Ipah, tu pun Moslim tak dapat ikut, ok...yg penting majlis berjalan lancar, dan aku dapat pengalaman pertama, menjadi jurucakap/jururunding/jurupeminangan mewakili pihak lelaki.

Yatie Awang berkata...

wahhh..rombongan meminang..semoga ikatan ini berpanjangan Amin

~ Mummy Gee ~ berkata...

Wah cikgu sendondon in blue.... teruklah siapa yang kahwin dapat anak2 saudara saya sebab kami ni kalau menghantar meminang atau menghantar pengantin memang semua pergi, yang pergi pun adik beradik, anak2 buah dan cucu2 je tak de jemput orang luar pun....tu pun dah 50++ orang hahahah....tak sabar nak berombongan hantar pengantin ke selatan hujung tahun ni...

cinnamon.com berkata...

suka tgok pic yg last sekali..

nampak keluarga yg bahagia..


nak ikut semua ye.

cinnamon.com berkata...

suka tgok pic yg last sekali..

nampak keluarga yg bahagia..


nak ikut semua ye.

Mat Som berkata...

Amin Ya rabbal alamin Yatie

Mat Som berkata...

Mummy Gee,
Siapa tu nak bertunang?
Jangan abang Bahreyn udah le.

Mat Som berkata...

Cinnamon

Insya Allah kita semua dapat mewujudkan keluarga yang bahgia

Amin..............

Mohamad Azham Shah Bin Johari berkata...

terima kasih cik Mat Som kerana menjadi jururunding..

cik iton jangan lah sedih..nanti kenduri kahwin boleh la datang melaka..

Mat Som berkata...

yA hAM, CIK MM tu macam merajuk habis tu....ya nanti hari persandingan kita pergi 30 kereta, biar gempak rumah encik Mostar.

romeo berkata...

Salam. Izin untuk guna pantun Tuan sebab adik bertunang dengan orang Melaka. Terima kasih.

Mat Som berkata...

Silalah...itu jelah yg ada
...nak krg lagi
otak pun dah tepu