MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 22 Julai 2012

MENGECAT RUMAH MEMANG SERONOK

Bulan Januari lepas, semasa mesyuarat kelas yang aku ajar, anak-anak murid meraung-raung menyuruh aku mengecat kelas mereka yang dah berpanau macam aneka  itu.


Alasan aku " Bilik tidur saya pun, saya belum sempat cat, ini kan pula nak cat kelas awak". 


Namun, kerana dek rintihan mereka itu, akhirnya aku mengambil masa satu hari untuk mengecat kelas mereka itu. Nak suruh mereka sendiri yang cat, entah apa jadinya nanti.


Ramadhan tiba lagi, yang pelik semangat nak mengecat rumah ni agak kurang pada bulan lain. Semalam, sehari suntuk aku mula mengecat. Lagi pun beberapa jiran aku dah mula mengecat rumah mereka beberapa minggu lepas.


Nak pilih cat ni, kena fikir lama-lama. Mana boleh dalam lima minit, terus sambar warna yang kita suka. Nanti raya kita termenung panjang, kerana tetamu yang datang ada yang kata begitu, begini.


Pakar motivasi menjelaskan biarlah warna cat yang kita pilih itu dapat mewujudkan suasana harmoni kepada kita. Warna-warna panas menjadikan anak-anak kita sentiasa terlompat-lompat dan tergedik-gedik. Emosi kita dan pasangan juga boleh terjejas jika kita tersalah pilih warna cat dinding itu.


Justeru pilihlah warna-warna sejuk yang lembut. Namun, rumah kita, suka hatilah kita nak pilih warna apa. Yang penting, semua ahli keluarga kita telah bersetuju dengan warna yang kita pilih itu. Janganlah kita pentingkan diri dengan memilih warna kegemaran kita, sedangkan anak-anak kita bengkek dengan warna yang kita beli.Demokrasi bukan sahaja berlaku dalam pentadbiran kerajaan, tetapi juga dalam memilih cat rumah yang kita diami.


Sekian, coretan aku untuk tengah hari ini. Selamat berpuasa.

Tiada ulasan: