MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 25 Julai 2012

"SAYA TAK PERNAH JUMPA ROSMAH" - FARID ISMETH






SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya. 


“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau. 


Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?" "Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri.


Saya kata saya tidak pernah. "Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian." "Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri. 


Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah. Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai. Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.


"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi. Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata.


"Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya." “Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut. 


Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.


“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti."


Dipetik daripada Sinar Harian.


Kesimpulan: 
Banyak cerita yang tersebar dalam masyarakat, yang sering dinafikan oleh yang ampunya badan misalnya: 


1. Kisah Ustaz Hassan Din Alhafiz ditampar oleh seorang sultan (telah mangkat) dinafikan oleh Ustaz sendiri dalam sebuah akhbar tabloid yang popular. Mustahil ustaz ini berbohong?


2. Neil Amstrong menafikan beliau mendengar azan sewaktu mendarat di bulan dan menganut Islam selepas peristiwa itu. Penafian itu dibuat beberapa tahun lepas dalam lawatan beliau (dia masih hidup lagi) ke negara kita. Kenyataan beliau dalam ceramahnya itu telah disiarkan dalam akhbar-akhbar perdana.


Klon Mr Bean


3. Mr Bean pernah dikaitkan dengan sebuah filem Pocong (MR BEAN-KESURUPAN) dan sebagai pelakon utama dalam sebuah filem di Indonesia awal tahun ini. Rakyat Indonesia amat terkejut kerana Mr Bean menafikan dalam akaun Facebooknya yang dia berlakon dalam filem tersebut. Rupa-rupanya pengarah filem itu mengambil pelakon yang muka dia iras-iras Mr Bean! Sudah tentu rakyat Indonesia malu dengan strategi kotor pengusaha filem tersebut.


Jika Farid Ismeth sendiri telah menafikan ceritanya dengan Rosmah itu, eloklah kita tutup mulut. Tak payahlah kita lebih sudu daripada kuah. Baik kita zikir-zikir lagi dapat faedah!
   

3 ulasan:

Boni Kacak berkata...

setuju..hehehe.. diam lebih baik..

Mat Som berkata...

Diam2 ubi Boni...

Knor berkata...

macam-macmkan...

berdosa besar,menyebarkan perkara yg tak betul..