Khamis, 30 Ogos 2012

FOTO SILAM MENGGAMIT KENANGAN


PERTAMA SEKALI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55, kepada semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus aman, makmur dan bersatu padu
KEDUA, nak bercerita tentang gambar silam ni. Waktu raya ni aku berkunjung ke rumah abang aku kat kampung tu. Hari biasa susah nak jumpa dia. Sibuk 26 jam mengalahkan Dr Mahathir. Sampai saja dirumahnya, aku mintaklah album lama yang dah berkulat dan berdebu itu.

Tu dia, gambar Allahyarham ayahanda aku yang segak dan tampan. Bertudung merah tu bondaku yang tercinta.

Aku pun tak ingat bila gambar ni diambil? Rasanya dalam tahun 1992/1993. Yang aku ingat, aku bujang lagi masa tu. Bayi yang didokong tu anak abang aku. Sekarang umurnya dah 20 tahun. Yang bertudung putih tu adik aku Siti, yang jaga emak aku sekarang.

Berbaju biru tu, adik bongsu aku Mar(FIFI). Dia tak minat jadi cikgu macam aku, dan dua adik/abang aku yang lain tu.Dia memilih kerja yang diminati arwah ayah aku iaitu menjadi pegawai pertanian.

Gambar di bawah ni pulak aku dengan MM, blogger tegar tu. Sekarang dah ingsap, jadi gambar ni aku bubuh tudunglah. Nanti aku kena saman pulak 1 juta. Baju yang dipakainya ni harganya sama dengan separuh harga netbook aku sekarang ni. Masa tu harga sutera mana ada yg murah...Sorylah MM....huhuhu....
Zaman kegemilangan MM
Akhir Kata: Selamat menyambut kemerdekaan ke 55 dan selamat hari raya ke 13 ..... 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

7 ulasan:

Pida berkata...

haha... cantik betul tudung mm rekaan cikgu. baju sutera mmg mahal. saya tak suka sutera bkn sbb mahal, tapi sbb terlalu mudah renyuk.

btw, gambar2 lama dibuang jangan. nostalgia lama takkan dpt diganti.

Unknown berkata...

wah...gambar ni mengimbau kenangan lama ye cikgu. pasti rindu zaman ni kan.. jika boleh diputarkan masa, ingin sekali kita menuju ke kenangan lama dan perbetulkan apa yang boleh dibetulkan dulu kan.. saya pun rindukan zaman2 dulu.. zaman sekolah.. zaman kecil2..

P/S : MERDEKA!!!!!

Mat Som Sadona berkata...

PIDA
Sekeping gambar boleh ditafsirkan dengan 1001 pengertian.

Mat Som Sadona berkata...

Boni
Zaman dulu memang indah utk dikenang.
Masa tu asal ada duit sikit dah rasa
seronok sangat.

Sekarang banyak yg perlu difikirkan.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Oh tidak!!!

Jaga kau nanti, aku upload plak gambar kau! (tapi takde scanner plak kat rumah ni).


Mat Som Sadona berkata...

Hei MM
aKU GUNA KAMERA kecik ni jelah,
kata DSLR, mana ada pakai scaner lagi?

Potia Casadelarossa berkata...

Salam... pertama kali jejak ke blog ni dari blog boni kacak..

best teringat kenangan lalu.. rasa nak kembali semula ke zaman dulu2 nak perbetulkan segala kesilapan perjalanan hidup dulu2.. mengingatkan kisah lampau buat buat kita menangis dalam senyuman...

btw.. cantik tudung dia dgn sanggul rambutnya yg tinggi... eheheheh.. ni ke tudung bawal yg org dok kecoh2 tu??? ekekek..