Rabu, 4 Julai 2012

DUNIA INI HANYA FATAMORGANA

Jika ditanya kebanyakan orang, apa yang mereka inginkan dalam dunia ini? Tentu jawapannya kejayaan, kekayaan, dan kegemilangan. Mereka nak duit berjuta-juta, rumah besar, kereta besar-besar, isteri yang jelita, suami yang segak tampan, anak yang comel dan bijak-bijak, pendek kata, semua mulus-muluslah.   
Kita pernah digemparkan dengan wanita hebat di Filipina ini, Imelda Marcos, tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya, termasuklah koleksi kasut dan seluar dalam yang beribu-ribu jumlahnya. Bukankah itu menggambarkan, bahawa manusia itu tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya?   
Muamar Gadafi sewaktu pemerintahannya juga menambahkan koleksi sejarah manusia yang tamak dengan kuasa dan harta benda. Ramai rakyatnya yang merempat, tetapi dia membeli patung-patung yang tidak membawa apa-apa faedah ini? 
Googles Image
Ini merupakan mahligai kesayangan Michael Jackson. Adakah rumah yang begini tersergam ini memberi kebahagiaan kepadanya? Akhirnya dia mati disebabkankan oleh sikapnya sendiri yang suka mengubah wajahnya.


Lantas, kenapa manusia ini tidak pernah merasa puas, meskipun mereka memiliki segala-galanya yang orang lain tidak miliki?


Itulah yang ingin aku kongsikan di sini. Dalam kuliahnya, ustaz yang sudah aku lupa namanya, kerana ramai sangat ustaz yang datang ke mesjid tempat aku ini....Beliau menjelaskan, manusia tidak akan puas dengan apa yang ada di dunia ini, kerana induk kita iaitu Nabi Adam dan Hawa asalnya dari syurga. Jadi, semua yang ada di dunia ini cuma FATAMORGANA. Kepuasan yang abadi hanya ada di syurga.


Dulu, semasa kita kecil, waktu kita miskin, kita tengok orang naik kereta, kita kata, bestnya besok kalau aku dah ada kereta. Akhirnya, kita pun dah kerja, kita pun beli kereta, Kita pun suka bangetlah dengan kereta yang baru kita beli tu. Kupandu ke kiri, kupandu ke kanan. Rupa-rupanya kita seronok dengan kereta tu sekejap aje. Kita pun dah minat dengan kereta model yang terbaru pula. Lepas tu kita tukar, dan tukar.....sampai bila nak berhenti? 


Di Amerika, duit mereka besar. Ramai jutawan di sana. Melancong ke seluruh dunia dah biasa bagi mereka. Oleh sebab tak puas, dah jemu asyik melancong dalam dunia saja,kini sudah ada syarikat swasta yang boleh menghantar orang-orang kaya ni ke angkasa lepas. Kan dua bulan lepas dilancarkan roket ke sana, lupa pulak nama dia, apa Falcon...9...entahlah. Yang penting mereka sanggup bayar sekian juta.


Kesimpulannya, jangan pening sangat kejar dunia, kerana ia tidak ada habisnya. Cukuplah kisah beberapa orang di atas itu sebagai pengajaran. Nak kejar,kejarlah ...tapi jangan sampai lupa akhirat kerana mahligai yang besar itu tidak dapat menangkis kendurnya kulit kita. Kerana banglo yang kukuh tu tak dapat menghalang kehadiran Izrail mencabut nyawa kita apabila sampai masanya.

7 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Atok Nenek kita Adam & Hawa berasal dari syurga, marilah kita bercita2 untuk pulang semula ke syurga.

Sempena Malam Nisfu Syaaban ini marilah kita berdoa moga berbahagia di dunia dan akhirat, moga diampunkan segala dosa kita dan dosa kedua ibu bapa. Ameen.

Boni JLL3 berkata...

bersederhana lebih baik kerana jika tamak , kita sentiasa tidak akan puas dengan apa yang kita miliki.. then, apa yang dimiliki pun ,bukannya kita bawa sekali ke dalam kubur

hajiMete berkata...

insaf kan kangg matsom tuu.. uhhuu

Mat Som berkata...

MissMiror,
Utk memasuki syurgaNya, kita akan diuji dgn pelbagai ujian

Mat Som berkata...

Betul Boni,
Akhirnya nanti kita hanya berteman selimut putih

Mat Som berkata...

Hj Meeeeeeeeee! Apa khabar.

Pida berkata...

Tazkirah yang baik pagi-pagi Jumaat ni. Semoga kita sentiasa bersyukur dan berwasatiah dalam segala hal. Yang penting, Allah redha.