Khamis, 17 Mei 2012

SEMAK KENAIKAN PANGKAT - 24 053 ORANG GURU



KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. 

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan. 

Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.


BHARIAN......Anda naik pangkat? Sila semak di SINI

4 ulasan:

Boni JLL3 berkata...

wah..tahniah kepada guru2 yang dinaikkan pangkat tu.

~ Mummy Gee ~ berkata...

jawatan yang paling gomen 'jaga', tiap tahun mesti ada kenaikan or pembaharuan pada gaji or elaun cikgu2. Rezeki cikgu2 la. Nak suruh anak2 jadi cikgu je la bil abesar nanti. Apa2 pun tahniah la pada my big borther cikgu Wong Khoo Lai yang dengarnya dapat kenaikan dari DG44 ke DG48.... saya ni telefon DIGI pun x de...hehehe

Mat Som berkata...

Ya mereka, bukan saya Boni.
Tahniah kpd mereka
Tjawab yg ditanggung bukan kepalang,
memang mereka patut terima berita baik itu

Mat Som berkata...

Wong Khoo Lai akan dapat tunggakan
RM 12 000 .....Tahniah yg naik dari DG 44 KE DG 48 itu.

Saya pulak tahun depan DG 46...sempena umur saya 46 tahun hahahahah!