MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 2 Ogos 2012

KETUPAT SUNGAI BALANG


Sedang aku bersantai pada petang yang hening itu, aku menerima panggilan customer baru, Puan Noraini yang duduk di KL sedang cuti bersalin di kampungnya yang indah ini. Dia mendapat nombor aku daripada iklan Harakah minggu ini. (Tengoklah iklan Kopi Susu Kambing bermadu penuh semuka tu). Alamat Pt No 3, Pt Yusof. Rumah betul-betul di depan mesjid simpang ke Bukit Mor. Tu dia rumah ibunya nampak damai bak homestay. Setelah urusan jual beli produk minyak kelapa dara perisa pandan dan lemon laku dijual. Aku pun bercadang nak ke kedai borong di Sungai Balang.

Kedai ini terkenal dengan jolokan Kedai Musang. Aku beli pampers PET PET M 80 keping baru berharga RM 35.50, kalau di kedai Pt Sulong harga dalam lingkungan RM 37.90. Sambil aku berniaga, taklah aku rugi minyak untuk aku datang ke sini. Barang-barang runcit juga murah, beli bawang dalam bungkusan. Troli-troli juga disediakan menunjukkan pelanggan kedai ni datang dari mana-mana.


Sedang aku mencari lokasi untuk buat U-Turn, aku ternampak orang berkerumun di sebuah gerai di pekan Sungai Balang tu. Wau.....Parit Sulong tak ada yang menjual ketupat ni, elokle aku beli ketupat yang bergayut-gayut tu.

Pilih mak cik, pilih .....jangan tak jadi, nanti balik kempunan....!

Pelbagai rendang, lauk, lodeh juga dijual oleh peniaga ini. Rendang  daging ni satu senduk berharga RM 2.00
Persimpangan pekan Parit Yusof
Ada apa yang menarik di Pekan Parit Yusof ni agaknya? Aku hanya lalu saja di sini, kerana ketupat yang aku beli tadi sudah mencukupi untuk berbuka puasa Magrib itu.
Ramadhan ni memang ramai yang berniaga kuih dan air di tepi jalan depan rumah mereka

Pasar Ramadhan Parit Tengah ni pun meriah juga terutama pada petang Sabtu.

Gambar-gambar yang aku ambil di atas aku ambil dengan hand phone Nokia aku yang murah ni. Ia lebih mudah kerana orang tidak perasan aku ambil gambar. Lagi pun ia menjimatkan.

11 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ha'a... pakai DSLR mmg segan, dgn gedabaknya lg, pastu terpaksa buat muka tak malu kalau nk snap gambar tp kengkadang sestgh penjual suka kalau kita ambik pix jualan diorang. Lagi2 klu kita ckp kita nk promo kat blog.

Mat Som berkata...

Bukan DSLR yg aku idamkan sekarang.
Aku sangat berminat dgn SPY KAMERA yang sekecil kotak mancis. Harga pun baru RM 80. Awas korang semua.

Tanpa Nama berkata...

cuba bagi info pasal spy camera tu.. macam berminat jugak.. hheheee...

mkf

Pida berkata...

Untuk pengetahuan cikgu, Sungai Balang adalah kampung mak mentua saya.

Kedai musang, pt yusof, cash n carry dan pt tengah tu adalah tempat persinggahan wajib saya setiap kali balik kampung! Hihi

Pida berkata...

Oh ye, btw, memiliki DSLR bukan sesuatu yang 'disegani' jika gambar-gambar yang terhasil nan-hado.

Kalau pandai ambil gambar (jaga komposisi dan pencahayaan umpamanya), guna kamera handpon nokia pun sudah memadai!

Moral : Skill

Knor berkata...

inilah yg membuatkan saya suka suasana kampung...
mesti ketupat tu sedapkan...

knapa mahal sgt pampers pet2 tu..kat sini baru 29 henget je..

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya suka camera yang kecil dan comel dan senang nak ambik gambar syok sendiri guna sebelah tangan jer .... hehehe..

Mat Som berkata...

Pida

Tengah cari skill ambik gambar dgn HP Nokia ni, nak belajar kat mana ya?

Mat Som berkata...

Murahnya pampers PET PET kat tempat K.Nor tu!

Mat Som berkata...

Mummy Gee
Tentu dah memiliki kamera sekecil dan secanggih itu

Marya Yusof berkata...

Cikgu,

Seronok sy baca coretan yg ni... terasa suasana berpuasa & aura hari raya kian terasa! :))

Psssst...kite pun lg suka amik gambar guna hp ala2 detective conan gitu...hahaha! :D

Cantiknye rumah ibu customer cikgu tu... mmg berangan nak umah mcm ni tau! Suasana kampung terasa damai dihati :))