Isnin, 14 Mei 2012

PIKNIC DI DALAM KEBUN LAGI

video
Pagi Ahad, dimulai dengan gerimis. Kemudian hujan agak lebat mencurah-curah, membasahi bumi. Rezeki untuk segala tumbuh-tumbuhan, binatang dan dan serangga. Syukur kepada Allah yang terus menurunkan hujan di bumi bertuah ini.


Setiap kali cuti, aku akan mengajak dua anak lelaki aku ni ke kebun yang teletak 20 km daripada rumah kami. Fikiran jadi lapang melihat kehijauan pohon-pohon sepanjang perjalanan itu.


Kali ini basikal kecil itu aku masukkan ke dalam kereta, dan di lokasi yang sesuai aku lepaskan Irfan menikmati suasana desa.....Dua orang ni temankan aku kerana tiada orang langsung di kampung ini. Kalau pengsan siapa pulak nak tolong nanti. Kan kita pernah dengar ada orang mati mengejut di kebun kerana keletihan bekerja. Ada juga teman berbual dan mereka taklah asyik berperang dengan adik perempuan dan kakaknya di rumah. Kurang sikitlah tension emaknya tu.....heheheh
Oleh sebab cuaca lembab kesan hujan pagi tadi, kami masak guna lilin. Hahahahah!
Bab masak-masak ni yang budak-budak ni suka. Apa lagi masak mi segera. Kat rumah memang aku larang anak aku makan mi segera.


Jenuh juga masak guna lilin ni....lain kali aku nak bawa tong gas, habis cerita.

6 ulasan:

Boni JLL3 berkata...

terbaekk bro..fes time saya tgk orang masak pakai lilin ni..hehehe..yang penting, apa yang dimasak tu masak..yang lain tu tolak tepi..btul tak??

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

anak lanang mesti lasak!

Mat Som berkata...

Boni
Itu tak ada pilihan lain,

Elok guna cara lain, ASKAR biasa guna lilin khas, tapi susah nak dapatkan lilin macam tu kat sini.

Kalau cuaca panas tak ada masalah, kayu kering BANYAK,

Mat Som berkata...

bETUL, anak perempuan biar duduk rumah, tolong ibunya masak di dapur

cinnamon.com berkata...

ingat tadi nak amalkan ilmu kurafat,nampak pelik aje...hehe.

sakit perut anak2 nnti,boleh masak ke tu?

lain kali bawa kertas timah,balutkan dengan kertas hitam n jemur dkt matahari yg panas.pasti masak maggi tu.

lain kali cuba ye..nak buat biskut pun boleh tau.

Mat Som berkata...

Ok nanti ada masa saya cuba resepi daripada Chef Cinnamon tu.

Tapi pada hari itu, tak ada cahaya matahari tu.

Terkejut dgr perkataan khurafat tu...hahahahah! Dah fikir juga tadi, mesti ada yg keliru