MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 16 Julai 2012

WANG KERTAS SIRI BARU

IMEJ:BH

Wang kertas siri baru telah diperkenalkan oleh Bank Negara hari ini....wau menarik....terutama raya nanti adik-adik kita akan gembira bangetlah mengira duit raya itu nanti. Baru ingat tahun lepas, raya tu tak dapat tukar duit baru kerana khabarnya ada duit baru akan dikeluarkan pada masa itu, rupa-rupanya tunggu-punya tunggu, tak keluar-keluar. Raya tahun lepas aku bagi duit buruk-buruk aje kat budak-budak yang datang ke rumah aku ni. Wang RM1, RM5 , RM10  RM20, RM50 DAN RM 100 TERLIBAT dalam edaran wang kertas yang baru ni.


Cuma satu hendaknya, duit RM5 yang lama tu cepat-cepatlah dilupuskan, kerana aku kerugian beberapa keping kerana duit RM5 mudah koyak, dah banyak yang diseletif nampaknya! BANK NEGARA usah mengulangi kesilapan itu. Aku tak tergamak nak bagi kepada peniaga duit yang rosak macam tu. Maklumlah, aku ni insan yang kamil (perasan..!)


Ada sekali tu duit RM 5 aku basah kerana kena hujan. Aku pun seterikalah macam selalu aku buat.....hasilnya sangat mengejutkan, duit tu jadi kecut, mengecik dan bantat....hahahaha!!! Kira duit bonsailah.  


Duit kertas RM 1000 nampaknya tinggal jadi kenangan saja. Ini semua kerana George Soros punya fasal. Aku cuma dapat menyentuhnya sekali saja ketika aku nak buat duit cengkeram beli kereta aku yang pertama dulu.

5 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

nampaknya tahun ni saya suka sgt kalo budak2 dapat duit raya rm1 ... senang buat duit belanja dak sarah ni ... kalo dulu "agak stress" kalo duit rm1 banyak2 .. .tebal purse ;p

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ok la jugak kalau duit yg besar bleh jadi bonsai.. menjimatkan ruang dompet.

Boni Kacak berkata...

macam duit saidina je tu,hehehehe.. tapi memang betul. duit rm5 tu sepatutnya dilupuskan.. rapuh..

Pida berkata...

nak kena simpan duit-duit lama mulai sekarang sebab nanti semuanya tinggal kenangan.

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu Mat Som,

Saya suka bau duit baru....sedap... Bau duit lah katakan.. hehehee... Lama dah tak pegang duit Msia...sigh* ;))