MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 10 Jun 2012

JUMPA DOMPET WANITA

Lebih kurang beginilah rupa dompet yang aku temui tadi
Imej pinjam dari web sepatuindo.com

Pagi aku ke kebun lagi, namun ada jemputan kahwin yang perlu aku hadiri di Yong Peng. Rumah Cikgu Janis, bekas guru Prinsip Akaun aku dulu.

Balik dari kebun, dan lepas Zuhur aku bersiap ke sana. Jalan raya sesak luar biasa, berekor-ekor...banyaknya kereta hari ni macam kat kota besar pulak.

Hari ni aku pergi seorang diri, sebab isteri aku banyak tempahan jahitan yang perlu disiapkan dengan segera.

Sampai di kawasan perumahan itu, aku lihat tetamu cikgu Janis terlalu ramai. Aku parking agak jauh. Aku pun turun kereta. Baru jalan beberapa tapak, aku terpandang sesuatu di tepi jalan taman itu. Eh?....dompet mahal ni.... Aku pun ambil dan letakkan di wiper kereta hitam itu. Orang lalu-lalang boleh tak nampak pulak. Besar juga dompet tu.

Aku pun berjalan lagi, hati jadi tak sedap. Bagaimana kalau ada orang nampak, dan ia dikebas oleh bukan pemiliknya? Atau mungkin bukan milik tuan punya kereta Honda itu? Barangkali orang lain? Aku pun tak tengok apa isi dompet itu, takut-takut masa buka dompet tu, aku disergah pemiliknya dan menuduh aku mencurinya? Kacau maacam ni...?

Aku berpatah balik, dan mengambil dompet itu lalu berjalan laju ke arah rumah tuan rumah. Aku nak segera jumpa DJ biar dia buat pengumuman. Tiba-tiba DJ itu menjerit...

"Selamat Datang Encik Mat Sommmmmmm!!!! Ni kawan lama saya di sekolah menengah Seri Medan dulu....!!!"

"Kau Darus, kat sini pun ada....!" Kata aku. Dia buat aku sangat terkejut!

"Ni kan rumah Cikgu Kita, aku bagi murah-murah Mat Som" Bisik dia tanpa bercakap melalui mikrofon macam tadi.

Setelah aku menjelaskan tentang dompet itu,DJ Darus Buang pun membuat pengumuman.....Semua orang memandang ke arah Khemah DJ.

"Siapa yang bernama Puan ............Bt...... Alamat......Sarawak....datang sini, dompet ada ada di konti DJ....." Beberapa minit suasana sunyi...

Tiba-tiba datang terkocoh-kocoh seorang perempuan yang nampak orang berada....Namun dia tergamam dan lupa untuk mengucapkan terima kasih. Masa aku bukak di depan Darus itu, aku nampak ada duit dalam lingkungan RM 400- RM 500 berserta kad-kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan. Suaminya nampak macam ustaz-ustaz gitu, berkat banyak berdoa, dompetnya itu tidak lesap.

Aku cerita ni bukan nak tunjuk aku baik. Tak sama sekali. Mesej yang nak aku sampaikan ialah, sentiasalah jaga dompet dan barangan penting kita. Kalau dah hilang kan susah. Sebulan dua juga nak ganti itu dan ini. Yang paling bahaya kad pengenalan digunakan orang lain untuk tujuan jahat seperti yang terjadi kepada Pn Noor Lela, gara-gara kehilangan kad pengenalan 18 tahun dulu kerana diragut, kini beliau menanggung hutang RM 250 000. Kad pengenalannya telah digunakan oleh penjenayah itu.

8 ulasan:

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu,

Alhamdullillah nasib wanita tu baik krn yg menjumpai dompetnye juga org baik2 :)))

Kisah Loo Joo Yee tu semmgnya menarik perhatian, subhanALLAH, ALLAH memberi petunjuk pd mereka yg dikehendakiNYA... masih muda, cantik, kaya... tp itu tdk dijadikan alasan untuk mencari cahaya kebenaran :)))

cinnamon.com berkata...

alhamdulillah.

NoorGie berkata...

Eish,,bahaya jugak kan MSOM kalau jd macam ni, kesian saya baca kisah Puan Norlela tu...menanggung hutang n beban yg bukan sepatutnya

amn berkata...

salam cikgu
semoga lebih ramai lagi manusia yang berhati mulia seperti cikgu ini..sayapun pernah kehilaangan dompet, cepat cepat buat laporan polis m jpj, jpn, bank....

Mat Som berkata...

Marya,
kebanyakan kaum Cina masuk ke agama Islam di negara kita ni kerana hidayah Allah terus kpd mereka. Kita begitu kedekut dan tidak pernah bercita-cita menjadi pendakwah. Tabligh pun cuma mensasarkan kpd org Islam SAHAJA,

Sudah sampai masanya kita mengajak kawan2 kita itu kpd Islam agama yg benar dan tidak ada keraguan terhadapnya.

Mat Som berkata...

CINNAMON, BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Mat Som berkata...

nORGIE, MINTAK DIJAUHKAN ALLAH kita daripada menjadi mangsa spt Pn Noor Lela itu

Mat Som berkata...

amn,

Emak saya mengajar sejak kecil, jangan ambil hak orang,
Kita ambil duit orang 20 sen
Kita MUNGKIN akan kehilangan RM 20
Mungkin RM 200, dan mungkin kita dapat bala yg tak tertanggung oleh kita.

Itu cuma satu ujian utk kita.