MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 7 Julai 2012

ANDROID OH ANDROID, TABLET





Petang semalam pergi, pagi ni jam 10.00 pergi lagi ke ekspo IT di Square One, Karfour Batu Pahat ni. Tak jemu pusing-pusing sini. Kalau nak ikutkan kemampuan, nak beli semua yang ada kat situ, malangnya peruntukan terhad. Akhirnya aku beli juga yang termurah. Tablet android.....bolehlah aku tunjuk kawan-kawan kat bilik guru nanti. Tablet ni, ada hadiah keyboard, memori kad, cower tebal. Sekurang-kurangnya anak aku tak kacau aku lagi guna laptop tu. Biar mereka bertablet-tablet. Harga RM 220 tu lembab sikit. Yang berharga RM 320, HABIS STOK pula. Aku belilah yang laju sikit, harganya RM 365.00. Itupun Ustaz Sukran dah merayu-rayu dengan taukey En Valley, baru dapat harga tu. Dia pun beli satu. Ketika itu ada juga pembeli lain, mereka bayar RM 380 UNTUK TABLET YANG SAMA tu.

Petang ni juga kami nak ke Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Ada Hari Keluarga SK Seri Pasir di sana. Bolehlah aku dan Ustaz Sukran mempromosi tablet ni.....jumpa di sana malam ni, kami nak panggang kambing!

Orang Batu Pahat yang mengidam Ipad, Tablet, Netbook tu serbu segera Square One tu. Mereka promosi tiga hari saja, sampai Ahad esok sahaja!

8 ulasan:

Pida berkata...

Best la gajet ni. Saya pun nak beli satu khas untuk anak2 saya main game supaya mereka tak kacau note saya.

Tapi saya tak balik bp...

jenama apa yang cikgu beli tu ye?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Wooooooooooo!!!!.

Knor berkata...

wah..wah..wah..santai2 ye.

Boni JLL3 berkata...

da ada tablet ni senang nak update blog kan. sebab senang dibawa ke mana2... orang da tak bawak laptop ke mana2 da..

entah bila lah ada rezeki nak pakai tablet ni.hehehe

Mat Som berkata...

Pida ni duduk KL kan? Kat sana lagi lah murah....cuma tak perasanlah mungkin Pida sibuk tu.

Jenama apa...Jenama murah2...nama pun pelik.
Slavania gitulah lebih kurang hahahahah.....entah2 dicetak kat LOrong Hj Taib je.....

Mat Som berkata...

Miss Mirror, ni aku jawab komen ni
dr Htl Pantai Puteri, tengah test Tablet ni...leceh juga, kalau jari runcing tu senanglah, kan kau tau jari aku lebar2...hhahhaaa

Mat Som berkata...

K.Norihan, ingatkan nak santai2, rupanya ada tiga buah sekolah yg buat hari terbuka dib hotel ni, nak parking pun berebut, tapi cukup lagilah....tkasih jengok saya

Mat Som berkata...

Boni, aku nak tau jari BONI runcing ke tidak, kalau tak siksa juga nak menaip, ni tgh menyesuaikan diri.

Tapi, Boni kan blogger yg akan berada di Top 5, kenalah beli I Pad3, gajet tablet ni sesuai utk blogger picisan macam aku ni.....hahahahah