Selasa, 29 Mei 2012

MASAK MI GORENG RIMBA

Semalam, kerabat-sahabat kami mengajak kami jalan-jalan sempena cuti ni. Sahabat aku Cikgu Rahmat beria-ia mengajak aku bercuti di Pantai Puteri Melaka. Seorang lagi, abang ipar ajak kami mandi-manda di Tangkak sambil nak hantar anaknya ke Matrikulasi semalam. Seorang lagi ajak bermandi-manda di Air Terjun Bantang. Oh...bukan aku menolak atau tak nak join dengan kalian. Anak aku dua orang tu, Ili dan Irfan ada kelas tambahan penuh masa cuti ni.

Jadi, pagi tadi aku ajak anak aku dua orang lagi ni berkelah di......mana lagi, kebun kamilah. Syarat pertama mesti masak-masak mi. Kali ni Mi Goreng Rimba. Jom tengok aktiviti kami.....! Tak nak tengok pun tak apa.

Duta produk Indomee
Pagi ni hujan lagi, kayu-kayu jadi basah, aku guna daun sagu. Nampak oklah.....menyala sampai masak. Tu pun anak aku tertanya-tanya pokok sagu tu apa?
 Aku dah cakap makan mi segera ni tak boleh selalu, nanti rambut luruh dan otak jadi mereng. Tapi sebab sekali-sekala tak apalah kut.
 Okeyyyyy dah siap...jom makan. Ni pondok aku buat dengan kos yang paling murah. Tak sampai RM 100. Kayu tu aku potong-potong dari kebun aku nilah. Bayangkan dah 16 tahun kebun ni aku tinggalkan dan biarkan, sampai tumbuh pokok-pokok kayu sebesar tiang telefon.! Kalau aku bela kebun ni, dah lama aku pakai Camry.....huahuahua....!
 Dua hari lepas, aku SMS Kak Long aku, "Kak, dijemput ke istana aku, dah siap ni, ada masa singgahlah".....hahahaha...dia betul-betul datang menjenguk aku.....malu je. Kak Longlah yang paling banyak bagi motivasi supaya aku membersihkan kebun ni. Jalan ni pun masih baru lagi aku buat hari tu.
Arina main game. Pertama kali aku ajak dia ke sini. Mungkin dia sedang membayangkan macam tidur di
tepi pantai.

13 ulasan:

Unknown berkata...

kali ni pakai kayu api? dah tak pakai lilin lagi?hehehe

pergh, mesti bestkan ada pondok macam tu untuk bersantai dan berehat..

Kayu Manis berkata...

mmg best..kan
gambar2 pun cantik.ingat masak di kmpg dulu2.namapk sedap mee tu.

anak buah saya pun smlm daftar masuk matrik di tangkak juga.
sama lah tu.aina nabilah namanya.

che mid berkata...

Syoklah baca entri ni.. lain dr yang lain.. berkelah di kebun.. best tu.. teringat dulu-dulu, main masak-masak dalam kebun belakang rumah, pas tu api merebak kena marah dgn mak.. ha ha

Mama Miraki berkata...

Laaa bestnya. Teringat zaman2 kecik2 dulu akt kg..iku mak n abah gi kebun cam anak2 MS ni ler..cuma dulu kami x de kreta..pegi naik basikal je...masak2 n bakar ubi kayu...huhuhu nostalgia sungguh

Mat Som Sadona berkata...

Boni
Oh , ingat lagi rupanya tentang lilin tu. Ia dah tak praktikal, lambat sangat nak masak.

Mat Som Sadona berkata...

Aina NABILAH AKAN BERJUMPA 3 anak sdra saya di situ, Rabiatul Adawiyah, Hafizah Baharuddin dan Erra Natasha.
Erra meolak utk masuk ke UPM, dan memilih Matrik Tangkak.

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid
Nampaknya ramai yg teringat kenangan lama bersama ayah masing2 di kebun.

Jika kebun tu tanah gambut, memanglah kena marah, kerana nak memadamnya kena berhari-hari dan boleh pengsan.

Mat Som Sadona berkata...

Mama Miraki
Kalau masa tu dah ada kereta, memanglah hebat sangat. Yg ada kereta Waksegan.

Kat manalah kebun arwah ayah Mama Miraki tu ya, agaknya kat Pt Hassan Ahmad, Pt Kelantanlah kut?

Tanpa Nama berkata...

1.Tempat kami bendang dan kebun getah jee!!kalau boleh tanam kelapa sawit macam kebun mat som dah lama pakai merc la!bukan camry!kalau ada kebun kelapa sawit macam mat som boleh ternak lembu atau kambing!!boleh minta peruntukan dari jabatan pertanian!!
2.tu la mat som!!asyik berangan nak pakai camry kot-kot HPA bagi hingga tinggaikan kebun kelapa sawit!!last kesali tokey MLM jugak yang pakai merc nooo!!
3.melawak je mat som noo!!!

RHI berkata...

wahhh..bestnya santai2 di kebun

paling menarik nama mi tu heee

Mat Som Sadona berkata...

Kata-katamu memang benar sdra.
TAPI, kerja kebun ni tak boleh guna tulang empat kerat, memang penat,
80% nak kena upahkan, bagi kerja kat org lain. Kita ni dah tua, tak boleh kerja berat2.
Balik kebun mesti lena, tak ingat apa noooo!

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Yatie.....mi segera ni sesuai utk mereka yg menggembara di hutan, gunung, berkhemah. Mudah, cuma 5 minit utk menyediakannya.

Tanpa Nama berkata...

berniaga mlm sampai tengah malam x kemana kebun juga yang berkat